Showing posts with label Belog. Show all posts
Showing posts with label Belog. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Saya seorang pendiam...tapi dengan blog saya banyak bercakap

August 17, 2011 13 Comments
Awal kejadian mama terjun ke dunia belog ni pun daripada saja suke-suke je. Suke baca belog kawan-kawan maya mama. Jatuh chenta pulak tengok tulisan-tulisan derang. Sangat kreatip. Letak gambar-gambar sume. Sememangnya sangat terhibur. Di saat-saat buhsan, cedey, stress...beloglah terapi. Zaman dah berubah, dulu time sekolah tulis diari. Sekarang dah zaman IT tulis diari lagi cuma bezanya boleh dikongsikan dengan ramai orang. Tapi taklah semua aktiviti mama dan familia mama tulis di sini. Kadang-kadang tu dah lama dah aktiviti tu, tapi time tu bizi tahap gaban makanya mama tulis kemudian. Atau cuma share pixcas menarik je.


Siyes, belog ni merupakan satu cabang seni yang mama minati. Time remaja suke baca dan tulis cerpen, sekarang ni tulisan mama berkisar dengan kisah sehari-hari je. Ini adalah realiti kehidupan kami, asam garam kehidupan kami. Tapi kisah-kisah tertentu yang tak sepatutnya di share, tidaklah ditulis di sini. Aktiviti juga tidaklah di hapdate masa tu juga sebab belum ada tablet pc lagi. InsyaAllah, next time di mana mama bersiaran di situlah mama berbelog. Semua itu kenangan dan rujukan sendiri di masa depan nanti.


Real mama adalah seorang yang pendiam...tapi dengan adanya belog mama memang banyak bercakap. Mama berkomunikasi dengan dunia maya mama melalui tulisan. Sekarang pun zaman dah berubah kan. Orang dah jarang nak call-call dah, abes kredit cepat. Sume main SMS ngan BBM je. Cepat dan tepat. Lepas tu main fesbuk, sume pun pakai taip juga. See, komunikasi lebih mudah kan sekarang. Ta payah telegram bagai lagi macam zaman dulukala. Tapi in case nak jugak cakap, bole videocall. Bole tengok masa tu jugak muka orang yang tershayang.


Teknologi sekarang ni terlalu canggih dan cepat pula tu. Harini beli netbook, esok lusa dah keluar tablet pc, smartphones dan sebagainya. Kad raya pun dah hampir pupus digantikan dengan kad digital di fesbuk. Macam-macam design ada siap bole letak gambar sendiri. Surat pun dicantas oleh emel dan belog. Tiada alasan lagi untuk sering keep in touch.


Dengan belog juga mama dapat raaamaaai kawan. Memang mama suke sangat berbual dengan derang ni. Malahan derang ni lebih memahami dan sporting. InsyaAllah kita akan jumpa nanti kalau ada gathering blogger pasti akan join. Dengan belog juga mama jumpa ex-opismate mama bila tengok header belog dia *eh macam kenal*. Dia pun dah jadi blogger otai dan selalu tersenarai di bahagian exchange link Ben Ashaari. Mama ni belogger baru je. Banyak lagi kena belajar.


Dari belog My Cutie Pie Story inilah banyak harapan dan impian untuk anak mama Aleesya. Takde seorang ibu pun di dunia ini inginkan anaknya tidak berjaya kan? Sudah pastinya inginkan yang terbaik untuk anaknya. Mama abadikan perkembangan tumbesaran Aleesya di sini. Bukan untuk show off yang mama sorang je ada anak, tetapi untuk tatapan mama, Aleesya, ayah Aleesya dan familia kami. Tapi dengan adanya belog ini mama dapat ramai kawan dari geng mama-mama...banyak tips dan parenting info dari derang.


Berbelog itu adalah untuk mereka yang suka pada art, kreativiti, kesabaran dan tak silap kalau mama cakap untuk orang yang suka membaca. Membaca kan jambatan ilmu. Bila kawan blogger tulis entri, sure kita akan baca. Selain tu, jadi blogger ni bukanlah seindah yang disangka. Tak sume orang suke tulisan kita. Ada yang kata kita poyo, show off, benda simple pun nak cerita di belog, giler glemer dan macam-macam lagi lah. Tapi sume kerja yang kita lakukan pun ada cabaran kan. Mama suka sume cabaran tu. Berbelog merupakan kehidupan mama. Walaupun pernah privatekan belog atas sebab-sebab keselamatan, tapi kejap je. Sabtu Ahad privatekan belog, Isnin bukak balik. Tanpa belog hidup rasa sunyi.



Entri mama kalo takde pixcas buah hati pengarang jantung mama, mana nak complete kan? Layanzz.


Mama sayang kamu berdua sampai sorga
InsyaAllah bersamalah kita mencari kebahagian di dunia dan akhirat




Friday, August 5, 2011

Anak oh anak...Tanpamu ku sunyi, bila nakal ku geram...

August 05, 2011 11 Comments
Jumaat datang lagi. Kejap je kan...esok cotiii...hoyeah!


