Tuesday, August 9, 2011

Harapan Ramadhan

August 09, 2011 2 Comments
Harapan Ramadhan - Raihan


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintah-Nya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah
Dengan rahmat-Mu oh Tuhanku
Ku tempuh jua







Semoga tiap dugaan yang dilalui di bulan Ramadhan ini ditempuhi dengan penuh sabar sambil merenung kembali apa hikmah yang bakal kita perolehi. Sesungguhnya kita hanya hamba-Nya, Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa lalu, sekarang dan akan datang.
Wallahualam.




Friday, August 5, 2011

Anak oh anak...Tanpamu ku sunyi, bila nakal ku geram...

August 05, 2011 11 Comments
Jumaat datang lagi. Kejap je kan...esok cotiii...hoyeah!


Dalam sebulan mama tak berbelog tu, jiwa agak kacau sket menyiapkan keje-keje opis sebelum memasuki Ramadhan Al-Mubarak ni. Sekarang ni free sket cuma kene touch up keje apa yang patut je. Syioknyeee Ramadhan ni. Boleh la meringankan fikiran dari memikirkan mana quotation tak dapat lagi, mana costing dan measurement tak siap lagi. Fiuhhh! lap peluh.



Lama juga la mama tak hapdate aktiviti aleesya, sedangkan diari ni mama buka semata-mata untuk dia. Tapi dah macam-macam bercampur siap promote belogshop mama dan memacam lagi. Bagus juga ada belog, sebagai medium promosi biz. Belogshop mama dalam bulan Ramadhan ni mama kurangkan sket, sebab dari experience sebelum-sebelum ni, customer banyak buat persediaan awal sebelum ketibaan Ramadhan. Derang dah borong baju raya anak-anak siap-siap sebab bila dah dekat raya lagi banyak pakai duhet kan. Makanya...memang time Ramadhan sales agak kurang. Geng-geng biz baju baby di fb juga mengalami perkara sama. Dalam group di fb selalu derang utarakan tentang sales kurang time dekat nak raya. Lagi satu problemo dengan pos, bila time-time dekat raya tu pos tak jalan. Nanti ada pulak customer komplen baju derang tak sesampai. Dah ter K.I.V kat depoh pos.


Bagus juga mama-mama zaman sekarang, pandai menguruskan kewangan famili. Jadi bebanan kewangan tak la menjadi tekanan sangat bila tiba musim perayaan ni. Ye la, kalo anak sorang takpe...kalo ada 5, 6, 7 orang anak. Jenuh gak nak belikan baju raya tiap sorang kan? Eloklah merancang pembelian dari awal. Budak-budak dah tentu-tentu nak baju baru. Itu yang meriah pun bagi derang.



Okeh berbalik pada Aleesya, macam-macam dah die buat sekarang. Ada yang bole cairkan hati mama yang tengah geram. Pandai dah diye baca doa makan dan doa tido. Tapi part ameen je yang mama dengar mama paham. Laen-laen langsung tak paham hehe. Time makan ntah berapa kali diye baca doa makan. Makannya 1/4 mangkuk je, selebihnya lantai yang makan huhu *bertukar jadi raksasa jap*.


Amek air sembayang pun dah pandai dah. Tapi berterabur la, kaki dulu baru basuh tangan, kepala last sekali. Pastu buat gaya orang solat. Ambik selimut kecik diye, tutup muka sume pastu solat. Dengar la mulut kumat kamit tu. Baca Al-Fatihah agaknye tu :D. Nak tergelak mama tengok gelagat diye.



Aleesya suke gak main sorok-sorok barang. Peberet barang yang diye suke sorok tak lain tak bukan, kunci rumah merangkap kunci kete sekali. Masa sebelum bulan pose aritu, ayah Aleesya terpaksa amek half day sebab cari kunci rumah tak jupe-jupe. Last-last lunch hour mama balik bukak pintu. Seminggu kemudian mama pulak kene penangan Aleesya sorok kunci. Pegi keje dah dekat pukul 9.00 a.m. Satu rumah berkenjah macam tongkang pecah jadinye sebab cari kunci umah punye pasal...haishhh...Last-last jupe gak dalam laci peberet diye tu. Sorok bawah-bawah buku pulak tu. Bijak-bijak.





