Showing posts with label Familia. Show all posts
Showing posts with label Familia. Show all posts

Wednesday, September 2, 2020

Mamahood life is beautiful, maka hargailah sementara masih ada masa...

September 02, 2020 0 Comments
Tajuknya kemain panjang lagi haa...hehehe bukan senang tau mama nak ada idea tajuk panjang berjela cenggini :)


Mau nya tak besh jadi mama, pagi-pagi lagi dah dengar baby nanges, nak pegi sekolah kejut anak kena jadi tarzan dulu. Lepas tu pergi pulak dapur tung tang tung tang jadi chef nak siapkan bento bebudak sekolah termasuk panaskan baby food Hayder *Bomel mama*. Fuhh! bayangkan lagi 15 tahun, masa diorang dah besar-besar. Ada lagi ke idok momen cenggini? Jawapannya nan hado dah. Masa tu kita bangun pagi selak langsir tingkap tengok mentari pagi je la. Takde dah momen pagi-pagi jadi tarzan, takde dah mata panda sebab baby asyik bangun tengah malam, takde dah riuh rendah keluar masuk rumah sebab barang sekolah tertinggal. Percayalah...kita akan merindukan waktu itu, suatu hari nanti. Waktu tu kita dah kesunyian, termenung, menangis, menyesal pun dah tak guna sebab masa itu tidak akan berulang kembali.








Makanya...


Hargailah saat-saat kelam-kabut di pagi hari ni sementara anak-anak masih kecil lagi. Supaya bila diorang dah besar, dah tak tinggal dengan kita, duduk asrama atau dah berkahwin...tak la kita rasa menyesal kerana tak beri perhatian kerana kesibukan diri kita. Benar, kita sibuk memang untuk mencari rezeki untuk mereka, untuk kesenangan keluarga tapi jangan lupa...tanggungjawab kita yang sebenar adalah untuk menjadikan mereka khalifah. Khalifah yang terbaik di dunia dan di akhirat, amanah Allah dan kita insan terpilih. Terpilih untuk memikul tanggungjawab, mendidik, memberi perhatian dan yang paling penting kasih sayang.



Adakah nanti, bila terlalu banyak kes-kes sosial remaja, anak-anak tidak menjadi...kita ingin menyalahkan mereka? Sedangkan kita sendiri sebagai ibu bapa tidak mendidik anak-anak kita dengan betul. Sebenarnya, mengandung dan melahirkan adalah perkara yang mudah. Tetapi perkara yang susah untuk dilakukan itu adalah mendidik anak-anak. 















Apa yang kita kejarkan dengan karier kita belum tentu dapat mengembalikan momen bersama anak2 kita di waktu kecil. Mungkin...kita adalah pekerja cemerlang, terbaik, terbilang, berdisiplin di pejabat, tapi adakah kita berjaya dan cemerlang juga sebagai ibu dan bapa? Pertanyaan ini masih berlegar di fikiran mama sendiri..."mampukah aku menjadi ibu yang terbaik? Mampukah aku mendidik anak-anakku menjadi anak-anak soleh dan solehah yang bakal menjadi manusia yang berbakti kepada bangsa dan agamanya?" 









Hargailah masa dengan anak-anak sementara masih berkesempatan. Kita tak tahu sampai bila kita akan melalui saat ini, jika umur masih panjang maka beruntunglah...jika tidak?


P/S: Post ini tidaklah ditujukan kepada sesiapa melainkan sebagai peringatan *self reminder* kepada diri mama sendiri.





Tuesday, January 15, 2013

Rocker jadi stroller

January 15, 2013 0 Comments
Semalam Rizq tak banyak karenah sangat, sempat jugaklah mama masak simple-simple je.


Dekat pukul 10 dia takmo tido2, last-last Aleesya yang layan adik dia. Dia tolak adik dia keliling hall guna rocker dia tulah. Rizq suka sangat la kakak dia entertained dia. Lepas dah penat tolak rocker, dia ambik botol susu adik dia sumbat dalam mulut adik. Aik? Pandai pulak tu, hehe dah ada bakat jaga adik. Lepas ni bole mama relax :-)


Ayah balik tengok peel dia layan adik pun tergelak. Anak kita dah besar, bole harap dah.



