Thursday, January 12, 2012

Penangan Game Talking Tom

January 12, 2012 4 Comments








Semenjak Aleesya dah besar ni mama banyak juga cari alat bantu mengajar untuknya. Cara paling senang adalah donlod game ABC, 123, piano untuk dia belajar dalam tab.

Selain tu kalo dia dah boring belajar, mama bagi dia main Angry Bird dan game TalkingTom. Penangan game- game ni memang ada impak positip dan negatipnya. Yang positipnya Alica pandai menyelesaikan masalah dlm game, lebih kreatip. Yang negatipnya, Alica asyik nak pow mama sume barang2 bertemakan Angry Bird. Baru ni dia nak selipar Angry Bird, sebab geng dia kat rumah BS dah ada.

Game Talking Tom pulak memang la bagus. Buat dia hepi, ketawa-ketawa sebab kucen tu tiru apa dia cakap. The problem is time makan pun dia nak Tom temankan dia. Tak dapat tab, ditangkapnya kucen jiran bawa masuk dalam rumah. Pandai pulak tu, memang kaler kucen tu sebijik sejebon kaler tom. Bila kucen tu balik menangis-nangis jenuh mama nak pujuk.

Aleesya, aleesya, semua yang kamu buat walaupun buat mama rasa nak grrrrr, bila ingat balik bole buat mama tersenyum.


Qada' dan qadar

January 12, 2012 0 Comments
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:

Apabila disebut tentang qadar maka diamlah...

(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim)

Tuesday, January 3, 2012

TV sayanggg, kenapa la you nak rosak time New Year ni?

January 03, 2012 4 Comments
Agak-agak apa cer New Year bila dah baca tajuk tu :D



Tengok!




Layan Upin & Ipin kat lappy aje lah yayang
Apa nak buat, sehari sebelum New Year TV kesayangan Aleesya dah sampai masanya
TV tu pun dah berusia 15 tahun pun

Pixca ni mama amek 15 menit selepas we olz berdua tengok bunga api
Tengok kat belakang umah aje
Ayah pulak layan game kat lappy *balas dendam baru abes exam*



Untuk menghilangkan keboringan Aleesya, *ekceli mama ngan ayah yang boring lebih bila takde kotak penghibur a.k.a TV*. We olz bawa Aleesya jenjalan ke Damansara. Ingatkan nak pegi usha TV kat Courts Mammoth Damansara *umakaih punye la jauh serbey*. Rupanya Courts Mammoth Damansara yang besau tu dah totop. Ces! buang karan je pegi jauh-jauh.

We olz pegi mamam kat Mekdi Damansara je la. Kebetulan Mekdi closed section atas selepas we olz naik. So, we olz bertiga je la yang ada kat atas tu. Sonok la Aleesya dapat main kat playground situ sensorang.



Weeee!!!



Happy hour wif familia



Okeh, kita sambung balik bab TV yang rosak tu. At last ayah Aleesya order gak TV baru untuk Aleesya tersayang, sebab dah tak larat dengar dia dok mengomel TV...TV...TV... tiap pagi lepas celik mata. Adoyaiii...anak mama memang minat betul tengok TV. Lebih-lebih lagi citer kat Babytv tu sume dia dah hafal dah skrip dia. Paling dia suke citer Cuddlies pukul 6.25 petang sementara nak tunggu Nada Cinta start mama pun layan. Hehehe kelakar gak kartun tu. Yang paling dia suka watak paling nakal dalam citer tu Tickles. Patut la time mama masak, die asyik cakap tikus...tikus...rupenye kartun tu :D.



Harini bole la Aleesya layan kartun Tickles agi



TV lama tu mama memang sayang sangat sebab pemberian arwah ayah. Dari mama sekolah lagi TV tu dah ada. Tengahari tadi TV baru dah sampai. Kira oklah, beli yang murah-murah aje Samsung tengah sale murah...takde maknanya nak beli SMART TV Samsung kalo tak guna sangat kan. Asteruk beyoung pun takde setakat pakai Asteruk beold je *Unifi pun nan ado* nak watpe smart TV kan hehehe.