Anak oh anak
Tanpamu ku sunyi
Bila nakal ku geram
^_^
Anak itu penghibur hati
Pengikat kasih suami isteri




Thursday, August 4, 2011

Masakan pengerat kasih sayang

August 04, 2011 6 Comments
Bulan Ramadhan ni apa lagi topik yang hot diperkatakan. Tentulah tentang makanan atau juadah berbuka puasa nanti. Tambahan para ibu-ibu ni lagi laaa dari pagi dah pikir apa la nak dimasak untuk berbuka nanti. Pikir punye pikir last-last sampai kat rumah jadi resepi lain. Tu normal dah tu, selalu terjadi kat mama :)


Alaaa mama bukannya pandai sangat masak pun. Tapi masak ni kene selalu practice, kalo dah hari-hari masak takkan tak jadi-jadi juga kan? Kalau makan kat luar, kalau tak sedap mesti kita tolak tepi dah pinggan tu. Tapi kalau kat rumah, walaupun tak sedap tetap boleh habiskan. Sebab ape...sebab air tangan isteri atau ibu kita tu jadi sedap juga. Lagipun kita basuh makanan yang nak dimasak tu sambil baca selawat Nabi.



Okeh, kita rujuk sabda Nabi S.A.W:

...dan seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suami dan anak-anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka (Riwayat Al-Bukhari & Muslim dari Abdullah Bin Umar r.a)

Seorang isteri adalah bertanggungjawab menyibukkan diri dan menguruskan keperluan suami dan anak-anak dengan tangannya sendiri. *Sorry yea, semenjak dua menjak ni entri mama memang banyak merujuk kepada Hadis Nabi, bukan apa untuk rujukan mama sendiri je*.



Air tangan isteri atau ibu itu lah merupakan bahan perasa "Ajinomoto" untuk menyedapkan makanan tu sendiri. Masakan isteri dan ibu itu dimasak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Buat masa ni mama tak penah jumpa lagi masakan kat kedai yang sama macam mak mama masak. Kalo makan kat kedai mamak agak-agak mamak tu goreng mee dengan penuh kasih sayang ke tak eh? Hehe kena pegi tanya mamak tu lah nanti :D



Tapi tak salah pun kalau nak makan kat luar. Sekali sekala apa salahnya. Tak semua makanan yang ada jual kat restoran tu isteri reti masak kan? Mana tau nak feeling-feeling honeymoon ke, pegi bawa isteri ke candle light dinner ke takkan nak suruh isteri juga masak. Tentu nak buat surprise kan?



Kesimpulannya, kalau dengan masakan boleh buat satu keluarga ceria, masak lah selalu yea ^_^



Love both of u
Till jannah




Wednesday, August 3, 2011

Mudahnya wanita mengumpul pahala di bulan Ramadhan

August 03, 2011 10 Comments
Assalamualaikum,


Seronok tak berpuasa harini? Tentu lah kan. Bulan yang ditunggu-tunggu.
Sebenarnya kita wanita ni paling mudah nak dapat pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ni. Contoh?


1. Menyediakan makanan untuk orang yang berbuka puasa

Tak kira la kita ni bercuti pose ke tak, still kena masak untuk suami, anak dan keluarga. Kalau yang bujang-bujang tu masak untuk kawan-kawan serumah pun bole.

Sabda Rasulullah S.A.W.

Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu) (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)


See...Senang kan nak dapat pahala? Bayangkan berapa ramai ahli keluarga atau kawan-kawan kita kat dalam rumah yang kita masakkan makanan berbuka untuk derang. Uissshhh banyak tu pahala dapat. Bessshhh tuuu...So, jom kita rajin-rajin masak makanan untuk orang yang tersayang ^_^



2. Mengajak dan menyediakan sahur

Bab bangun sahur ni memang lemah sket kan? Tapi kalo kita tau sebenarnya mengajak atau membangunkan orang bangun sahur tu pun dapat pahala, dah tentu-tentu kita rajin bangun punyee.

Bersahur adalah perkara-perkara sunat berpuasa yang besar pahalanya. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah (HR Al-Bukhari dan Muslim)


Okeh lepas ni rajin-rajin kejut suami bangun sahur, hehe jangan terbalik pulak suami kejut kita :). Dengan membantu orang lain membuat perkara sunat, dengan automatik kita dapat sekali pahala orang yang melakukan perkara baik tersebut. Subhanallah.



3. Suami beriktikaf di masjid pada malam-malam terakhir 10 Ramadhan

Kalo ada anak kecik memang kita tak bole nak join suami beriktikaf di bulan Ramadhan ni. Tapi jangan risau...Nabi S.A.W bersabda:

Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan sesiapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang (HR Al-Bukhari dan Muslim).


Bukankah suami pergi beriktikaf di masjid itu satu perjuangan untuk menjejaki Lailatul-Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan?



Banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan pahala di bulan Ramadhan ni. Yang mama cite kat atas tu cuma sebahagian je. Puasa itu sendiri dah ada pahalanya, belum masuk lagi berzikir, membaca Al-Quran, menyambung silaturrahim, berdoa dan banyak lagi lah.


Semoga puasa kita semua mendapat keberkatan dari Allah. Ameen.






Aleesya nak masak untuk ayah ngan mama lah






Nak masak sambal ikan bilis petai peberet mama,
hati ayam masak kicap peberet ayah,
tomyam peberet Alica, air tembikai,
bla...bla...bla...





Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi

August 01, 2011 7 Comments
Ramadhan itu datang lagi
Bulan penuh kemuliaan, lebih baik dari seribu bulan


Hati penuh pelbagai perasaan
Suka, gembira, sedih



Ramadhan itu datang lagi
Mengetuk pintu hati mengingatkan insan-insan yang telah pergi


Al-Fatihah untuk arwah tok wan, kakak, abah dan mak mertua.



Salam Ramadhan untuk semua...




Friday, July 15, 2011

Sehari kalau tak buka fesbuk rasa macam nak mati, bila dah bukak buhsan :P

July 15, 2011 4 Comments
Ehee tajuk panjang berjela, entri ciput je coz mama bizi tahap gaban sejak akhir-akhir nih. Gaban pun tak bizi ngat macam mama kot.



Tapi dalam bizi-bizi pon fesbuk mesti bukak gak. Sehari berkali-kali la bukak. Tapi bukan ada apa sangat pun. Kalo mama tak update baju baru kat sini atau tak sopeng online agak buhsan gak kan. Asyik tengok gegambor pon naik fenin lah. Adoyaiii banyaknye kejeeeee. Stress tapi buat-buat tak stress.



Ni diye ubat stress.



Apa yang nak di stress kan mama
Keje bila pon tak abes-abes







Apa kata mama bersantai-santai camni ke
Comey kan meoww ni mama









Yang penting kita hepiiiiii

^__^





Alhamdulillah, thank you Allah kerana berikan rezeki ketenangan dan kebahagiaan.
Rezeki itu datangnya dari pelbagai cara. Ada orang mempunyai duit berkepuk-kepuk, tapi tidurnya tidak pernah lena. Syukur, syukur, syukur atas kurniaan Mu Ya Allah.





Monday, June 20, 2011

Sayaaaaaangggg Ayah

June 20, 2011 8 Comments
Semalam sempena hari bapa, mama & Aleesya jenjalan kat mall terdekat ngan umah je. Aleesya cargas berlari-larian masuk kedai gift. Tangan diye cepat je capai 1 kad father's day sambil cakap ayah. Uik? Anak mama dah pandai baca ke?