Dalam sebulan mama tak berbelog tu, jiwa agak kacau sket menyiapkan keje-keje opis sebelum memasuki Ramadhan Al-Mubarak ni. Sekarang ni free sket cuma kene touch up keje apa yang patut je. Syioknyeee Ramadhan ni. Boleh la meringankan fikiran dari memikirkan mana quotation tak dapat lagi, mana costing dan measurement tak siap lagi. Fiuhhh! lap peluh.



Lama juga la mama tak hapdate aktiviti aleesya, sedangkan diari ni mama buka semata-mata untuk dia. Tapi dah macam-macam bercampur siap promote belogshop mama dan memacam lagi. Bagus juga ada belog, sebagai medium promosi biz. Belogshop mama dalam bulan Ramadhan ni mama kurangkan sket, sebab dari experience sebelum-sebelum ni, customer banyak buat persediaan awal sebelum ketibaan Ramadhan. Derang dah borong baju raya anak-anak siap-siap sebab bila dah dekat raya lagi banyak pakai duhet kan. Makanya...memang time Ramadhan sales agak kurang. Geng-geng biz baju baby di fb juga mengalami perkara sama. Dalam group di fb selalu derang utarakan tentang sales kurang time dekat nak raya. Lagi satu problemo dengan pos, bila time-time dekat raya tu pos tak jalan. Nanti ada pulak customer komplen baju derang tak sesampai. Dah ter K.I.V kat depoh pos.


Bagus juga mama-mama zaman sekarang, pandai menguruskan kewangan famili. Jadi bebanan kewangan tak la menjadi tekanan sangat bila tiba musim perayaan ni. Ye la, kalo anak sorang takpe...kalo ada 5, 6, 7 orang anak. Jenuh gak nak belikan baju raya tiap sorang kan? Eloklah merancang pembelian dari awal. Budak-budak dah tentu-tentu nak baju baru. Itu yang meriah pun bagi derang.



Okeh berbalik pada Aleesya, macam-macam dah die buat sekarang. Ada yang bole cairkan hati mama yang tengah geram. Pandai dah diye baca doa makan dan doa tido. Tapi part ameen je yang mama dengar mama paham. Laen-laen langsung tak paham hehe. Time makan ntah berapa kali diye baca doa makan. Makannya 1/4 mangkuk je, selebihnya lantai yang makan huhu *bertukar jadi raksasa jap*.


Amek air sembayang pun dah pandai dah. Tapi berterabur la, kaki dulu baru basuh tangan, kepala last sekali. Pastu buat gaya orang solat. Ambik selimut kecik diye, tutup muka sume pastu solat. Dengar la mulut kumat kamit tu. Baca Al-Fatihah agaknye tu :D. Nak tergelak mama tengok gelagat diye.



Aleesya suke gak main sorok-sorok barang. Peberet barang yang diye suke sorok tak lain tak bukan, kunci rumah merangkap kunci kete sekali. Masa sebelum bulan pose aritu, ayah Aleesya terpaksa amek half day sebab cari kunci rumah tak jupe-jupe. Last-last lunch hour mama balik bukak pintu. Seminggu kemudian mama pulak kene penangan Aleesya sorok kunci. Pegi keje dah dekat pukul 9.00 a.m. Satu rumah berkenjah macam tongkang pecah jadinye sebab cari kunci umah punye pasal...haishhh...Last-last jupe gak dalam laci peberet diye tu. Sorok bawah-bawah buku pulak tu. Bijak-bijak.





Anak oh anak
Tanpamu ku sunyi
Bila nakal ku geram
^_^
Anak itu penghibur hati
Pengikat kasih suami isteri




Thursday, March 24, 2011

Let's style your babies and kids

March 24, 2011 9 Comments
, onTajuk belogshop mama tuh. Biasanya mama selalu hapdate fesbuk shop je, sebab yang tu cepat, pantas, tuntas. Maklum, mama buat biznez tu part time je...mana nak buat keje opis lagi, nak hapdate belog lagi, nak fesbuk lagi kan...hehe macam-macam nak buat kekadang fening jugak. Tapi kalo dah minat, apa pon bole. Kena curi-curi masa.



Okeh, merujuk kepada nama butik online mama...Baju Babyku Babymu. Masa mama blom bukak lagi butik online neh, mama suka search kat google. Mesti taip hint Baju Baby. Nanti keluar la memacam butik online kat Mesia termasuk Indonesia dan Brunei. Makanya, mama terfikir...SEO ni bole guna untuk nama butik online mama. Coz, mesti 1st orang taip baju baby. Jadi nak sedapkan, mama tambah je la jadi Baju Babyku Babymu. Bukan saja baby mama je pakai baju tu, tapi yu olz kat luar pon bole gayakan untuk anak masing-masing.




Orait dipendekkan cite coz mama manyaaaak keje today. Let's shopping design terbaru untuk koleksi hari raya anak anda sume. Persiapan hari raya selalu mama-mama kat luar sana buat awal kan? Kalo anak sorang bole lagi sopeng last menit, tapi kalo ramai kene sediakan seawalnya. BTW mama baru sempat publish baju untuk gegerl je dulu. Untuk boboi dan baby esok lusa mama publish okeh. Cekidauttttt!





Pre Order
Estimate Time Arrival: End June











 Gap Brand




POLO Brand






Maanyakkkk lagi baju syomel untuk koleksi anak anda.

