MASA...jangan cepat sangat bergerak plis!
ayeesha anna
December 09, 2011
10 Comments
Sekejap je dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu sama juga dengan cepatnya Aleesya membesar.
Masih terngiang-ngiang di telinga mama suara comel yang pertama kali mama dengar sewaktu kelahiran dia. Masa tu hati mama terdetik, gurl agaknya anakku. Walaupun scan boy tapi naluri hati seorang ibu tu lebih kuat mengatakan gurl. Patut la masa preggy mama suka sangat melaram, mekap, beli baju mengandung macam-macam pesen.
Nah! sekarang dah terjangkit kat Aleesya, kuat melaram! Blusher, perfume, compact powder sume die nak pakai. Lepas pakai perfume, die suruh mama cium tangan die. Wangi sangat la yayang :). Tapi lagi wangi bau kamu masa baby. Bauan baby kan bauan dari syurga.

Dah big gurl anak mama & ayah
Makin banyak akalnya juga
Masa memang tak pernah menunggu kita yayang. Saat Aleesya membesar kalau boleh mama nak jaga Aleesya sendiri. Kalau boleh mama nak sentiasa kamu ada depan mata mama. Walau sepenat mana pun mama akan puas hati dapat menjaga kamu. Tapi tak sume kita nak kita dapat kan yayang.
Bila Aleesya dah besar nanti, Aleesya kena baca semua ni tau. Ada masa mama tulis ni dalam perasaan yang gembira, adakala sedih, adakala tensi. Macam-macam perasaan. Nanti Aleesya dah besar, Aleesya fahamlah apa ertinya kehidupan. Bukan sekadar dapat toys dan hepi je, dan bukan juga menangis kerana nak shushu atau ribena saje. Ada macam-macam sebab dan keadaan kenapa kita gembira dan sedih.
Yang penting kita kena redha. Ubat terbaik untuk hati ye nak yea.
Jangan berhenti melangkah walaupun jatuh tersungkur
Jangan pernah putus asa dengan dugaan hidup
Kenapa Allah bagi kita dugaan?
Sebab Allah sangat sayangkan kita
Allah mahu kita cepat menyedari kesilapan kita
Walaupun kita selalu lupakan DIA, tapi Allah tetap memaafkan kita
Buktinya Allah tetap bagi kita rezeki yang melimpah ruah
Anakku
Kamu perlu tahu bahawa
Mama dan ayah sayang kamu sangat-sangat
*Peluk kamu kuat-kuat*