Sukenyee diyeee



Selamat Tahun Baru sumeeee
^__^



Photobucket

Friday, December 30, 2011

Si darah manis tunangan orang

December 30, 2011 6 Comments
Musim cuti sekolah ni banyak betul undangan perkahwinan. Tiap kali weekend tapayah nak masak dah, memang makan nasik minyak aje.


Dua minggu lepas, my niece Rozalyn bertunang dengan pilihan hatinya Hafiz. Date 17|12|11 tu bersempena bufday my niece. So, 2 in 1 lah majlis tu. Adik bertunang dulu baru kakak, kira melangkah bendul la ni. Tak kesahlah kan, asalkan bertunang. Sape dulu sape kemudian takde hal lah. Kakak diye Rosebel coming soon bulan depan.


Okeh, mari kita layan pixcas.



Hantaran dari pihak perempuan
5 berbalas 7 *blue, white, silver theme*
Pot pouri, cincin, apam polkadot


Buah-buahan, sirih junjung, cekelat, cupcakes





Sebelum rombongan pihak lelaki sampai we olz berphotoshoot dulu
Introducing my brother in law wif her wife Kak Jasmeen
*Both adalah muallaf*
Baby 8 months yang sangat adorable dan tak banyak ragam tu pula namanya
Puteri Azmira

Congrats to both sebab kak Jasmeen sekarang preggy lagi
Twin baby



Aleesya wif her new hairstyle *ayah punye keje*
Kusyuk layan kartun mickey mouse



Minum lilo duluuuu
Kaki syomel sebelah tu Akma
Baru nak amek gambar diye dah start cranky sambil golek-golek cari Tok
Akma tak biasa orang ramai


Perbincangan bermula
Menetapkan tarikh, hantaran dan sebagainya
Mama dengar sket je sebab Aleesya dengan Akma mula cranky
Ayah bawa Aleesya turun duduk kat khemah


Cincin menandakan sudah berpunya
Congrats!



Tok Aleesya dengan Akma sedang menikmati hidangan nasi beriani







Lyn wif her sister Puteri


Hantaran dari pihak lelaki



Sebenarnya banyak lagi gambar nak hapload, tapi tenet sangatlah siput. Nak buat satu entri ni pun ambik masa 3 hari nak hapload gambar. Makanya, mama mengucapkan Selamat Bertunang untuk Rozalyn & Hafiz...selamat menjalani alam pertunangan.



Futnot: Al-Fatihah untuk arwah kakak. Anak-anak kakak bakal menjalani fasa baru dalam hidup. Semoga mereka bahagia selalu.


Photobucket

Tuesday, December 20, 2011

Pepatah orang lama

December 20, 2011 7 Comments
"Ingat baik orang pada kita, jangan ingat baik kita pada orang.

Ingat jahat kita pada orang, jangan ingat jahat orang pada kita"

Renung-renungkanlah dan selamat beramal.


Futnot: Kata-kata diambil dari bos.


Photobucket

Monday, December 12, 2011

Doa ibu sama seperti doa Nabi kepada umat-Nya

December 12, 2011 2 Comments
Ibu mempunyai kasih sayang yang melimpah ruah sama seperti kasih sayang Nabi kepada umat-Nya. Ibu juga tak akan mendoakan keburukan kepada anaknya walaupun anaknya selalu melakukan kesilapan.

Nabi bersabda:

"Doa orang tua untuk anaknya sama dengan doa Nabi untuk umat-Nya". (Hadis laporan ad-Dailami)

Sentiasa doakan kebaikan untuk anak-anak kerana ibu dianugerahi banyak kasih sayang dalam hatinya. Orang yang mempunyai banyak rasa kasih dan sayang, mudah dimakbulkan doanya. InsyaAllah.


Photobucket

Friday, December 9, 2011

MASA...jangan cepat sangat bergerak plis!

December 09, 2011 10 Comments
Sekejap je dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu sama juga dengan cepatnya Aleesya membesar.