Klik sini







Tuesday, March 8, 2011

Penghargaan Buat Blogger Pemes Amos En. Ben Ashaari

March 08, 2011 26 Comments
Mamaleesya mengucapkan terima kasih pada Blogger pemes amos En. Ben Ashaari kerana memilih untuk review blog mama dalam segmen JELAJAH BLOG IBU 2011. Hehe...sempena Hari Wanita ni merupakan kenangan terindah gak ni ^___^.




Mama copy review dari blog En. Ben Ashaari seperti di bawah.




JELAJAH BLOG IBU 2011 : MAMALEESYA


Ini edisi khas memandangkan blogger ni paling pantas hantar penyertaannya .. hehehe .. Kita tengok intro mengenai dirinya ..


"Seorang isteri dan mama yang sangat sempoi. Suke berkarya tentang gula-gula hati kami Aleesya. Berbelog merupakan terapi terbaek untuk minda. "

Menarik sekali blognya .. Seperti biasa , seorang ibu takkan lepaskan peluang letak gambar anaknya di dalam blognya.. hehe.. Nanti besar leh tengok kan ..  :)


image



Ok... mmg sempoi dan cantik blog ni...Ada cerita peribadi jika bermnat nak tau ... Kalau nak tau , g la jengok sendiri eh ...





Atau pun bole tengok di link ini.




Terima kasih Ben Ashaari. Jasamu dikenang.




Jelajah Blog Kategori IBU

March 08, 2011 38 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Seperti kebiasaan, apakah? Segmen Ben Ashaari lagi yea kawan-kawan (^__^). Sila refer sini.












Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda
A part time blogger, part time bussinesswoman, part time mommy and full time Q.S






Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu

Pertama kali melihat bayi dilahirkan merupakan kenangan paling manis. Sangat terpegun dengan kejadian Allah yang sangat indah. Sangat bersyukur dengan sebuah keajaiban.






Kenangan pahit anda ?

Sewaktu mengandung 2 bulan, ibu mertua meninggal dunia kerana menghidap breast cancer. Semasa kandungan 5 bulan, abah meninggal dunia. Arwah tidak sempat melihat wajah cucu mereka.







Kata kata khas buat si suami

Suamiku...kau syurgaku. Tiada hadiah yang lebih bernilai selain buah cinta kita Syahirah Aleesya.







Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana

Anakku Syahirah Aleesya...semoga tiap detik kamu sentiasa mengigati Allah Penciptamu, sebagaimana perjanjianmu dari alam rahim lagi. Sesungguhnya tiada seorang ibu pun di dunia ini yang tidak mahu melihat anaknya berjaya, bahagia dan gembira dalam hidup.

Untuk anak-anak yang berada di luar sana, sayangilah ibu anda selagi ibu anda masih ada sehinggalah ibumu ke alam yang kekal abadi, kerana syurga itu letaknya di bawah tapak kaki ibu. Doa anak yang soleh itu adalah yang paling makbul.






Apakah harapan anda kepada anak anda

Menjadi seorang anak yang bahagia hidup di dunia dan di akhirat.







Nasihat buat si gadis di luar sana

Jaga diri elok-elok, hiasi peribadi dan sentiasa berbuat baik kepada semua terutama ibu bapa.








Thursday, March 3, 2011

Di Sebalik Tabir Blog..

March 03, 2011 31 Comments
Mama join segmen En. Ben Ashaari lagi ^___^. Kalo blogger seme nak memeriahkan lagi segmen ni jom klik sini.



En. Ben




Mamaleesya 






Ceritakan latar belakang anda secara ringkas:
 Merupakan part time blogger, part time bussinesswoman, full time mommy dan full time QS.






Jumlah follower setakat ni? 
202






Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?
 Kalau mama takde blog, mama suka shopping online dan juga ada bisnes online.






Ceritakan kepentingan blog kepada anda
Sangat penting sebagai tempat berterapi minda sambil menulis perkembangan tumbesaran anak. Sebagai memori kepada anak apabila dia dah besar nanti. Selain itu, sebagai tempat berkongsi ilmu, menjadikan sesuatu yang dianggap biasa sebagai sesuatu yang kreatif. 






Blog feveret yang wajib singgah hari hari. Kenapa dan mengapa?
Blog yang mama singgah hari-hari dah tentu-tentu blog En. Ben.
Sebab nak dapatkan tips berblog, nak sertai segmen-segmen sebagai promosi...macam En. Ben cakap, kita bukan artis...macamana orang nak tau blog kita kalau kita tak promote kan?
 ^___^



Sekian.





Friday, February 25, 2011

TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !!

February 25, 2011 34 Comments
APAKAH???!!! Sila rujuk sini.



.

.

.



Filem Terbaru Bakal Menemui Anda Di Pawagam Berhampiran.
Nantikan!!!


Picture by Google




Kisah ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Sekiranya ada yang sama hanyalah kebetulan semata-mata.





