Monday, April 2, 2018

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

April 02, 2018 1 Comments
DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.  

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.





Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.










DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.






Rangkaian produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.





Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.






Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Monday, January 22, 2018

Dashing! Wangi-wangi sampai ke Manchester United!!!

January 22, 2018 13 Comments
Ada peminat bola sepak tak kat sini? Mesti ramaiiii kan? Bola sepak ni memang sentiasa jadi sebahagian budaya Malaysia. Muda ke tua ke, kalau memang peminat fanatik bola mesti takkan ketinggalan  menonton bola sepak secara live.  Sanggup tuu tak tido sampai pagi walaupun esok kerja. Apatah lagi kalau MCFC (Manchester City Football Club) vs MU (Manchester United) mesti lagi teruja!


Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris merupakan salah satu Liga bola sepak yang paling popular dengan bilangan pengikut yang ramai. Ianya benar-benar satu mimpi yang menjadi kenyataan bagi semua peminat kalau dapat menonton perlawanan secara langsung di salah satu stadium yang terkenal.


Berita Baik!!!

DASHING, jenama dandanan lelaki yang terkenal memahami keterujaan para lelaki dalam dunia bola sepak. Dengan ini, DASHING untuk tahun yang ke-4 mengadakan peraduan Let's Go Manchester Contest! Percuma penginapan, 4 hari 3 malam return-trip ke Manchester, United Kingdom untuk 6 Pemenang bertuah. Ianya termasuk tiket VIP untuk menonton perlawanan secara langsung di antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama peraduan Let's Go Manchester Contest! Ini merupakan pengalaman yang menarik dan tidak ternilai selama 4 hari: makan, tidur bola di Manchester, UK!

NAK KE NAK???




Pemenang bukan sahaja akan menonton 2 kelab bola sepak terbesar di dunia beraksi dari tempat duduk VIP mereka di Etihad Stadium tetapi juga termasuk lawatan ke National Football Museum dan Stadium Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, pemenang juga akan berpeluang untuk berinteraksi dan mendapatkan autograf daripada beberapa lagenda MCFC. Terdapat juga Magical Mystery Tour untuk pemenang di mana mereka akan dibawa ke lokasi music band terkenal, The Beatles. Apa lagi peminat fanatik bola sepak nak semuanya ada kan?

Bagaimana nak sertai Dashing, Let's Go Manchester Contest! 



Apa yang anda perlu lakukan adalah membeli sebarang produk DASHING atau ELITE dalam satu resit (jangan campur-campur dengan barang lain tau). Kemudian, WhatsApp gambar resit yang jelas, nama seperti dalam Kad Pengenalan atau Passport, nombor Kad Pengenalan atau Passport dan outlet pembelian ke nombor +6016-9972373. Senang kan?


Cuba jangan tak cuba, mana tau anda bertuah sampai ke Manchester United!



Husband suka bau Hattrick Limited Edition ni
bau lembut dan fresh


Chaiyok!!!


Untuk maklumat lanjut  layari www.facebook.com/Dashing.MY atau www.dashing.com.my atau hubungi nombor 03-80238311.

Monday, January 1, 2018

Genggam bara api biar sampai jadi arang

January 01, 2018 2 Comments
Assalamualaikum

Di hari pertama 2018, syukur...syukur...syukur ke hadrat Ilahi. Masih diberi peluang melihat keindahan alam, kedamaian bumi Malaysia, gelak tawa anak-anak, suara ibu dan suami. Kata orang tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Tapi kalau kita usaha, takdir pun tidak mustahil boleh diubah.

Mungkin agak janggal untuk menulis setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging. Mungkin gaya bahasa dan penulisan juga berbeza dari sebelum ini. Ye, masa dan pengalaman mematangkan kita. 

Perjalanan hidup sebagai staff, mama dan part time student amat memenatkan. Kalau diblogkan mungkin boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang ingin sambung part time study sambil bekerja. InsyaAllah, entri akan datang akan menyusul.

2017 tahun yang paling struggle namun pengakhirannya menggembirakan. Tiap-tiap hari tidur pukul 3 pagi nak siapkan thesis, esok pergi kerja...siapkan kerja pula. Ada masa balik pukul 4 pagi juga siapkan kerja office. Memang letih. Anak-anak juga perlu perhatian.

Kepada bakal part time student, anda perlu bersemangat kental, sebab stress...memang sangat-sangat stress kerja sambil belajar. Kuatkan semangat. Bak kata orang tua-tua, genggam bara api biar sampai jadi arang.

Bukan study namanya kalau tiada air mata. Bukan senang...nampak je mudah. Memang banyak kali rasa nak berhenti, give up! Tapi...mungkin Allah kata, teruskan. Allah masih mengizinkan. Sesungguhnya sesuatu itu berlaku hanya dengan izin Allah. Terima kasih Allah.




Alhamdulillah
29.10.2017 UTM Konvokesyen

Saturday, December 23, 2017

Design bangunan unik dan misteri di Menara Mustapha Kamal

December 23, 2017 3 Comments
Pertama kali masuk ke dalam bangunan Menara Mustapha Kamal ni rasa macam seram2 gitu. Bila tengok ada pokok dalam parking lot tumbuh tinggi, bertingkek-tingkek terbayang cerita Jumanji.

Bila masuk lif pun sama juga, dengan pencahayaan yang agak suram, kemasan lantai bercorak batu bata memang nampak unik. Seolah-olah masuk ke dalam bangunan yang belum siap, terbengkalai dan usang. Tema yang ingin diketengahkan oleh Arkitek bangunan ini memang berjaya menggamit rasa ingin tahu kepada pengunjungnya.

