Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al-Fatihah. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

Kita bertemu di ruang rindu

August 10, 2011 0 Comments
Azan bergema menandakan waktu berbuka puasa telah tiba. Saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua Muslim yang berpuasa. Sangat gembira rasanya berbuka puasa, pelbagai juadah dihidangkan. Lebih indah lagi kalau keluarga tercinta ada bersama.


Harapan tinggal impian semata, yang tinggal hanya kenangan bersama mereka. Masih mama ingat juadah berbuka puasa kegemaran arwah abah, kuih tepung pelita, hari-hari pun takpe makan tu. Entah kenapa ye, bulan Ramadhan selalu meninggalkan kesan di hati kami. Agaknya inilah perasaan insan lain yang telah kehilangan yang tersayang buat selama-lamanya. Ramadhan ke 3 tahun tanpa arwah abah dan Ramadhan ke 4 tahun tanpa arwah kakak. Kehilangan yang cukup besar bagi kami.


Mungkinkah kita akan bertemu lagi. Adakah kesempatan itu lagi. Sekiranya tidak, cukup memadai kita hanya bertemu di ruangan rindu. Al-Fatihah.



Wednesday, March 23, 2011

Dan kemboja pun berguguran...

March 23, 2011 19 Comments
Assalamualaikum...



23|03|2011 genap 2 tahun pemergian arwah ibu mertua mama ke rahmatullah. Arwah meninggal kerana menghidap breast cancer. Mama masih ingat segalanya tentang arwah. Rasanya baru semalam berbual dengannya tanpa disangka cepat betul masa meninggalkan kami.



Semasa hayatnya, arwah adalah orang ke dua selepas hubby yang tau tentang kewujudan Aleesya dalam rahim mama. Arwah sangat gembira waktu itu. Macam-macam nasihat diberikan supaya menjaga kandungan yang baru berusia 6 minggu itu. Setelah kandungan mencecah usia 2 bulan, sakit arwah semakin teruk. Masa mama melawat arwah di kampung, arwah tanya "Baby sihat?" sambil mengusap perut mama. Hubby sempat bertanya kalau-kalau arwah nak berikan nama pada cucu sulungnya. Arwah cakap, "kalau perempuan mula huruf 'S', kalau lelaki pula huruf 'A'". Itulah asal usul terciptanya nama Syahirah Aleesya. Hubby yang berikan nama tu.



Dan kini, telah genap 2 tahun kemboja putih berguguran di atas pusaranya. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.



Ameen.






Al-Fatihah untuk arwah Tok
Walaupun kita tidak dapat bertemu di dunia ini, moga-moga Allah temukan Aleesya di dalam mimpi
Itu pun sudah memadai