Memperkenalkan barisan pelakon


Hero - Lutfi Syafiq

Heroin - Cinta

Bapa - Akhmad Arqom


Kekasih Lama Hero - Scha

Kekasih Lama Heroin - Ady Budika

Adik Heroin 1 - Farah Shahirah

Adik Heroin 2 - Ana Izzty

Adik Heroin 3 - Katek

Pelakon kanak-kanak - Aleesya

Sahabat Hero - Iqbal Hakimi

Sahabat Heroin - Hany





Angin bertiup lembut menyentuh pipi Cinta. Cinta menarik nafas dalam-dalam sambil merenung desiran ombak di tepi pantai. Kenangan demi kenangan menerjah kotak fikirannya. Perlahan-lahan dikeluarkannya komputer riba, dibukanya kotak emel. Ah! hati, kenapa Cinta semakin hari semakin berharap sesuatu yang tak pasti? Bisik hati Cinta. Tanpa berlengah Cinta melakukan rutin seperti biasa, membuka blognya lalu tangan mula menaip entri baru.



"Lutfi...kenapa semakin hari Cinta semakin lemah membilang hari? Kenapa doa demi doa mengharapkan kepulangan Lutfi tetapi harinya tak pernah kunjung tiba? Apakah tidak ada lagi sayang di hati Lutfi atau kita memang tidak ditakdirkan bertemu lagi? Lutfi...Lutfi tahu tak, anak kita...buah cinta kita Aleesya semakin keletah sekarang. Dia dah pandai panggil mama. Tapi anak sekecil itu tahukah erti kehilangan? Tahukah dia erti rindu kepada bapanya yang jauh di Capetown?"


Cinta mengeluh lagi, matanya semakin berkaca-kaca. Suami yang dikahwini 3 tahun yang lalu atas dasar cinta itu amat dirinduinya. Tidak pernah terlintas di fikirannya jalan hidupnya akan jadi seperti ini. Cinta meneruskan lagi penulisan di blognya.


"Tahukah Lutfi...betapa rindunya Cinta pada Lutfi. Sudah lebih 2 tahun Lutfi menghilangkan diri tanpa secebis khabar pun. Entah hidup, entahkan mati. Cinta sendiri tak tahu. Benar...mommy dan daddy tidak merestui perkahwinan kita. Hanya kerana kita tidak setaraf bagaikan langit dengan bumi, tapi tidak adil bagi Cinta bila Lutfi pergi begitu saja. Alasannya, ke Capetown untuk mengubah hidup kita. Tapi, Lutfi tahu tak...waktu Lutfi pergi itu Cinta sedang mengandungkan zuriat kita. Kejamnya Lutfi meninggalkan Cinta sendirian menghadapi saat-saat yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri."

Air mata Cinta gugur lagi, Cinta membiarkannya saja. Telah banyak air mata yang mengalir kerana penantian yang tidak berpenghujung ini. Ya Allah! Dugaan apakah ini? Hatinya berbisik lagi. Jejari runcing Cinta pantas menaip lagi...


"Atau...Lutfi sudah melupakan Cinta? Lutfi telah kembali kepada Scha, kekasih lama Lutfi yang sangat cantik dan berpesonaliti menarik itu? Adakah kerana itu Lutfi terus membisu tiada khabar berita? Katakan Lutfi...katakan! Jangan biarkan Cinta digantung tidak bertali seperti ini! Cinta juga punya hati dan perasaan. Cinta bukan anak patung yang bila suka dibelai bila benci dibuang ke tong sampah."


Pedih hati Cinta tak terkata. Melihat pasangan-pasangan muda berlari-larian bermain ombak di tepi pantai. Melihat pasangan suami isteri berpimpinan tangan bersama anak yang baru jalan-jalan jatuh. Indahnya kalau pasangan itu adalah Cinta dan Lutfi serta anak kami Aleesya. Cinta cuba lagi memadam segala ingatan terhadap Lutfi, tapi semuanya sia-sia.


"Lutfi ingat lagi tak detik perkenalan kita? Waktu tu di lapangan terbang, disebabkan beg kita sama lalu tertukar itulah kita boleh berkenalan. Sejak itulah bibit-bibit percintaan kita bermula. Tuhan itu banyak rahsia-Nya kan Lutfi. Beg yang tidak bernyawa itu pun boleh jadi punca perjodohan kita. Walaupun mommy, daddy, Farah Shahirah, Ana Izzty dan Katek tak pernah sukakan perkahwinan kita ini, tapi tiada siapa dapat menghalang jodoh. Cinta juga tidak minta jodoh Cinta setragis ini. Cinta juga tidak mahu melukakan hati mereka. Apalagi hati mommy dan daddy yang telah membesarkan Cinta dengan penuh kasih sayang dan kemewahan."


Tersenyum sebentar Cinta bila melihat Aleesya berlari terkedek-kedek di tepian ombak bersama sahabat baik Cinta, Hany. Selama ketiadaan Lutfi hanya Hany yang banyak memberi semangat kepadanya. Hany jugalah yang paling sayangkan Aleesya dan tak jemu-jemu melayan karenahnya.



