Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Syioknye persiapan raya

August 26, 2011 2 Comments
Ramadhan semakin meninggalkan kita, Syawal makin hampir. Apa lagi topik terhangat time-time ni kan kalo bukan persiapan raye. Memang sangat besh kalo ada si budak kecik dalam family ni, semuanya nak dibeli untuk tuan puteri tunggal kami tu *sekarang je tunggal, tahun depan blom tau lagi*. Dari sebelum raya memang mama dah sopeng online sket-sket untuk diye. Sebenarnye beli untuk pakai pegi kenduri kawen, tapi sebabkan Aleesya badan kecik baju yang mama beli mama kena simpan sampai diye muat. Alhamdulillah raya ni dah muat dah baju tu. Semalam mama pegi lagi sesopeng kat Wangsa Walk, ape lagi yang dirembat selain baju-baju syomel. Hmmm...bila la mama nak tutup mata dari melihat baju syomel. Tunggu Aleesya dah besar la agaknye. Makanya, jumlah baju raya Aleesya sumenye 10 pasang. Sepasang baju kurung, sepasang kebaya, 5 dress, 2 spegeti + short pants, 1 top. Cukup untuk 2 minggu beraya sakan kat kampung. Maklumlah bebudak ni suke makan sampai comot-comot, sehari 3-4 baju mesti kena tukar.


Baju ayah diye mama belikan sehelai t-shirt dan sepasang baju melayu. Ayah Aleesya kata tak payah beli baju melayu sebab bukan pakai sangat, tapi disebabkan mama dah terbiasa belikan baju melayu untuk arwah abah tetiap tahun jadi memang akan pegi juga kat kedai baju melayu tu. Tengok kaler memang lawa-lawa, hijau pucuk pisang, biru muda, lilac, fink...suke sangat. Apa lagi ending cuci-cuci mata, dah tentulah terbeli jugak kan. Kebiasaan dah tu :)


Pastu belikan mak baju kurung, nak cari fink kaler sama macam mama takde size dan design tak berkenan. Last-last belikan pepel tapi ader munge-munge fink. Okey jugak tu kan, nanti pakai tudung fink. Tak tau la mak nak pakai ke tak kaler camtu *hehe asalkan baju dibelikan anak mesti mak suke kot*. Bila dah ada anak sendiri ni baru mama faham, kenapa laa mak mama dulu suke sangat beli baju raya kat mama banyak-banyak sedangkan mama taknak. Rupa-rupanya mama pun sama...suke tengok anak sendiri pakai baju syomel, suke dress up kan diye, suke pakaikan diye reben, cekak ngan segala macam aksesori gegel yang berenda-renda sakan tu. Memang ada anak gegel ni banyak sangat pilihan. Macamana tak terbeli walaupun kat rumah punye baju dah banyak belum campur lagi yang mama jual kat fesbuk tu. Haii anak oh anak, penangan kamu memang membuatkan mama eksaited nak raye. Terubat juga kesedihan tak dapat beraya dengan keluarga lengkap seperti beberapa tahun lalu. Ye benar, redha itu ubat terbaik untuk menangis. Semoga tahun ni mama tak menangis lagi mengingatkan arwah abah dan kakak.



Owh no! Pukul 12.30p.m oredi? Mama nak sambung sesopeng part ke berapa tak tau ngan BFF mama Linda. Just short hapdate without pixca. Tak sempat dah nak hapload, lambat ngat loading. Okeylah papai.


Photobucket

Wednesday, August 10, 2011

Kita bertemu di ruang rindu

August 10, 2011 0 Comments
Azan bergema menandakan waktu berbuka puasa telah tiba. Saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua Muslim yang berpuasa. Sangat gembira rasanya berbuka puasa, pelbagai juadah dihidangkan. Lebih indah lagi kalau keluarga tercinta ada bersama.


Harapan tinggal impian semata, yang tinggal hanya kenangan bersama mereka. Masih mama ingat juadah berbuka puasa kegemaran arwah abah, kuih tepung pelita, hari-hari pun takpe makan tu. Entah kenapa ye, bulan Ramadhan selalu meninggalkan kesan di hati kami. Agaknya inilah perasaan insan lain yang telah kehilangan yang tersayang buat selama-lamanya. Ramadhan ke 3 tahun tanpa arwah abah dan Ramadhan ke 4 tahun tanpa arwah kakak. Kehilangan yang cukup besar bagi kami.


Mungkinkah kita akan bertemu lagi. Adakah kesempatan itu lagi. Sekiranya tidak, cukup memadai kita hanya bertemu di ruangan rindu. Al-Fatihah.



Thursday, August 4, 2011

Masakan pengerat kasih sayang

August 04, 2011 6 Comments
Bulan Ramadhan ni apa lagi topik yang hot diperkatakan. Tentulah tentang makanan atau juadah berbuka puasa nanti. Tambahan para ibu-ibu ni lagi laaa dari pagi dah pikir apa la nak dimasak untuk berbuka nanti. Pikir punye pikir last-last sampai kat rumah jadi resepi lain. Tu normal dah tu, selalu terjadi kat mama :)


Alaaa mama bukannya pandai sangat masak pun. Tapi masak ni kene selalu practice, kalo dah hari-hari masak takkan tak jadi-jadi juga kan? Kalau makan kat luar, kalau tak sedap mesti kita tolak tepi dah pinggan tu. Tapi kalau kat rumah, walaupun tak sedap tetap boleh habiskan. Sebab ape...sebab air tangan isteri atau ibu kita tu jadi sedap juga. Lagipun kita basuh makanan yang nak dimasak tu sambil baca selawat Nabi.



