Semalam kan ada kenduri kawen kat Bandar Mahkota Cheras tu. Ayah ngan mama memang jalan-jalan kat Cheras ni failed sket. Cheras kan luas, memang sesat pun. Tambah pulak hujan lebat sampai tak nampak jalan, dan air pun naik sket kat bahagian tepi jalan. So, we olz pun tengok direction kat GPS lah. Search Jusco Bandar Mahkota Cheras, sekali dia bagi Jusco juga. Ingatkan betul, we olz folo je la anak panah die tu. Pusing 8 kali pun tak jumpa umah pengantin. Laaa rupenye Jusco Cheras Selatan. Boleh perasan pun sebab tanya ada sorang chinese lalu kat tepi kete.
We olz ke bandar mahkota cheras menghadiri majlis kawen adik kawan hubby. Hujan lebat juga sampai tak nampak jalan. Sampai je kat rumah pengantin aleesya dah tertido, letih sangat + kesejukan. Lagipun batuk dan selsema dia belum baik lagi sejak sebelum raya haritu. Cuaca sekarang kan tak menentu. Mama temankan aleesya tido je, ayah pegi jumpa kawan die salam-salam sume sebab majlis dah abes. Masa majlis tu, ibu pengantin ditimpa pelamin yang runtuh kerana ditiup angin. Jadi, sekarang sefamili derang ke hospital kajang. Mama dan famili mendoakan semoga ibu pengantin tidak mengalami kecederaan teruk.
Selamat menyambut Aidiladha dari Aleesya, ayah dan mama. Hidup ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Semoga kita sentiasa menghayati erti pengorbanan tersebut. InsyaAllah.
Bila dah ada anak ni, semua keperluan si syomel kita nak penuhi kan? Kalau boleh nak yang terbaek dari ladang saje untuk diye. Tapi, kita kena fikirkan juga faktor kegunaan toys tu sume. Ada toys yang kita beli hanya guna 2 atau 3 bulan anak kita pun makin membesar. Dah kena simpan untuk anak seterusnya, ataupun bagi pada sedara mara sebab anak kita dah taknak main dah menan tu. Diye nak toys lain yang sesuai dengan umur diye.
Nak beli peralatan anak pun bukannya murah kan. Kalau nak yang kualiti elok, takde bahan yang merbahayakan kesihatan anak. Tapi mama senang je, mama belikan Aleesya preloved item. Dari umur diye 10 bulan mama start beli toys preloved ni. Coz nak belikan yang baru pun sampai RM200+, pastu guna berapa lama sangat. Nak beli yang murah-murah tu, tau ajela Aleesya ni kan premature baby masa lahir dulu...makanya bila dah besar diye memang hyperactive. Barang-barang diye memang cepat rosak bila dapat kat diye. Ala-ala brutal gak la anak dara mama neh. Kejap je dapat kat diye lingkup :D. So, mama kena beli barang menan yang tahan lasak untuk diye.
Ok, ni bukan iklan berbayar yea :). Mama cuma nak share blog-blog yang mama beli preloved items seperti toys, books, bed, stroller, etc dengan mama-mama di luar sana. Preloved items ni ada yang elok lagi tau. Ada preloved item yang mama beli conditionnya 9.5/10 *almost new*. Contohnya stroller Combi Aleesya. Kalau beli yang baru harganya dalam RM1,200++, tapi mama beli yang preloved dapat dalam RM300.00 je.
Masa mama preggy 2months, ayah Aleesya memang eksaited sangat nak belikan barang baby. Ayah Aleesya belikan stroller Sweet Cherry SCR3 kaler oyen. Sangat striking dan ceria warna tu. Tapi kesudahannya tersimpan je kat rumah, sebab berat dan susah nak pasang. Kena cabut tayar sume. Susah juga la mama nak uruskan stroller tu bila keluar berdua dengan Aleesya je. Tapi takde stroller susah juga, nak mengejar Aleesya berlarian lagi fenat. Tu blom diye punggah barang kat mall lagi,tak fasal-fasal mama kena keje part time susun barang kat mall pulak nanti.
Mama pun ambik keputusan beli stroller yang ringan dan senang nak lipat buka. Beli yang preloved item ajelah. Tapi memang rezeki Aleesya dapat yang masih baru. Maybe pemiliknya guna 4-5 kali je macam mama ngan ayah beli SCR3 tu juga rasanya.
Preloved Combi stroller
Sangat ringan, senang nak lipat, tahan lasak, Japan brand
Yang paling penting mama ngan Aleesya bole sopeng dan jenjalan selalu
Takkan nak duduk rumah je kan, boring kot
Baru ni ada kawan blogger mama tanya tentang buku Aleesya baca tu. Tu pun mama beli yang preloved juga. Kat sini.Memang worth it, buku tebal dan susah nak koyak. Tau ajela Aleesya, hobinya memang suke koyak kertas.