"Agaknya, keadaan Lutfi di Capetown sama seperti di sini kan? Cuma bezanya di pantai ini tiada penguin. Sebab itulah Cinta suka menulis blog di tepian pantai. Sebab Cinta membayangkan Lutfi juga sama memikirkan Cinta di tepi pantai Capetown yang indah itu. Benar atau salah dugaan Cinta ini, hanya Tuhan pencipta sekalian alam ini saja yang tahu. Dan ketahuilah Lutfi sampai bila-bila pun Cinta tidak akan berhenti mencintai Lutfi. Dan Cinta tidak akan sesekali berputus asa berdoa agar kita diberi peluang bersama sekali lagi. Kalau Lutfi terbaca blog http://cintakutertinggaldicapetown.blogspot.com ini, Lutfi bacalah keseluruhan blog ini. Diari digital ini dibuka khas untuk Lutfi. Segala perkembangan tumbesaran anak kita ditulis di sini Lutfi. Kalau Lutfi tidak diberi kekuatan untuk kembali, sekurang-kurangnya Lutfi dapat melihat wajah Cinta bersama puteri kita Aleesya. Itu sudah cukup memadai bukan?"



Setahun kemudian...

.

.

.



Seperti biasa Cinta membelek-belek blognya. Cadangnya ingin menulis entri baru buat Lutfi. Tiba-tiba...


"Cinta..." Satu suara kedengaran. Suara itu memang amat dikenalinya. Tapi Cinta tidak berani menoleh. Adakah ini hanya perasaannya saja atau ini realiti. Perlahan-lahan Cinta berpaling.


"Lutfi!" Air matanya kegembiraan mengalir laju. Benar ini kenyataan, Lutfi telah kembali.


"Cinta, maafkan Lutfi...Lutfi telah lama membaca blog Cinta. Iqbal dan Ady Budika yang beritahu tentang blog Cinta. Tapi Lutfi belum mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan Cinta. Lutfi kembali ini kerana Lutfi telah berjaya sayang. Lutfi telah berjaya membuktikan pada mommy dan daddy bahawa anak seorang penoreh getah macam Lutfi boleh mencapai kejayaan tanpa bantuan mereka. Semuanya untuk kita Cinta...untuk Cinta, Lutfi dan Aleesya." Lutfi bersuara tenang.


Cinta sudah tidak mahu berkata-kata lagi. Sekarang keluarga ini telah lengkap. Terima kasih Tuhan!








Thursday, February 24, 2011

SAYA NAK ! SAYA NAK !

February 24, 2011 26 Comments

Ni festime Aleesya nak join segmen Ben Ashaari taw...sebelom ni sentiasa terlepas pandang je macam-macam segmen yang diye buat.


Okie kalo yu olz nak join sama sila refer sini.


Tajuk Segmen : Pelakon Diperlukan!
*Hehe bole ke Aleesya nak jadi pelakon kanak-kanak ni Uncle Ben?*


Selamat menjoinkan diri ^____^







Tuesday, February 22, 2011

5 sebab kenapa mama malas nak ber blogwalking

February 22, 2011 8 Comments
Assalamualaikum dan camat petang.



Berbelog memang super besh kan? Selaen dapat kawan yang raaamaaai dari pelbagai peringkat umur, pekerjaan, tempat, kita juga dapat share memacam lagi mende besh. Share hobi yang sama, resepi peberet, aktiviti peberet, perasaan *sedih ke marah ke, cintan cintun ke untuk yang single mingel je laa, yang da kawen untuk wifey or hubby masing-masing je k* dan segala macamlah. Teknologi ni kalo kita gunakan dengan elok, maka elok lah hasilnya. Macam jugak ilmu yang kita study tu, kalo kita belajar buat super impose gambar kat photoshop, jangan pulak kita pegi super imposekan gambar artis jadi muka laen, badan laen pulak tau!


Kalo dah namanye berbelog kan, mesti la kene blogwalking. Bukan sebab nak upkan trafik ni, tapi kalo ader orang datang umah kite kan...mesti kita berkunjung balas kan? Macam hari raya tuuu. Okie jom baca 5 sebab kenapa mama malas nak ber belogwalking :-



1) Tengah syiok-syiok mama layan lagu Rindu 1/2 Mati ni, tetiba kuar lagu laen. Aik? Bila masa mama tukar cenel nih. Hehe tu kalo berblogwalking kat umah. Kalo kat opis lak, tengah2 senyap je, tetiba terkejut beruk dengar lagu ^___^. Opocot! Seb baek time rehat, kalo time keje mau bos dengar...tak ke haru.





2) Ader mood pulak nak komen entri kat belog tuh. Besh entri diye. Dah siap taip ni, punya la panjang, last-last bila nak publish komen tu kuar pulak Word Verification. Alaaa yang kuar nombor ngan huruf tu, contoh cam kat bawah ni.






Kewujudan word ni menyusahkan dan melambatkan visitor nak komen entri. Author memang tak perasan yer kewujudan word ni, sebab belog mama pon penah gak ader word verification nih lepas mama tukar template baru, lupa nak buang word tuh. Seb baek Papakembar3 komen kat chatbox sebab diye nak komen entri susah. Ma aceh Papakembar3 for your opinion *now dah removed*.






3) Eh! kat chatbox mama ader visitor komen la, mama kene pegi menziarah tengok sape bagi komen syomel tuh. Skrol punye skrol punye skrol tak jumpe-jumpe chatbox kat belog tuh. Nak komen kat entri cam lambat pulak. Ni yang buat mood mama berbelogwalking ke laot nih.






