Showing posts with label What the food?. Show all posts
Showing posts with label What the food?. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

Lunch hour yang dot dot dot

October 20, 2011 4 Comments

Lunch hour tadi mama & bff mama pegi JJCM ke Ice**** Bff mama kata nak makan yang berkuah. Sebelum ni memang we olz penah makan eskrem kat Ice**** tu, tapi tak penah pula order makanan. Harini kononnya nak try mana tau sedap. Bff mama order bihun tomyam seafood & air 100 plus. Mama pulak order noodles & soup spicy *lebih kurang gitu la nama menu tu* dengan air fresh orange. Menu pun sampai, sekali tengok mee yang diye guna tu megi. Cet, baik mama masak kat opis je. Kuah diye pulak sup yang cair pastu taruk cili paste. Rasa dia? Mama bagi 1/10. Kenapa? Yu olz try sendiri tengok. Adehhh nasib baik mama tak lapar sangat. Memang pasni tak order dah menu lain selain eskrem kalo masuk situ.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 4, 2011

Memasak sangat mudah cara Mamaleesya :)

October 04, 2011 10 Comments
Time mula-mula mama masak seingat mama umur 12 tahun kot. Buat cucur ikan bilis je. Tapi mama rasa cucur tu baling ke dinding, dinding pun pecah :D. Mana ada orang yang pandai masa tu jugak kan, kene slow-slow belajar. Dalam hidup ni, ilmu kena cari sampai hujung nyawa. Jadi mama pun kena ada ilmu menjaga anak, memasak apatah lagi. Kalau masak asyik tak jadi je, kena cari penyebabnya kenapa tak jadi.


Tapi bagi mama senang je nak masak ni kalau ada bahan-bahannya. Cuma yang susah nak ada tu kerajinan bertapa kat dapur lama-lama memandangkan Aleesya asyiklah ber mama-mama dekat depan gate dapur tu. Selagi mama tak melompat keluar dari dapur selagi tu la mamaaa...mamaaa...Grrr...geram pun ade :)



Okeh, bagi mama-mama yang berkarier atau working mama...balik fenat-fenat nak layan anak lagi, kemas umah, basuh kain, lipat kain, masak lagi dah tentu kena buat dengan pantas kan? Resepi apa yang paling cepat kalo tak megi dan sardin. Hehe kalo selalu jemu jugak kan.



Mama senang je, wiken mama buat cili paste siap-siap. Sebab familia mama memang hantu sambal, makanya stok cili paste seminggu mesti ada dalam esbok. Mama blend cili kering tu, letak garam sket pastu mama goreng *letak minyak je, bawang-bawang ta payah* sampai garing. Tumis tu guna api paling kecik sekali. Lama jugak la, tapi takpe sebab cili tu betul-betul masak.



Bila balik keje senang, dalam 1/2 hour dah siap sambal ikan bilis ke, asam pedas ke, masak merah ke, sweet sour. Takde la hari-hari sardinnn je kan hehe *ayah pun buhsan camtu*. Alaa, cara ni mama-mama bekerja ramai dah tau dah. Saja je mama nak share kat sini :).




Ni lauk malam tadi
Sambal telur + ikan bilis
Masa masak tu jangan lupa letak belacan dan udang kering tumbuk sekali
Coz masa blend cili tu tak letak pape kan
^_^





Pastu mama masak sambal hitam belimbing buluh
Huh! sambal lagi?
Gambar takde pulak, tapi rupa diye hitam gitu lah
Resepi BFF mama orang Pahang


Senang je, letak cili padi 10 biji, bawang merah sebiji, belimbing buluh kering 6 biji, ikan bilis segenggam, garam, gula
Blend sume bahan pastu tumis dengan minyak, masak dengan api kecik je.
Sampai kering jadi hitam *jangan sampai rentung pulak, nanti rasa diye pahit. Mama cakap ni sebab mama penah buat sampai rentung hehe.





Ayah Aleesya request nak makan ni pulak balik dari keje malam tadi
Mama cargas buatkan
Kejap je *5 menit* sebab sume bahan dah ada siap

Gambar ni mama amek masa ayah tengah makan




Adoyai tengok gambar makanan ni jadi lapar la pulak
Nak kuar pegi mamam lah



Yummy! Finger licking good



Selamat lunch sume
^___^


Photobucket

Friday, September 30, 2011

Part time momma

September 30, 2011 12 Comments
Jumaat datang lagi. Weekend merupakan hari Aleesya bermanja-manja dengan ayah dan mama nye, weekdays mana sempat sangat. Terkejar masa, bila dah siap masak, uruskan itu ini...Aleesya pulak dah titon. Kadang-kadang ayah balik je umah muka frust je sebab Aleesya dah titon. Tetiba rasa beshnyeee kalo jadi full time momma.



Semalam cargas ke Jusco cari bahan-bahan nak masak spegeti dengan meatball. Balik umah tu sempat lagi layan cite indon kat Astro Ria sebelum masak. Time tu layan juga karenah Aleesya sambil nonton. Besh jugak citer baru tu, banyak lagu-lagu *likeeyyy*.



Disebabkan mama terlebih rajin semalam makanya mama beli meatball cap Marina aje. Nak buat sendiri mau berejam pulak kan. Sambil tengok citer Nada Cinta sambil menggoreng. Brown gravy pulak mama beli kat kedai Halal food kat area Giant.