Friday, February 3, 2012

Rosebel & Mazwan E-Day 14|01|12

February 03, 2012 1 Comments
E-day Rosebel & Mazwan ni dah lama berlangsung tapi baru harini sempat nak hapdate. Dah ingat-ingat lupa kejadian di hari kejadian :)


Okey, refresh balik dengan hapload gambar. Biarkan gambar bercerita.


Antara tetamu terawal yang hadir
Dari kiri Miriam, Auntie Maya *mummy Miriam*, yang belakang tu mama tak kenal,
Bel dan kak Jasmeen *mama Bel*
Miriam adalah sepupu Bel dan Auntie Maya *Auntie Bel sebelah daddy dia*



Tetamu tak ramai lagi, so amek gambar kat pelamin dulu

Inilah dia perantennya
Dulu kecik-kecik mama timang-timang dia
Sekarang dah jadi tunang orang pun
Cepat betul masa berlalu



Rozalyn & Rosebel
Adik dia Rozalyn dah bertunang awal lagi, mama dah citer kat entri ini.



Rosebel dan daddy nya
Sekali nak dapat menantu sampai 2 orang yea abang Mi ;)



Bel wif Miriam dan Auntie Maya
Masa kecik-kecik dulu, Miriam ni tersangatlah syomel
Sekarang ni dah jadi peguam muda yang sweet sangat
Malu-malu je bila Tok Aleesya tanya dia bila nak kawen hehe
Dia faham Malay tapi tak tau bertutur je



Sementara nak tunggu rombongan pihak lelaki sampai
we olz lepak dalam bilik sambil layan Aleesya dan hamster



Candid bakal tunang orang



Perbincangan sedang berlangsung
Aleesya bizi dengan hamster kat dalam bilik
Jadi bole la mama amek pixca banyak-banyak


Officially enggaged



Rupanya adat orang Kelantan, lelaki pun ada sarung cincin jugak
Rosebel masa tu tanya, "Bel ke kena sarung?"
We olz kan tak penah ada adat cenggitu
Hehe tergelak la sume orang Bel tanya soklan tu
Lastly mak mertua dia kata "Itu time kawen :)"

HAHA
Mana we olz tau
My brother in law yang kena sarungkan kat menantu dia



Intai kat dalam bilik, apa Aleesya buat sensorang
Main hamster lagi

2 minit je mama tak tengok dia, Aleesya dah bukak sangkar hamster.Terkeluar sume serbuk kayu tu dengan hamster sekor kat tangan dia. Nasib baik tak terlepas. Mama tak sempat amek pixca dah sebab takut terlepas hamster tu. Naya je orang tengah baca doa selamat nanti dok mengejar hamster pulak kekeke.



Bergambar lagi bersama bakal peranten
Si Puteri asyik tengok kakak dia hehe



Kak Jasmeen yang sedang berbadan 3
3 la kan, 1 ibu + 2 kembar = 3
Tengok tu peha kepci si Puteri, geget baru tau
Muka Puteri sama macam Bel masa baby



Hantaran dari pihak perempuan
Perfume, coklat, cincin, kemeja, wallet, buah, dulang kosong tu kek *ada dalam peti ais*



Hantaran dari pihak lelaki
Cincin, kain, perfume, set makeup, pot pouri



Aleesya enterprem lagi



Budak-budak memang cepat buhsan duduk kat tempat ramai orang
Sudu pun bole jadi toys derang



Baru ada gambar we olz
Dari awal bizi amek gambar peranten je



Dari kiri Rozalyn dan tunang Hafiz, Mazwan, Prakash, Rosebel, Abang Mie,
Kak Jasmeen, Puteri, Aleesya, ayah Aleesya, Mama
Bahagian depan Tok Aleesya dan Akma



Semoga bahagia ROSEBEL & MAZWAN


Friday, December 30, 2011

Si darah manis tunangan orang

December 30, 2011 6 Comments
Musim cuti sekolah ni banyak betul undangan perkahwinan. Tiap kali weekend tapayah nak masak dah, memang makan nasik minyak aje.