4) Kekadang ada sesetengah belog yang mama visit tu mama nak komen sebagai Pn. Anon *Anonymous*. Tetiba kuar perkataan seperti di bawah ini;






Ni yang buat mama malas nak komen ni *komen membina je yea*. Baru je mama taknak kuarkan identiti kat situ, dah tak bole pulak Pn. Anon komen. Mama pon totop terus belog tuh.






5) Mama turun bawah diye ikut, mama skrol ke atas diye ikut jugak, pegi tepi kiri kanan pon....Alaaa cayang jangan la ikot mana mama pegi. Apekah? Salji-salji dalam belog tu la. Mama nak baca entri blogger tu. Memang besh taw! Tapi salji-salji tu kaco penglihatan mama nak baca entri super duper boom tuh.




Sesape yang terbaca ni dan belog derang ader perkara yang disebutkan di atas jangan mara yea. Ni personal opinion mama jek.






No heart feeling okeh
Ceria-ceria cam Alica taw!
^___^



Friday, February 11, 2011

Mana lagi besh...Blog lelaki ke blog perempuan?

February 11, 2011 0 Comments
Salam Jumaat.



Kejap je kan dah Jumaat dah. Pejam celik, pejam celik je. Anak yang dulu kecik 2kg+ sekang dah besar dan semakin noti. Dulu kuat titon, sekang takmo titon-titon kalo jam blom menunjukkan ke angka doblas. Rutin harian yang agak meletihkan bagi ibu bekerja, tapi rasanya kalo tak keje lagi letih kot sebab berkejaran dengan anak yang kuat melasak. Namun, itulah gula-gula hati pengikat kasih sayang ayah dan mama.




Okie...berbalik kepada topik, memang manyaaaak amat belog kat mesia dan lain-lain negara jugak. Yu olz lagi suka baca belog yang penulisnya lelaki atau perempuan?



Belog Lelaki

Pendapat mama tentang belog lelaki. Besh! Cara penulisan mereka santai...pendapat mereka sempoi. Kalo mereka beri pendapat tentang sesuatu tu mesti ada sebabnya. Huraian yang baik. Gaya bahasa yang mudah difahami. Kalo nak beri contoh memang banyak la belog-belog lelaki yang mempunyai ciri-ciri tersebut.




Selain itu, mereka kalo marah pon...ader jugak meluahkan dalam belog. Ye, belog kan terapi. Tempat untuk kita meluah perasaan. Tak kisah la kan orang nak cakap apa atau bagi pendapat tentang belog kita. Kita bukan kenal pon mereka tu. Semenye hanya di alam maya. Kalo mereka kondem kita dalam belog pon takpe...itu tandanya belog kita ada pembacanya...kalo tak macamana derang tau cerita-cerita tentang kita? Dah tentu-tentu selalu jadi pembaca belog kita kan *atau jadi silent reader*. Walaupun kita tak baca belog mereka atau mereka memang takde belog.




Ada lagi satu belog yang mama suke. Berkenaan dengan art. Dia ni student Engineering tapi amat meminati art. Tapi mama dah tak ingat la address blog tu. Manyak sangat belog kat mesia ni. Kalo ader mama jumpa lagi nanti mama share kat sini. Sebab belog ni bagus, dia share kan link untuk download software, tutorial, gambar-gambar shantek dan memacam lagi lah.




Okie abes topik belog lelaki.





Belog perempuan

Belog femfuan senang je nak tau. Mesti kalernye pinky-pinky. Manyak pixca syomel-syomel. Fancy. Bole dibezakan. Biasanya belog lelaki latarbelakangnya plain dan berwarna hitam kebanyakannya. Kalo belog mama-mama pulak, lagi senang nak tau. For sure ader gambar baby atau famili.




Salah satu belog femfuan yang mama suke ialah raracandyfloss. Mama tak baca keseluruhan belog ni tapi mama rasa penulis ni adalah dari kalangan pelajar IT. Gaya penulisan dia juga sempoi dan amat syomel. Suke mama baca. Kalo belog intanurulfateha pon suke juga. Sebab die buat banyak tutorial. Visitor dia pon kebanyakannya yang nak tengok tutorial. Kiranye, lawatan sambil belajar la kalo pegi belog die ni.




Hurmmm...kalo berfesbuk kita kene tunggu frens kita update status dan gambar kan? Kalo derang tak hapdate pon buhsan jugak berfesbuk tu. Makanya...baik kita visit belog...selain dapat kawan, kita juga dapat macam-macam ilmu, pengalaman walaupun kita tak pergi tempat tu, dapat berita-berita terbaru...bukan saja kawan kat Mesia saje malah seluruh dunia.




Kalo kita memang feminat sesebuah belog tu, kita pasti tau gaya bahasa penulisannya. Kita juga rasa macam kita dah kenal lamaaaa je ngan die walaupun hakikatnya kita tak pernah jupe die langsung. Pastu kita juga berkongsi perasaan bersama-sama die walaupun die tak kenal pon sape kite. Kita juga dapat tengok flow penulisan die setiap hari. Mama merupakan pengikut belog hidup saje. Belog hidup tu maksudnya belog yang tuan umahnye selalu ader kat umah. Yakni selalu hapdate belog. At least 1 hari sekali mesti die hapdate belog. Kalo die dah bizi tak sempat hapdate tu biasanya jarang-jarang.



