Showing posts with label Our precious momentos. Show all posts
Showing posts with label Our precious momentos. Show all posts

Monday, January 1, 2018

Genggam bara api biar sampai jadi arang

January 01, 2018 2 Comments
Assalamualaikum

Di hari pertama 2018, syukur...syukur...syukur ke hadrat Ilahi. Masih diberi peluang melihat keindahan alam, kedamaian bumi Malaysia, gelak tawa anak-anak, suara ibu dan suami. Kata orang tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Tapi kalau kita usaha, takdir pun tidak mustahil boleh diubah.

Mungkin agak janggal untuk menulis setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging. Mungkin gaya bahasa dan penulisan juga berbeza dari sebelum ini. Ye, masa dan pengalaman mematangkan kita. 

Perjalanan hidup sebagai staff, mama dan part time student amat memenatkan. Kalau diblogkan mungkin boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang ingin sambung part time study sambil bekerja. InsyaAllah, entri akan datang akan menyusul.

2017 tahun yang paling struggle namun pengakhirannya menggembirakan. Tiap-tiap hari tidur pukul 3 pagi nak siapkan thesis, esok pergi kerja...siapkan kerja pula. Ada masa balik pukul 4 pagi juga siapkan kerja office. Memang letih. Anak-anak juga perlu perhatian.

Kepada bakal part time student, anda perlu bersemangat kental, sebab stress...memang sangat-sangat stress kerja sambil belajar. Kuatkan semangat. Bak kata orang tua-tua, genggam bara api biar sampai jadi arang.

Bukan study namanya kalau tiada air mata. Bukan senang...nampak je mudah. Memang banyak kali rasa nak berhenti, give up! Tapi...mungkin Allah kata, teruskan. Allah masih mengizinkan. Sesungguhnya sesuatu itu berlaku hanya dengan izin Allah. Terima kasih Allah.




Alhamdulillah
29.10.2017 UTM Konvokesyen

Monday, January 14, 2013

Kali pertama adik baby pegi kenduri kawen

January 14, 2013 0 Comments
Semalam bangun pagi terus siap-siapkan diri dan Rizq dulu. Mandikan dia dulu. Aleesya blom bangun lagi. Aleesya kalau dapat tido tak ingat dunia, kalau boleh nak bangun petang esok. Lepas dah mandikan Rizq siapkan dia, tuam, mekap2 dia, pakaikan baju...kejutkan kak Aleesya dia pulak. Liat sangat nak bangun tido. Mama kata kat dia "nak beli baju abie tak?" abie *Barbie*. Mama tengok dia bukak mata jeling sket. Mama masuk bilik tengok2 dia ikut mama kat belakang. Hmmm kalau pasal Barbie laju aje nak mandi.


Dah ready sume turun, hujan renyai-renyai pulak. Ayah hantar Aleesya dulu kat car. Pastu baru amik mama dengan Rizq. Kami nak pegi kenduri kawen opismate ayah Aleesya kat Cheras. Pusing2 jugak masa cari tu nasib baik tak susah sangat tempat dia.


Mama memang ada bawak kamera, tapi semenjak dah berbaby ni memang tak sempat nak pegang kamera ke, henpon ke, melompat saje Rizq. We ols makan laju-laju, borak2 sket dengan kawan2 opis asben, pastu zas balik.


Balik umah Rizq rehat-rehat kejap, nak tido. Bagi dia tido memang sangat mencabar jugak. Kejap masuk buai dia taknak, nak BF. Dah mama terbaring dia nak bangun pulak. Bawa dia keluar tengok TV. Pastu meragam lagi, bagi botol susu pulak. Mama dah letih rasanya. Bedungkan dia, masukkan dia dalam buai...selamat zzzzz. Ayah dengan Aleesya tengok citer tamil kat TV2. Mama memula tengok jugak sket2, lepas tu citer tamil yang tengok mama. Mama dah Zzzzz. Ayah Aleesya yang tak suke citer tamil, boley pulak dia layan citer tu sampai abes.


Adehhh ni mama tak suke ni, time mama rajin berbelog nak hapload gambor tak bley pulak. Saje nak suruh mama stop blogging agaknye hehehe. Next time la mama hapload gambor adik baby.


