Showing posts with label Segmen Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Segmen Ben Ashaari. Show all posts

Tuesday, March 8, 2011

Penghargaan Buat Blogger Pemes Amos En. Ben Ashaari

March 08, 2011 26 Comments
Mamaleesya mengucapkan terima kasih pada Blogger pemes amos En. Ben Ashaari kerana memilih untuk review blog mama dalam segmen JELAJAH BLOG IBU 2011. Hehe...sempena Hari Wanita ni merupakan kenangan terindah gak ni ^___^.




Mama copy review dari blog En. Ben Ashaari seperti di bawah.




JELAJAH BLOG IBU 2011 : MAMALEESYA


Ini edisi khas memandangkan blogger ni paling pantas hantar penyertaannya .. hehehe .. Kita tengok intro mengenai dirinya ..


"Seorang isteri dan mama yang sangat sempoi. Suke berkarya tentang gula-gula hati kami Aleesya. Berbelog merupakan terapi terbaek untuk minda. "

Menarik sekali blognya .. Seperti biasa , seorang ibu takkan lepaskan peluang letak gambar anaknya di dalam blognya.. hehe.. Nanti besar leh tengok kan ..  :)


image



Ok... mmg sempoi dan cantik blog ni...Ada cerita peribadi jika bermnat nak tau ... Kalau nak tau , g la jengok sendiri eh ...





Atau pun bole tengok di link ini.




Terima kasih Ben Ashaari. Jasamu dikenang.




Jelajah Blog Kategori IBU

March 08, 2011 38 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Seperti kebiasaan, apakah? Segmen Ben Ashaari lagi yea kawan-kawan (^__^). Sila refer sini.












Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda
A part time blogger, part time bussinesswoman, part time mommy and full time Q.S






Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu

Pertama kali melihat bayi dilahirkan merupakan kenangan paling manis. Sangat terpegun dengan kejadian Allah yang sangat indah. Sangat bersyukur dengan sebuah keajaiban.






Kenangan pahit anda ?

Sewaktu mengandung 2 bulan, ibu mertua meninggal dunia kerana menghidap breast cancer. Semasa kandungan 5 bulan, abah meninggal dunia. Arwah tidak sempat melihat wajah cucu mereka.







Kata kata khas buat si suami

Suamiku...kau syurgaku. Tiada hadiah yang lebih bernilai selain buah cinta kita Syahirah Aleesya.







Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana

Anakku Syahirah Aleesya...semoga tiap detik kamu sentiasa mengigati Allah Penciptamu, sebagaimana perjanjianmu dari alam rahim lagi. Sesungguhnya tiada seorang ibu pun di dunia ini yang tidak mahu melihat anaknya berjaya, bahagia dan gembira dalam hidup.

Untuk anak-anak yang berada di luar sana, sayangilah ibu anda selagi ibu anda masih ada sehinggalah ibumu ke alam yang kekal abadi, kerana syurga itu letaknya di bawah tapak kaki ibu. Doa anak yang soleh itu adalah yang paling makbul.






Apakah harapan anda kepada anak anda

Menjadi seorang anak yang bahagia hidup di dunia dan di akhirat.







Nasihat buat si gadis di luar sana

Jaga diri elok-elok, hiasi peribadi dan sentiasa berbuat baik kepada semua terutama ibu bapa.








Thursday, March 3, 2011

Di Sebalik Tabir Blog..

March 03, 2011 31 Comments
Mama join segmen En. Ben Ashaari lagi ^___^. Kalo blogger seme nak memeriahkan lagi segmen ni jom klik sini.



En. Ben




Mamaleesya 






Ceritakan latar belakang anda secara ringkas:
 Merupakan part time blogger, part time bussinesswoman, full time mommy dan full time QS.






Jumlah follower setakat ni? 
202






Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?
 Kalau mama takde blog, mama suka shopping online dan juga ada bisnes online.






Ceritakan kepentingan blog kepada anda
Sangat penting sebagai tempat berterapi minda sambil menulis perkembangan tumbesaran anak. Sebagai memori kepada anak apabila dia dah besar nanti. Selain itu, sebagai tempat berkongsi ilmu, menjadikan sesuatu yang dianggap biasa sebagai sesuatu yang kreatif. 