Buang mase ke baca belog orang? Tak la...kan seme tu terapi. Ader orang suke dengar lagu untuk terapi, ader pulak suke pegi tempat-tempat yang tenang, macam pulau ke, ader pulak yang suke bawak kete laju-laju. Tiap orang berbeza. Tidak ader seorang pon di dunia ini serupa kan? Jadi mama berterapi dengan cara berbelog dan membaca belog. Mama seorang yang pendiam dan suke bercakap melalui penulisan. Dalam penulisan memang mama banyak mengomel.





Orite abes sudah topik belog. Seperti biasa, aktiviti wajib tiap kali post entri ialah






Alica
Kita golek-golek duluuuu
Sambil baca belog



Pagi tadi masa mama tengah nak ambik baju dalam almari, Alica pegang sepasang baju mama. Mama cakap kat die...Alica dah besar nanti Alica bole pakai baju mama eaaa...


Alica jawab: Baju biyu *sambil pegang baju kurung mama kaler biru*


Sukeeee amat dengar die dah pandai sebut perkataan baru






Camat berwiken...
Tata!






Wednesday, February 2, 2011

Semoga kalian bertabah hati

February 02, 2011 2 Comments


Assalamualaikum



Dah beberapa hari cuaca tak berapa elok kan? Hari Ahad haritu hujan turun tak berenti langsung sehari suntuk. Mama ngan Aleesya kuar kejap je temankan ayah pegi kelas kejap pastu kitorang balik.



Dari fesbuk mama tengok keadaan kampung idola berbelog mama iaitu Mama Qies yang telah banjir. Tak pernah lagi mama mengalami pengalaman begitu. Tengok pixca kat fesbuk dan belog pon terasa sayu dan menyuntik keinsafan pada diri sendiri.



Paling menyentuh hati mama bila atok qies balik ke rumah semata-mata nak selamatkan foto konvo anak-anaknya. Benar...ibu bapa takkan fikirkan kemusnahan harta benda, ayam itik, kucen, tanaman...tapi sentimental value dan barang kesayangan anak-anak yang difikirkan. Bagi mereka anak cucu adalah harta mereka yang tidak ternilai. Takpe tak dapat selamatkan seme harta benda pon, asalkan nyawa anak cucu selamat.




Mama doakan Mama Qies sefamili bertabah hati menghadapi dugaan tersebut. "Sesungguhnya, Allah tidak membebani hamba-Nya dengan sesuatu dugaan melainkan apa yang termampu ditanggung oleh hamba-Nya itu".




Thursday, January 27, 2011

Tutorial Energy Saving Mode

January 27, 2011 2 Comments
Okie sekang ni seme nye Go Green kan. So, kali ni mama buatkan Tutorial Energy Saving Mode. Simple je step diye.



Oh ya camni la rupenye energy saving mode tu. Kalo yu olz buka belog tu tetiba gelap je tu, bukannye lektrik takde tau...tapi untuk mengelakkan global warming derang create ni. Kredit Alia *jasamu dikenang*.










1) First step, yu olz buka blogspot yu olz macam biasa. Then klik kat bahagian Design










2) Pastu yu olz klik Edit HTML. Then yu olz tanda right kat kotak Expand Widget Templates *refer red circle*










3) Dah tu yu olz tekan button Ctrl F. Then yu olz taip </head> *refer gambar kalo tak paham*










4) Pastu yu olz copy code kat bawah ni.


<!-- save your energy -->
<script language='javascript' src='http://nikbir09.ws/scriptforenergy.js' type='text/javascript'/>
<!-- save your energy end -->









5) Then yu olz paste kat atas </head>









6) Last sekali yu olz klik Save Template. Dah siap.







Nanti bila yu olz buka belog yu olz tu dalam beberapa menit yu olz tunggu la. Belog yu olz akan jadi gelap gulita.




Wednesday, January 26, 2011

Tutorial cara membuat watermark menggunakan Photoshop

January 26, 2011 3 Comments
Salam




Zaman IT ni mane ader orang tengok album gambar dah kan? Kalo ader pon mungkin album wedding storyboard. Kebanyakannye tengok kat fesbuk atau belog je...Cepat tuntas...Sorang dok kat utara, sorang dok kat selatan...tapi bole tengok gambar memasing lepas hapload seminit. Tapi...ader gak keburukannya...nanti gambar2 tu orang bole copy dan simpan...siap bole digunakan untuk tujuan tertentu lagi.




Tutorial kali ni adalah tentang cara-cara nak buat tanda air :P atau watermark. Watermark ni digunakan sebagai copyright atau hak milik kepada sesuatu gambar tu. Supaya gambar kite tidak digunakan oleh orang lain. Banyak dah mama tengok orang buka akaun fesbuk gune gambar orang laen. So, bole mengundang marah kepada pemilik gambar tersebut.




Walaupun cara ini bukanlah cara terbaek untuk protect gambar kite tu, tapi sekurang-kurangnya ianya dapat mengelakkan kejadian penggunaan gambar oleh pihak tertentu. Memang bole buang jugak watermark pada gambar kite tu, tapi bila dah ada watermark tu...lambat la sket keje2 derang kan. Mama buat tutorial untuk buat watermark je yea. Cara2 untuk buang watermark dari gambar mama takkan buat tutorial yea...nanti banyak pula gambar yang disalahgunakan oleh pihak tertentu.