Okeh, kita rujuk sabda Nabi S.A.W:

...dan seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suami dan anak-anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka (Riwayat Al-Bukhari & Muslim dari Abdullah Bin Umar r.a)

Seorang isteri adalah bertanggungjawab menyibukkan diri dan menguruskan keperluan suami dan anak-anak dengan tangannya sendiri. *Sorry yea, semenjak dua menjak ni entri mama memang banyak merujuk kepada Hadis Nabi, bukan apa untuk rujukan mama sendiri je*.



Air tangan isteri atau ibu itu lah merupakan bahan perasa "Ajinomoto" untuk menyedapkan makanan tu sendiri. Masakan isteri dan ibu itu dimasak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Buat masa ni mama tak penah jumpa lagi masakan kat kedai yang sama macam mak mama masak. Kalo makan kat kedai mamak agak-agak mamak tu goreng mee dengan penuh kasih sayang ke tak eh? Hehe kena pegi tanya mamak tu lah nanti :D



Tapi tak salah pun kalau nak makan kat luar. Sekali sekala apa salahnya. Tak semua makanan yang ada jual kat restoran tu isteri reti masak kan? Mana tau nak feeling-feeling honeymoon ke, pegi bawa isteri ke candle light dinner ke takkan nak suruh isteri juga masak. Tentu nak buat surprise kan?



Kesimpulannya, kalau dengan masakan boleh buat satu keluarga ceria, masak lah selalu yea ^_^



Love both of u
Till jannah




Wednesday, August 3, 2011

Mudahnya wanita mengumpul pahala di bulan Ramadhan

August 03, 2011 10 Comments
Assalamualaikum,


Seronok tak berpuasa harini? Tentu lah kan. Bulan yang ditunggu-tunggu.
Sebenarnya kita wanita ni paling mudah nak dapat pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan ni. Contoh?


1. Menyediakan makanan untuk orang yang berbuka puasa

Tak kira la kita ni bercuti pose ke tak, still kena masak untuk suami, anak dan keluarga. Kalau yang bujang-bujang tu masak untuk kawan-kawan serumah pun bole.

Sabda Rasulullah S.A.W.

Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa itu) (HR Al-Baihaqi & Ibn Khuzaimah)


See...Senang kan nak dapat pahala? Bayangkan berapa ramai ahli keluarga atau kawan-kawan kita kat dalam rumah yang kita masakkan makanan berbuka untuk derang. Uissshhh banyak tu pahala dapat. Bessshhh tuuu...So, jom kita rajin-rajin masak makanan untuk orang yang tersayang ^_^



2. Mengajak dan menyediakan sahur

Bab bangun sahur ni memang lemah sket kan? Tapi kalo kita tau sebenarnya mengajak atau membangunkan orang bangun sahur tu pun dapat pahala, dah tentu-tentu kita rajin bangun punyee.

Bersahur adalah perkara-perkara sunat berpuasa yang besar pahalanya. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :

Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah (HR Al-Bukhari dan Muslim)


Okeh lepas ni rajin-rajin kejut suami bangun sahur, hehe jangan terbalik pulak suami kejut kita :). Dengan membantu orang lain membuat perkara sunat, dengan automatik kita dapat sekali pahala orang yang melakukan perkara baik tersebut. Subhanallah.



3. Suami beriktikaf di masjid pada malam-malam terakhir 10 Ramadhan

Kalo ada anak kecik memang kita tak bole nak join suami beriktikaf di bulan Ramadhan ni. Tapi jangan risau...Nabi S.A.W bersabda:

Sesiapa yang mempersiapkan seorang pejuang, maka sesungguhnya dia telah berjuang. Dan sesiapa yang menjaga dengan baik ahli keluarga seseorang yang pergi berjuang, maka sesungguhnya dia juga telah berjuang (HR Al-Bukhari dan Muslim).


Bukankah suami pergi beriktikaf di masjid itu satu perjuangan untuk menjejaki Lailatul-Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan?



Banyak lagi perkara-perkara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan pahala di bulan Ramadhan ni. Yang mama cite kat atas tu cuma sebahagian je. Puasa itu sendiri dah ada pahalanya, belum masuk lagi berzikir, membaca Al-Quran, menyambung silaturrahim, berdoa dan banyak lagi lah.


Semoga puasa kita semua mendapat keberkatan dari Allah. Ameen.






Aleesya nak masak untuk ayah ngan mama lah






Nak masak sambal ikan bilis petai peberet mama,
hati ayam masak kicap peberet ayah,
tomyam peberet Alica, air tembikai,
bla...bla...bla...





Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi

August 01, 2011 7 Comments
Ramadhan itu datang lagi
Bulan penuh kemuliaan, lebih baik dari seribu bulan


Hati penuh pelbagai perasaan
Suka, gembira, sedih



Ramadhan itu datang lagi
Mengetuk pintu hati mengingatkan insan-insan yang telah pergi


Al-Fatihah untuk arwah tok wan, kakak, abah dan mak mertua.



Salam Ramadhan untuk semua...