Blog feveret yang wajib singgah hari hari. Kenapa dan mengapa?
Blog yang mama singgah hari-hari dah tentu-tentu blog En. Ben.
Sebab nak dapatkan tips berblog, nak sertai segmen-segmen sebagai promosi...macam En. Ben cakap, kita bukan artis...macamana orang nak tau blog kita kalau kita tak promote kan?
 ^___^



Sekian.





Friday, February 25, 2011

TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !!

February 25, 2011 34 Comments
APAKAH???!!! Sila rujuk sini.



.

.

.



Filem Terbaru Bakal Menemui Anda Di Pawagam Berhampiran.
Nantikan!!!


Picture by Google




Kisah ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Sekiranya ada yang sama hanyalah kebetulan semata-mata.





Memperkenalkan barisan pelakon


Hero - Lutfi Syafiq

Heroin - Cinta

Bapa - Akhmad Arqom


Kekasih Lama Hero - Scha

Kekasih Lama Heroin - Ady Budika

Adik Heroin 1 - Farah Shahirah

Adik Heroin 2 - Ana Izzty

Adik Heroin 3 - Katek

Pelakon kanak-kanak - Aleesya

Sahabat Hero - Iqbal Hakimi

Sahabat Heroin - Hany





Angin bertiup lembut menyentuh pipi Cinta. Cinta menarik nafas dalam-dalam sambil merenung desiran ombak di tepi pantai. Kenangan demi kenangan menerjah kotak fikirannya. Perlahan-lahan dikeluarkannya komputer riba, dibukanya kotak emel. Ah! hati, kenapa Cinta semakin hari semakin berharap sesuatu yang tak pasti? Bisik hati Cinta. Tanpa berlengah Cinta melakukan rutin seperti biasa, membuka blognya lalu tangan mula menaip entri baru.



"Lutfi...kenapa semakin hari Cinta semakin lemah membilang hari? Kenapa doa demi doa mengharapkan kepulangan Lutfi tetapi harinya tak pernah kunjung tiba? Apakah tidak ada lagi sayang di hati Lutfi atau kita memang tidak ditakdirkan bertemu lagi? Lutfi...Lutfi tahu tak, anak kita...buah cinta kita Aleesya semakin keletah sekarang. Dia dah pandai panggil mama. Tapi anak sekecil itu tahukah erti kehilangan? Tahukah dia erti rindu kepada bapanya yang jauh di Capetown?"


Cinta mengeluh lagi, matanya semakin berkaca-kaca. Suami yang dikahwini 3 tahun yang lalu atas dasar cinta itu amat dirinduinya. Tidak pernah terlintas di fikirannya jalan hidupnya akan jadi seperti ini. Cinta meneruskan lagi penulisan di blognya.


"Tahukah Lutfi...betapa rindunya Cinta pada Lutfi. Sudah lebih 2 tahun Lutfi menghilangkan diri tanpa secebis khabar pun. Entah hidup, entahkan mati. Cinta sendiri tak tahu. Benar...mommy dan daddy tidak merestui perkahwinan kita. Hanya kerana kita tidak setaraf bagaikan langit dengan bumi, tapi tidak adil bagi Cinta bila Lutfi pergi begitu saja. Alasannya, ke Capetown untuk mengubah hidup kita. Tapi, Lutfi tahu tak...waktu Lutfi pergi itu Cinta sedang mengandungkan zuriat kita. Kejamnya Lutfi meninggalkan Cinta sendirian menghadapi saat-saat yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri."

Air mata Cinta gugur lagi, Cinta membiarkannya saja. Telah banyak air mata yang mengalir kerana penantian yang tidak berpenghujung ini. Ya Allah! Dugaan apakah ini? Hatinya berbisik lagi. Jejari runcing Cinta pantas menaip lagi...


"Atau...Lutfi sudah melupakan Cinta? Lutfi telah kembali kepada Scha, kekasih lama Lutfi yang sangat cantik dan berpesonaliti menarik itu? Adakah kerana itu Lutfi terus membisu tiada khabar berita? Katakan Lutfi...katakan! Jangan biarkan Cinta digantung tidak bertali seperti ini! Cinta juga punya hati dan perasaan. Cinta bukan anak patung yang bila suka dibelai bila benci dibuang ke tong sampah."