Photobucket

Friday, December 30, 2011

Si darah manis tunangan orang

December 30, 2011 6 Comments
Musim cuti sekolah ni banyak betul undangan perkahwinan. Tiap kali weekend tapayah nak masak dah, memang makan nasik minyak aje.


Dua minggu lepas, my niece Rozalyn bertunang dengan pilihan hatinya Hafiz. Date 17|12|11 tu bersempena bufday my niece. So, 2 in 1 lah majlis tu. Adik bertunang dulu baru kakak, kira melangkah bendul la ni. Tak kesahlah kan, asalkan bertunang. Sape dulu sape kemudian takde hal lah. Kakak diye Rosebel coming soon bulan depan.


Okeh, mari kita layan pixcas.



Hantaran dari pihak perempuan
5 berbalas 7 *blue, white, silver theme*
Pot pouri, cincin, apam polkadot


Buah-buahan, sirih junjung, cekelat, cupcakes





Sebelum rombongan pihak lelaki sampai we olz berphotoshoot dulu
Introducing my brother in law wif her wife Kak Jasmeen
*Both adalah muallaf*
Baby 8 months yang sangat adorable dan tak banyak ragam tu pula namanya
Puteri Azmira

Congrats to both sebab kak Jasmeen sekarang preggy lagi
Twin baby



Aleesya wif her new hairstyle *ayah punye keje*
Kusyuk layan kartun mickey mouse



Minum lilo duluuuu
Kaki syomel sebelah tu Akma
Baru nak amek gambar diye dah start cranky sambil golek-golek cari Tok
Akma tak biasa orang ramai


Perbincangan bermula
Menetapkan tarikh, hantaran dan sebagainya
Mama dengar sket je sebab Aleesya dengan Akma mula cranky
Ayah bawa Aleesya turun duduk kat khemah


Cincin menandakan sudah berpunya
Congrats!



Tok Aleesya dengan Akma sedang menikmati hidangan nasi beriani







Lyn wif her sister Puteri


Hantaran dari pihak lelaki



Sebenarnya banyak lagi gambar nak hapload, tapi tenet sangatlah siput. Nak buat satu entri ni pun ambik masa 3 hari nak hapload gambar. Makanya, mama mengucapkan Selamat Bertunang untuk Rozalyn & Hafiz...selamat menjalani alam pertunangan.



Futnot: Al-Fatihah untuk arwah kakak. Anak-anak kakak bakal menjalani fasa baru dalam hidup. Semoga mereka bahagia selalu.


Photobucket

Tuesday, December 6, 2011

Jom tengok Vespa comel di Jambori Vespa 1 Malaysia 2011

December 06, 2011 6 Comments
Dah berkurun dah pegi Jambori ni baru dapat hapdate. Jambori ni berlangsung 2 bulan lepas. Kebetulan je masa tu pegi Tasik Titiwangsa di malam hari, tengok-tengok ada Jambori Vespa. Jom tengok apa yang menarek tertarek kat situ.


Jambori 1 Malaysia 2011
Sume negeri kat Mesia join jambori ni
Paling ramai rasanya dari negeri Perak, sebab lalu je dengar loghat Perak
Kejor Yob kejor



Aleesya macam pelik sket tengok nape banyak sangat motor sepesen camni



Okey, jom kita tengok vespa-vespa yang syomel-syomel belaka


Rasa dah macam kembali ke zaman mak abah mama time baru-baru kawen dulu pulak
^_^




Lama dah tak tengok vespa ni
So cute!




Antara vespa menarik yang dah di cat semula
Nampak macam baru




Sang Penyu
Jauh tu dari Terengganu

Ada mama tengok, sampai je kat Jambori dah rosak, merepair sakan la kat situ
Berjalan jauh sangat kot








Merahnyeee mak ngah :D




Tengok la mata Aleesya pandang mana
Memang feminat kasut
Dalam rumah pun nak pakai kasut bajet duduk London agaknye



Pelbagai jenis spare part ada dijual
Dah berkonvoi vespa jauh-jauh kan
Kalo tercabut pape bole terus repair



Bila tengok dressing derang
Terasa macam kembali ke zaman 60-an



Okeylah jom kita balik
Vrooomm!