Mama belikan je la kad pilihan hati puteri mama yang seorang tu










Camat Hari Ayah...ayah

I love ayah








Sign sket







Nak seprais ayah ni










Ayaaaahhhh

Sayaaaanggg Ayah
^____^







P/S: Malam tu tengok cite sayang abah kat channel 105. Cedeyyyy. Al-Fatihah untuk arwah abah.




Friday, June 17, 2011

Handbag JLO untuk dijual

June 17, 2011 2 Comments
Assalamualaikum, selamat pagi...



Aikkk? Iklan lagi...*hehe sambil menyelam minum ayor :D*



Mama nak iklankan untuk BFF mama ni. Diye nak jual handbag *NEW! belum guna lagi tau. Complete with tag & dustbag*. BFF mama nak jual sebab banyak sangat beli handbag, baru 3 minggu lepas je diye beli. Hehe ala-ala mama gak la, beli-beli pastu tak pakai.




Shantek tau beg ni, kat gambar tak nampak shining sangat tapi kalau tengok real memang shining. BFF mama beli kat Niky Fazrin juga *peberet fesbuk shop we olz*.






Picture credited to Niky Fazrin

Real lagi shantek tau
Gold ring tu shining
Material bag tu leather *pun shining juga*

Sesuai la nak bawa pegi ofis atau pegi jenjalan weekend



Retail : RM349.00


SALE : RM170 *including postage*

Ni besh price tau, kalau kat butik mana nak dapat harga ni.


FYI beg ni authentic *original* from US *bukan cap hayam tau*
No worry, kalau cap hayam ai bagitau cap hayam, this one memang ORI*







Picture credited to Niky Fazrin

Beg yang nak dijual tu yang tengah-tengah tu yea kawan-kawan
*yang paling syomel antara adik beradik diye tuh, bukan sumenya nak dijual tau hehe*





Okeh kalo berminat, PM atau SMS mama iyeee

012-6034 803





Papai ^___^





Wednesday, June 15, 2011

Cuti-cuti berbelog setengah bulan lamanya :P

June 15, 2011 6 Comments
Hye lalings...Lama sungguh tak hapdate belog, nak kata bizi sangat tak lah tapi idea nak berbelog tu stuck lama jugak la. Bila dah terbiasa berhenti menulis makanya lamalah nak mengadap pc ni baru kuar ayat-ayat nak tulis. Adoyaiii nak menulis bukan mudah sebenarnya :P




Kiki baaahhh

Lama tak nampak shaye kan?









Shaye bizi sket :)







Jenjalan situ sana sini







Errrr tapi kalo ayah bawak pegi workshop agak boring sket
Tengok la tu, moncong je mulut diye








Time ni tengok kazen baru Aleesya
Chumilll Aleesya likey
Baby mix Ceylonese and Philipines
*Muka ala-ala cite Pangako Sayo gitu*

Nama diye Puteri Azmira







Aqma pun join sekali *sekarang Aleesya dah pandai panggil Aqma adekk*

Masa ni kat rumah kazen mama nak tengok newborn baby Aidit Rayyan Rizqin
Mama lupa pulak nak snap pixca coz asyik bersembang

Tapi memang chumill, putih gebu rasa nak cobit
Dan dan rasa nak tambah anak :D







Aleesya dah kefenatan
Zzzzzz

*Sejak dah big gal ni suke sangat berebut barang dengan adik diye Aqma...Grrrrr!!!
Mama rasa nak simpan je toys diye sume supaya tak berebut*







Aleesya pass batten kat Aqma pulak jadi model
Adoyaiii sama jez 2-2 neh
Susah amat nak dok setempat







Semoga anak-anak mama sentiasa dilindungi Allah hendak-Nya