Macam filem seram Korea kan?


Bila menjejakkan kaki ke dalam bangunan, nampak kehijauan pokok-pokok, amat menenangkan. Kiranya tema menghijaukan bumi 'green our earth' ada dalam ciri-ciri rekabentuk bangunan ni. Tak hairanlah kenapa Lisa Surihani dan Yusry memilih tempat ini dalam video perkahwinan mereka.


Ketenangan




Kemasan siling sengaja direka seolah-olah diplaster secara tidak sempurna


Saya sempat masuk ke dalam tandas wanita, tapi tak pula ambil gambar. Pencahayaan yang suram sekali lagi menyebabkan saya seram bercampur kagum. Rekaan sinki seolah kolam mandi kecil, mengimbas kembali nostalgia tandas di kampung. Ditambah pula apabila berpaling ke belakang...ada cermin besar, memang masa tu nak berpaling ke belakang pun fikir 2-3 kali jugak la :O 


Bahagian ni pun menarik juga. Meja dari kayu, sofa dawai dan buaian, unik! 



Berseni kan gambar ni?
Siap berlumut lagi. 


Arkitek sangat kreatif dan berani dalam menghasilkan rekaan bangunan yang hanya nampak seperti batu bata. Nampak tidak menarik pada awalnya tetapi berjaya membuat hati pengunjung ingin menerokai dan mengunjungi lagi tempat ini. Superb, mysterious and unique design! 

Wednesday, December 13, 2017

Kalau dapat ku undur masa...

December 13, 2017 3 Comments
Harini melayan karenah anak2, sambil tu tunjuk kat Aleesya blog dia ni. Mengekek gelak tengok gambar sendiri masa baby2. Siap pesan, "nanti dah besar, dah ada handphone sendiri boleh la baca blog mama".

Rasanya dekat 7 tahun dah usia blog, tapi momentum menghapdate blog merudum sejak sambung study. Time tu jugak mama preggy anak no. 3 a.k.a Nafis.

Seketul Nafis

Kalau dapat ku undur masa...memang mama akan update semua cerita anak2 mama dari baby sampai sekarang. Tapi nak buat macamana, masa tu keje banyakkk giler. Dengan part time study lagi memang boleh guna tagline 'the struggle is real' lah masa tu.

Besarkan anak memang bukan kerja mudah. Kalau full time duduk rumah mungkin agak teratur hidup tu. Tu yang salute dengan blogger Ben Ashaari yang berblog dan sambil tu asuh anak sendiri. Memang mencabar jaga anak kalau lebih dari seorang ni *sambil lap peluh kat dahi* fuhh...tabik spring.

Tapi mak selalu pesan, anak2 ni kecik2 memang menyusahkan kita. Mana tau bila besar nanti dia menyenangkan kita. InsyaAllah, doa ibu tu makbul.

Pagi yang indah belum tentu tenang

December 13, 2017 1 Comments
Morninggg...

Pagi-pagi ni masih fresh lagi elok la update blog dulu. Maklumlah, petang-petang nanti dah lemau dengan segala macam costing nak kena buat. Kadang-kadang terfikir nak berhenti kerja, mana lah tau kot-kot lagi tenang. Tapi...apakan daya.


Monday, December 11, 2017

Comeback setelah sekian lama

December 11, 2017 1 Comments
Good morninggg...

Harini tiba-tiba tergerak hati nak aktif balik dalam dunia blogging. Setelah sekian lama busy dengan part time study dan kerja yang tak pernah nak abes.

Maklumlah...dulu anak sorang, sekarang bertiga. Dulu Aleesya je, memang kisah dia since baby sampai 3 tahun di abadikan dalam blog ni. Tapi masih belum terlambat untuk adik-adik dia juga kan.


Monday, March 20, 2017

Yong Tau Foo TOTD *Tapau of the day*

March 20, 2017 0 Comments
Yong tau foo best in town alkisahnya TOTD harini. Aleesya pun suka makan ni. Apa mama suka makan dia pun suka. Adik2 dia lain pulak, dorang suka kuih muih kampung, nasik2. Selera atok2 gitu la. Harini memang gantung kuali, dapur tak berasap. Time rajin jarang2 datang, ditambah kebizian sehari2 memang mood ke laut.



Tak tau kenapa mood berblog datang balik setelah 3 tahun blog bersawang. Rasanya blog tu sebaya umur Aleesya sebab dulu mama blogkan milestone tumbesaran dia dari baby. Sekarang dia dah ada 2 orang adik lelaki pun. Bukan saja2 berhenti berblog. Kerja, part time study ditambah preggykan Nafis waktu tu...memang 24 jam sehari tak cukup rasanya.

Memang susah nak mulakan semula apa yang kita telah lama tinggalkan. Tapi ianya lebih baik dari terus berkubur selamanya.

Instagram: @mamaleesyamiro

Saturday, March 18, 2017

The Last Lecture

March 18, 2017 0 Comments
Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Mendobi

March 18, 2017 0 Comments


Bila musim hujan, mendobi la citer dia. Memang laku keras kedai2 dobi seantero Kolumpo time2 ni.  Peh terlintas plak mama nak bukak kedai dobi bila memikirkan huntong banyakkk. Kehkeh sah mata $$$. Okay abaikan.

Budak2 sila diam dok setempat, mak nak relaks kejap sambil tunggu kain 2 bakul kering. Tetiba terberangan kalau lah ada mesin lipat kain.

Instagram: @mamaleesyamiro