Masih terngiang-ngiang di telinga mama suara comel yang pertama kali mama dengar sewaktu kelahiran dia. Masa tu hati mama terdetik, gurl agaknya anakku. Walaupun scan boy tapi naluri hati seorang ibu tu lebih kuat mengatakan gurl. Patut la masa preggy mama suka sangat melaram, mekap, beli baju mengandung macam-macam pesen.


Nah! sekarang dah terjangkit kat Aleesya, kuat melaram! Blusher, perfume, compact powder sume die nak pakai. Lepas pakai perfume, die suruh mama cium tangan die. Wangi sangat la yayang :). Tapi lagi wangi bau kamu masa baby. Bauan baby kan bauan dari syurga.


Dah big gurl anak mama & ayah
Makin banyak akalnya juga


Masa memang tak pernah menunggu kita yayang. Saat Aleesya membesar kalau boleh mama nak jaga Aleesya sendiri. Kalau boleh mama nak sentiasa kamu ada depan mata mama. Walau sepenat mana pun mama akan puas hati dapat menjaga kamu. Tapi tak sume kita nak kita dapat kan yayang.


Bila Aleesya dah besar nanti, Aleesya kena baca semua ni tau. Ada masa mama tulis ni dalam perasaan yang gembira, adakala sedih, adakala tensi. Macam-macam perasaan. Nanti Aleesya dah besar, Aleesya fahamlah apa ertinya kehidupan. Bukan sekadar dapat toys dan hepi je, dan bukan juga menangis kerana nak shushu atau ribena saje. Ada macam-macam sebab dan keadaan kenapa kita gembira dan sedih.


Yang penting kita kena redha. Ubat terbaik untuk hati ye nak yea.

Jangan berhenti melangkah walaupun jatuh tersungkur
Jangan pernah putus asa dengan dugaan hidup

Kenapa Allah bagi kita dugaan?
Sebab Allah sangat sayangkan kita
Allah mahu kita cepat menyedari kesilapan kita

Walaupun kita selalu lupakan DIA, tapi Allah tetap memaafkan kita
Buktinya Allah tetap bagi kita rezeki yang melimpah ruah



Anakku
Kamu perlu tahu bahawa


Mama dan ayah sayang kamu sangat-sangat
*Peluk kamu kuat-kuat*



Photobucket

Tuesday, December 6, 2011

Jom tengok Vespa comel di Jambori Vespa 1 Malaysia 2011

December 06, 2011 6 Comments
Dah berkurun dah pegi Jambori ni baru dapat hapdate. Jambori ni berlangsung 2 bulan lepas. Kebetulan je masa tu pegi Tasik Titiwangsa di malam hari, tengok-tengok ada Jambori Vespa. Jom tengok apa yang menarek tertarek kat situ.


Jambori 1 Malaysia 2011
Sume negeri kat Mesia join jambori ni
Paling ramai rasanya dari negeri Perak, sebab lalu je dengar loghat Perak
Kejor Yob kejor



Aleesya macam pelik sket tengok nape banyak sangat motor sepesen camni



Okey, jom kita tengok vespa-vespa yang syomel-syomel belaka


Rasa dah macam kembali ke zaman mak abah mama time baru-baru kawen dulu pulak
^_^




Lama dah tak tengok vespa ni
So cute!




Antara vespa menarik yang dah di cat semula
Nampak macam baru




Sang Penyu
Jauh tu dari Terengganu

Ada mama tengok, sampai je kat Jambori dah rosak, merepair sakan la kat situ
Berjalan jauh sangat kot








Merahnyeee mak ngah :D




Tengok la mata Aleesya pandang mana
Memang feminat kasut
Dalam rumah pun nak pakai kasut bajet duduk London agaknye



Pelbagai jenis spare part ada dijual
Dah berkonvoi vespa jauh-jauh kan
Kalo tercabut pape bole terus repair



Bila tengok dressing derang
Terasa macam kembali ke zaman 60-an



Okeylah jom kita balik
Vrooomm!