Pedih hati Cinta tak terkata. Melihat pasangan-pasangan muda berlari-larian bermain ombak di tepi pantai. Melihat pasangan suami isteri berpimpinan tangan bersama anak yang baru jalan-jalan jatuh. Indahnya kalau pasangan itu adalah Cinta dan Lutfi serta anak kami Aleesya. Cinta cuba lagi memadam segala ingatan terhadap Lutfi, tapi semuanya sia-sia.


"Lutfi ingat lagi tak detik perkenalan kita? Waktu tu di lapangan terbang, disebabkan beg kita sama lalu tertukar itulah kita boleh berkenalan. Sejak itulah bibit-bibit percintaan kita bermula. Tuhan itu banyak rahsia-Nya kan Lutfi. Beg yang tidak bernyawa itu pun boleh jadi punca perjodohan kita. Walaupun mommy, daddy, Farah Shahirah, Ana Izzty dan Katek tak pernah sukakan perkahwinan kita ini, tapi tiada siapa dapat menghalang jodoh. Cinta juga tidak minta jodoh Cinta setragis ini. Cinta juga tidak mahu melukakan hati mereka. Apalagi hati mommy dan daddy yang telah membesarkan Cinta dengan penuh kasih sayang dan kemewahan."


Tersenyum sebentar Cinta bila melihat Aleesya berlari terkedek-kedek di tepian ombak bersama sahabat baik Cinta, Hany. Selama ketiadaan Lutfi hanya Hany yang banyak memberi semangat kepadanya. Hany jugalah yang paling sayangkan Aleesya dan tak jemu-jemu melayan karenahnya.



"Agaknya, keadaan Lutfi di Capetown sama seperti di sini kan? Cuma bezanya di pantai ini tiada penguin. Sebab itulah Cinta suka menulis blog di tepian pantai. Sebab Cinta membayangkan Lutfi juga sama memikirkan Cinta di tepi pantai Capetown yang indah itu. Benar atau salah dugaan Cinta ini, hanya Tuhan pencipta sekalian alam ini saja yang tahu. Dan ketahuilah Lutfi sampai bila-bila pun Cinta tidak akan berhenti mencintai Lutfi. Dan Cinta tidak akan sesekali berputus asa berdoa agar kita diberi peluang bersama sekali lagi. Kalau Lutfi terbaca blog http://cintakutertinggaldicapetown.blogspot.com ini, Lutfi bacalah keseluruhan blog ini. Diari digital ini dibuka khas untuk Lutfi. Segala perkembangan tumbesaran anak kita ditulis di sini Lutfi. Kalau Lutfi tidak diberi kekuatan untuk kembali, sekurang-kurangnya Lutfi dapat melihat wajah Cinta bersama puteri kita Aleesya. Itu sudah cukup memadai bukan?"



Setahun kemudian...

.

.

.



Seperti biasa Cinta membelek-belek blognya. Cadangnya ingin menulis entri baru buat Lutfi. Tiba-tiba...


"Cinta..." Satu suara kedengaran. Suara itu memang amat dikenalinya. Tapi Cinta tidak berani menoleh. Adakah ini hanya perasaannya saja atau ini realiti. Perlahan-lahan Cinta berpaling.


"Lutfi!" Air matanya kegembiraan mengalir laju. Benar ini kenyataan, Lutfi telah kembali.


"Cinta, maafkan Lutfi...Lutfi telah lama membaca blog Cinta. Iqbal dan Ady Budika yang beritahu tentang blog Cinta. Tapi Lutfi belum mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan Cinta. Lutfi kembali ini kerana Lutfi telah berjaya sayang. Lutfi telah berjaya membuktikan pada mommy dan daddy bahawa anak seorang penoreh getah macam Lutfi boleh mencapai kejayaan tanpa bantuan mereka. Semuanya untuk kita Cinta...untuk Cinta, Lutfi dan Aleesya." Lutfi bersuara tenang.


Cinta sudah tidak mahu berkata-kata lagi. Sekarang keluarga ini telah lengkap. Terima kasih Tuhan!








Thursday, February 24, 2011

SAYA NAK ! SAYA NAK !

February 24, 2011 26 Comments

Ni festime Aleesya nak join segmen Ben Ashaari taw...sebelom ni sentiasa terlepas pandang je macam-macam segmen yang diye buat.


Okie kalo yu olz nak join sama sila refer sini.


Tajuk Segmen : Pelakon Diperlukan!
*Hehe bole ke Aleesya nak jadi pelakon kanak-kanak ni Uncle Ben?*


Selamat menjoinkan diri ^____^