Mama ajar cara yang basic je k. Ader memacam watermark bole kite buat ikut kreativiti memasing. Yang letak gambar atau dolly pon bole. Tapi ni yang paling simple dimple. Okie memula, yu olz kene ader program Adobe Photoshop tak kira la CS3 ke, CS4 ke, CS5 ke...cara diye lebeh kurang sama je. Kalo yu olz takde program tu, yu olz bole google search untuk free download. Mama takde link nye sebab kawan hubby yang installkan Photoshop CS5 kat leptop mama.





1) Yu olz buka photoshop, klik File > Open. Yu olz buka la gambar yang yu olz nak letakkan watermark tu.









2) Then yu olz tekan Ctrl  J untuk duplicate. Nanti akan kuar Layer 1 macam dalam circle merah seperti gambar di bawah.








3) Pastu yu olz tekan bahagian circle merah kat sebelah kiri tu yea. Yu olz bole pilih shape yang yu olz suke kat *bahagian atas*. Kaler pon yu olz bole pilih ikut kaler peberet yu olz. Nampak tak circle2 tu? Kalo tak nampak pendek umur ;)








4) Then yu olz buat la kotak kat bahagian mana2 sesuka hati yu olz kat gambar tu








5) Kali ni yu olz klik dua kali kat bahagian kanan bawah *refer red circle *. Nanti akan kuar column Layer Style. Kat bahagian Blending Options tu yu olz tanda right kat kotak Drop Shadow. Pastu kat bahagian Opacity tu yu olz tukar kepada 60% *kalo tak paham refer pixca*








6) Pastu yu olz klik bahagian bertanda merah macam dalam gambar di bawah yea








7) Yu olz klik T then drag. Tulis la pape yu olz nak tulis. Pastu klik sekali kotak sebelah kanan *refer red circle*









8) Okeh camni la hasilnye bile dah siap






9) Pastu yu olz klik Save As - JPEG







Tapi kalo yu olz taknak buat sendiri watermark, yu olz bole upah memana designer untuk buatkan watermark tu. Sure lagi shantek dan mengikut citarasa yu olz derang bole designkan. Ni cara mama buat watermark simple. Kalo yu olz ader cara yang lagi mudah atau lagi shantek bole tunjuk ajar kat mama pula yea.








Futnot: Ader yang tanye camne nak buat header transparent. Okie laling nanti mama free mama print screen kan tutorial tu...coz stepnye agak panjang. Kalo Alica titon mama buatkan k. Tungguuu.



Monday, January 24, 2011

Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan

January 24, 2011 4 Comments
Hari Ahad haritu kuar berita kat muka depan Berita Minggu tentang tajuk Blogger untung RM1 juta. Sila rujuk sini.





Pixca credited to redmummy







Wah! giler kentang btul redmummy bole dapat RM12,000.00 sebulan *bukan senang nak dapat tu*. Tengok pixca kat bawah ni *dipinjam dari web Berita Harian*










Sehubungan dengan kuarnye berita tu, topik pagi kat Hot FM pon tentang belog jugak...tajuknye Blog, Blogger, Blogging. FF ngan AG sempat la menemubual redmummy pagi tadi *mama dengar masa tengah drive dalam jem tu...haihhh K.L ni bile la takde jem...kan besh kalo dok kampung agi*






Redmummy bagitau diye dapat pendapatan yang pertama setelah 3 tahun berbelog *mama baru je 3 bolan berbelog...lamaaa lagi nak dapat tu*. Cek pertama diye dapat berjumlah 90 hengget, pastu 300 hengget, 500 hengget, 800 hengget, 2,000 hengget dan 12,000 hengget. Fuiyoooo tabik spring laa. Manyak  tuhhh...beribu-ribu lemon.






Earnings yang redmummy dapat bukanlah setiap bolan tapi setelah beberapa bolan berbelog. Tapi sekali dapat lumayan kan, syiok btul dapat wit manyak. Sambil berbelog sebagai hobi, bole menjana pendapatan sampingan.






Selaen tu redmummy komen juga tentang Nuffnang. Tu iklan kat tepi2 kiri, kanan, atas, bawah entri tu. Diye cakap Nuffnang pon tak bole bagi amaun semanyak tuh, tapi ader taktik laen diye berbelog.






Diye cakap, disebabkan belog diye dah lama...dan orang dah kenal makanya, ader orang yang nak iklankan produk derang di belog redmummy. Jadi redmummy demand kat situ. Derang nak iklankan kene bayor la. Mama notice Ben Ashaari pon ader buat iklan2 gak. Belog2 yang dah femes amos memang manyak orang terjah.






Redmummy cakap kat Hot FM gak, diye bayar cukai kat LHDN guna duit earning dari berbelog. Uisshh dasat kan. Besh2.





See, sape kata buat belog buang karan? Kan manyak manfaatnye. Sebagai hobi dan sumber pendapatan jugak. Selaen tu bole dapat kawan, mengeratkan silaturahim jugak. Yang penting digunakan dengan btul...Kalo kite share ilmu yang kita ader pon, dapat juge kebaekan...bila orang laen sebarkannya. Yang penting niat kite. What u give, u get back...