Dua minggu lepas, my niece Rozalyn bertunang dengan pilihan hatinya Hafiz. Date 17|12|11 tu bersempena bufday my niece. So, 2 in 1 lah majlis tu. Adik bertunang dulu baru kakak, kira melangkah bendul la ni. Tak kesahlah kan, asalkan bertunang. Sape dulu sape kemudian takde hal lah. Kakak diye Rosebel coming soon bulan depan.


Okeh, mari kita layan pixcas.



Hantaran dari pihak perempuan
5 berbalas 7 *blue, white, silver theme*
Pot pouri, cincin, apam polkadot


Buah-buahan, sirih junjung, cekelat, cupcakes





Sebelum rombongan pihak lelaki sampai we olz berphotoshoot dulu
Introducing my brother in law wif her wife Kak Jasmeen
*Both adalah muallaf*
Baby 8 months yang sangat adorable dan tak banyak ragam tu pula namanya
Puteri Azmira

Congrats to both sebab kak Jasmeen sekarang preggy lagi
Twin baby



Aleesya wif her new hairstyle *ayah punye keje*
Kusyuk layan kartun mickey mouse



Minum lilo duluuuu
Kaki syomel sebelah tu Akma
Baru nak amek gambar diye dah start cranky sambil golek-golek cari Tok
Akma tak biasa orang ramai


Perbincangan bermula
Menetapkan tarikh, hantaran dan sebagainya
Mama dengar sket je sebab Aleesya dengan Akma mula cranky
Ayah bawa Aleesya turun duduk kat khemah


Cincin menandakan sudah berpunya
Congrats!



Tok Aleesya dengan Akma sedang menikmati hidangan nasi beriani







Lyn wif her sister Puteri


Hantaran dari pihak lelaki



Sebenarnya banyak lagi gambar nak hapload, tapi tenet sangatlah siput. Nak buat satu entri ni pun ambik masa 3 hari nak hapload gambar. Makanya, mama mengucapkan Selamat Bertunang untuk Rozalyn & Hafiz...selamat menjalani alam pertunangan.



Futnot: Al-Fatihah untuk arwah kakak. Anak-anak kakak bakal menjalani fasa baru dalam hidup. Semoga mereka bahagia selalu.


Photobucket

Tuesday, December 6, 2011

Jom tengok Vespa comel di Jambori Vespa 1 Malaysia 2011

December 06, 2011 6 Comments
Dah berkurun dah pegi Jambori ni baru dapat hapdate. Jambori ni berlangsung 2 bulan lepas. Kebetulan je masa tu pegi Tasik Titiwangsa di malam hari, tengok-tengok ada Jambori Vespa. Jom tengok apa yang menarek tertarek kat situ.


Jambori 1 Malaysia 2011
Sume negeri kat Mesia join jambori ni
Paling ramai rasanya dari negeri Perak, sebab lalu je dengar loghat Perak
Kejor Yob kejor



Aleesya macam pelik sket tengok nape banyak sangat motor sepesen camni



Okey, jom kita tengok vespa-vespa yang syomel-syomel belaka


Rasa dah macam kembali ke zaman mak abah mama time baru-baru kawen dulu pulak
^_^




Lama dah tak tengok vespa ni
So cute!




Antara vespa menarik yang dah di cat semula
Nampak macam baru




Sang Penyu
Jauh tu dari Terengganu

Ada mama tengok, sampai je kat Jambori dah rosak, merepair sakan la kat situ
Berjalan jauh sangat kot








Merahnyeee mak ngah :D




Tengok la mata Aleesya pandang mana
Memang feminat kasut
Dalam rumah pun nak pakai kasut bajet duduk London agaknye



Pelbagai jenis spare part ada dijual
Dah berkonvoi vespa jauh-jauh kan
Kalo tercabut pape bole terus repair



Bila tengok dressing derang
Terasa macam kembali ke zaman 60-an



Okeylah jom kita balik
Vrooomm!