Playskool push walker & ride on ni mama belikan masa Aleesya 10months
Condition dia 7.5/10
Tapi memang tahan lasak
Masih elok cuma terkoyak bahagian sticker mata je, lain-lain ok. Aleesya sampai sekarang main lagi push walker ni. Masa umur die 10 bulan dulu dia tolak je sebab bila buka boleh jadi push walker. Memang worth it beli barang preloved. Dapat yang murah dan tahan lasak. Harga diye masa mama beli RM60+ kat juaimurah juga.
Ada lagi beberapa preloved toys yang mama beli tapi mama tak amek pixca. Dari beberapa fb shop juga mama beli *tak ingat dah nak senaraikan kat sini*. Semenya harga berpatutan dari brand Vtech dan Little Tikes.
Coming soon, katil Aleesya pun mama beli preloved item juga. Cosco toddler bed complete with mattress. Hehe tak sabar nak tunggu sampai. Bole mama makeover bilik Aleesya nanti, letak cadar Hello Kitty yang diye sukeeee banget tu. Pinky-pinky mama pun suke ^_^.
Picture credited to Juliana
Cosco toddler bed ni diperbuat dari plastik
Condition 9/10
Senang nak cuci dan kalo terhantuk ke takdela sakit
Pastu ringan, senang nak buka kalo nak pindah rumah
Bole guna dari umur 2y hingga 5y
Sesuai nak latih Aleesya tido kat bilik sendiri
Kalo tak, diye nak nyelit kat mama je
So, dengan cara membeli barang-barang preloved ni. Dapat menjimatkan perbelanjaan di samping dapat beli barang anak yang berkualiti dan tahan lasak. Lepas kita taknak guna nanti bole jual balik kat mudah, sure berebut orang nak beli sebab tau kualiti barang-barang tu sume macamana kan. Banyak belog preloved item kat luar sana, mama-mama sume bole google. Memang menarik tertarik dan affordable price semenye *cewahhh macam mama pulak yang jual barang preloved gayanya hehe*.
Playground dengan kids memang tak bole dipisahkan. Sukeee sangat main kat taman. Nasib baiklah time mama kecik-kecik dulu takde mende-mende ni sume. Main congkak, galah panjang, baling selipar, baling tin, anak patung tu jela permainan mama.
Bebudak sekarang canggih. Kalo umah besar tu, kat dalam umah pun dah macam nursery. Siap ada slide, buaian, horse seme. Disebabkan umah we olz yang cute tu, mana bole nak beli seme toys gitu. Makanya untuk tidak menghampakan Aleesya, we olz bawa la diye ke taman kanak-kanak untuk diye menikmati zaman kanak-kanak dengan riang.
Baru lepas hujan je time ni
Basah lagi slide tu tapi Aleesya nak naik juga
Ayah pulak layankan diye
Sedondon baju anak beranak
Ready?
Go!!!
Weeeee!!!
*Abaikan gambar Aleesya yang goyang-goyang tu, blom ada DSLR lagi hehe*
Kejar jangan tak kejar
Bukan selalu pun kan ayah :)
Ayah tak bagi main slide ni sebab basah
Nanti syomot
Naik titi gantung pulak
Memang lepas habis main kat playground tu, basah kuyup baju Aleesya.
Bersiaran langsung dari Hotel Renaissance, KL. Mengantuk tahap gaban o_O tiap kali pegi course. Time tutor bagi brief, terbayang-bayang muka cheeky Aleesya. Lambatnyaaaa nak abes course. Rindu sama itu budak.
Tajukkk...sebenarnya mama tengah dengar lagu WOW. Buat tajuk ajelah lirik lagu tu ekeke.
Baru sempat belogkan aktiviti Aleesya pada hari Sabtu 2 minggu lepas di our mini home. Aleesya bangun pagi-pagi terus cari bakul menan diye. Taburkan sume menan, dan enjoyyy!
Baca buku
Tapi bermuka kelat
Main tennis pulak
Muka menten masyam
Dah pandai main
Kenalah kemas balik
Nak tengok mama jadi resaksa gorgom boleh ajeee
Sila biarkan berselerak
Dah siap kemas menan, baru bole kuar jenjalan ukur mall
We olz pegi Courts Ukay Boulevard je
Suke tengok lampu kelip-kelip tu
Ayah pulak tengah skodeng microwave baru
Microwave kat umah baru je terbakar
Mama toleh belakang tengok Aleesya hilang
Aikk?
Cakk!!!
Si budak rambut ketak buat muka blur cari ayah kesayangan
Anak ayah betul
Balik dari Courts Ukay Boulevard
Ayah & mama bawa puteri we olz ke kinik
Ambik ubat selsema sebab Aleesya baru ada tanda-tanda selsema
Bagi diye makan ubat awal-awal sebelum makin teruk