Makan 5 ketul ni pun dah kenyang



Malam tu masak spegeti, tapi disebabkan mama dah kenyang mama tak makan, ayah je makan sorang siap bertambah 2 kali. Mama letak dalam bekas simpan dalam peti sejuk, harini bawak bekal. Nyum nyum.


Ok mama nak share gambar-gambar lama masa balik N9 haritu. Sempat jugak kami sefamili berjimba-jimba sambil beraya dan pegi makan Nasi Ayam Gemas Mustafah.



Ni dalam perjalanan pegi

Kakak bermanja dengan adik
Adik dodoikan kakak titon




Akma dah lapar niiii




Nasi Ayam Gemas
Memang di tempat asal yang terbaek





Kalo makan macam ni, mak mentua lalu belakang pun tak perasan





Photobucket

Thursday, September 29, 2011

Teringin nak makan meatball

September 29, 2011 6 Comments
Balik keje ni cargas nak cari meatball lah. Teringin la pulak. Kalau rajin nak buat sendiri meatball tu, kalau terlebih rajin beli ajelah meatball dalam packet tu. Menu malam ni western sket, spegeti ngan meatball. Adehhh kecur air liur, cepat la pukul 5.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 15, 2011

Ketuk-ketuk Kuali Bersama Mamaleesya: Resepi Sizzling Yee Mee

August 15, 2011 10 Comments
Ketuk-ketuk kuali bersama Mamaleesya nak share resepi buka pose semalam. Requested by my beloved hubby.



Sizzling yee mee



Sizzling Yee Mee
Paling senang nak buat, semudah 1...2...3...


Bahan-bahan:

5 ulas bawang putih
2 sanggul yee mee *feeling lovey dovey makan 2 orang, Aleesya titon*
5 biji cendawan shitake *rendam dulu sampai lembut, then potong 4*
Sedikit sawi
1 keping dada ayam *potong ikut sesuka hati*
3 biji cili kering *potong 4*
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
1/2 inci halia *hiris nipis-nipis*
Sedikit serbuk lada hitam
Garam sesedap rasa *eh pose tak bole rasa*
Sedikit minyak bijan *kalau ada, kalau tak letak pun takpe*
2 sudu besar tepung jagung *dibancuh dengan air sejuk, kalo air panas nanti jadi lain*
Air
Sedikit minyak untuk menumis



Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau.

2. Masukkan ayam, tunggu sampai empuk.

3. Masukkan air *ikutlah kalo suke kuah banyak letak banyak*

4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan lada hitam. Biarkan mendidih.

5. Masukkan cendawan shitake.

6. Titiskan beberapa titik minyak bijan.

7. Masukkan yee mee, telur dan sawi. Biarkan sebentar.

8. Angkat letak dalam pinggan. Hidangkan panas-panas. Sedia untuk dimakan time buka pose.




Cili potong + kicap cair + sos ikan
Sedap dimakan bersama sizzling yee mee




Masak ni kejap je, so kalo dah dekat-dekat nak buka pose baru masak. Kalo awal sangat nanti kembang yee mee tu.





Thursday, August 4, 2011

Masakan pengerat kasih sayang

August 04, 2011 6 Comments
Bulan Ramadhan ni apa lagi topik yang hot diperkatakan. Tentulah tentang makanan atau juadah berbuka puasa nanti. Tambahan para ibu-ibu ni lagi laaa dari pagi dah pikir apa la nak dimasak untuk berbuka nanti. Pikir punye pikir last-last sampai kat rumah jadi resepi lain. Tu normal dah tu, selalu terjadi kat mama :)


Alaaa mama bukannya pandai sangat masak pun. Tapi masak ni kene selalu practice, kalo dah hari-hari masak takkan tak jadi-jadi juga kan? Kalau makan kat luar, kalau tak sedap mesti kita tolak tepi dah pinggan tu. Tapi kalau kat rumah, walaupun tak sedap tetap boleh habiskan. Sebab ape...sebab air tangan isteri atau ibu kita tu jadi sedap juga. Lagipun kita basuh makanan yang nak dimasak tu sambil baca selawat Nabi.



Okeh, kita rujuk sabda Nabi S.A.W:

...dan seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah suami dan anak-anaknya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka (Riwayat Al-Bukhari & Muslim dari Abdullah Bin Umar r.a)

Seorang isteri adalah bertanggungjawab menyibukkan diri dan menguruskan keperluan suami dan anak-anak dengan tangannya sendiri. *Sorry yea, semenjak dua menjak ni entri mama memang banyak merujuk kepada Hadis Nabi, bukan apa untuk rujukan mama sendiri je*.



Air tangan isteri atau ibu itu lah merupakan bahan perasa "Ajinomoto" untuk menyedapkan makanan tu sendiri. Masakan isteri dan ibu itu dimasak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan. Buat masa ni mama tak penah jumpa lagi masakan kat kedai yang sama macam mak mama masak. Kalo makan kat kedai mamak agak-agak mamak tu goreng mee dengan penuh kasih sayang ke tak eh? Hehe kena pegi tanya mamak tu lah nanti :D



Tapi tak salah pun kalau nak makan kat luar. Sekali sekala apa salahnya. Tak semua makanan yang ada jual kat restoran tu isteri reti masak kan? Mana tau nak feeling-feeling honeymoon ke, pegi bawa isteri ke candle light dinner ke takkan nak suruh isteri juga masak. Tentu nak buat surprise kan?



Kesimpulannya, kalau dengan masakan boleh buat satu keluarga ceria, masak lah selalu yea ^_^



Love both of u
Till jannah