Anniversary we olz tak lama lagi, so dah bole buat planning dah. Macam-macam dah dalam fikiran mama nak bagi pressie kat hubby. Mama plan nak tempahkan cincin perak berukir nama hubby & me di sebelah dalam dan ukiran luar pula nak tulis FOREVER. Now, tengah search lagi, rasanya Mimosa KLCC *sekarang dah tukar nama jadi Bausch K* dan kedai emas pun ada rasanya. Online maybe fikir dua kali kot nak beli sebab tak bole tengok real nanti tak puas hati pulak dengan hasilnya.
Dulu masa nikah asben taknak cincin, diye kata cincin kalo jatuh dalam W.C camne? Mama tengok smart juga lelaki pakai cincin. Tapi taknaklah cincin yang ada batu besar-besar tu, mesti ayah taknak pakai *nak buat keje pun nampak cincin je dari jari nanti*. Kiranya mama nak cincin yang sesuai untuk kerjaya diye.
Picture credited to Google
Cadangan design cincin 2
Ukuran jari camne nak agak eh? Takpe-takpe time ayah tido nanti mama amek benang mama ukur hehe. Sempena anibersari bulan depan, pe salahnya sekali lagi sarung cincin *feeling-feeling gituuu*.
Lagipun cincin tu tak mahal sangat, ayah Aleesya bising nanti kata mama suka membazir. Tahun lepas mama cuma hadiahkan poem di belog ni untuk ayah baca. Pressie simple macamtu pun buat ayah senyum sampai ke tinge. Tahun ni nak juga bagi sesuatu yang bole diye simpan dan bawa ke mana-mana.
Dear hubby...When you are alone, just look at the spaces between your fingers. Remember that in those spaces, you can see my fingers locked with yours forever.
Time mula-mula mama masak seingat mama umur 12 tahun kot. Buat cucur ikan bilis je. Tapi mama rasa cucur tu baling ke dinding, dinding pun pecah :D. Mana ada orang yang pandai masa tu jugak kan, kene slow-slow belajar. Dalam hidup ni, ilmu kena cari sampai hujung nyawa. Jadi mama pun kena ada ilmu menjaga anak, memasak apatah lagi. Kalau masak asyik tak jadi je, kena cari penyebabnya kenapa tak jadi.
Tapi bagi mama senang je nak masak ni kalau ada bahan-bahannya. Cuma yang susah nak ada tu kerajinan bertapa kat dapur lama-lama memandangkan Aleesya asyiklah ber mama-mama dekat depan gate dapur tu. Selagi mama tak melompat keluar dari dapur selagi tu la mamaaa...mamaaa...Grrr...geram pun ade :)
Okeh, bagi mama-mama yang berkarier atau working mama...balik fenat-fenat nak layan anak lagi, kemas umah, basuh kain, lipat kain, masak lagi dah tentu kena buat dengan pantas kan? Resepi apa yang paling cepat kalo tak megi dan sardin. Hehe kalo selalu jemu jugak kan.
Mama senang je, wiken mama buat cili paste siap-siap. Sebab familia mama memang hantu sambal, makanya stok cili paste seminggu mesti ada dalam esbok. Mama blend cili kering tu, letak garam sket pastu mama goreng *letak minyak je, bawang-bawang ta payah* sampai garing. Tumis tu guna api paling kecik sekali. Lama jugak la, tapi takpe sebab cili tu betul-betul masak.
Bila balik keje senang, dalam 1/2 hour dah siap sambal ikan bilis ke, asam pedas ke, masak merah ke, sweet sour. Takde la hari-hari sardinnn je kan hehe *ayah pun buhsan camtu*. Alaa, cara ni mama-mama bekerja ramai dah tau dah. Saja je mama nak share kat sini :).
Ni lauk malam tadi
Sambal telur + ikan bilis
Masa masak tu jangan lupa letak belacan dan udang kering tumbuk sekali
Coz masa blend cili tu tak letak pape kan
^_^
Pastu mama masak sambal hitam belimbing buluh
Huh! sambal lagi?
Gambar takde pulak, tapi rupa diye hitam gitu lah
Resepi BFF mama orang Pahang
Senang je, letak cili padi 10 biji, bawang merah sebiji, belimbing buluh kering 6 biji, ikan bilis segenggam, garam, gula
Blend sume bahan pastu tumis dengan minyak, masak dengan api kecik je.
Sampai kering jadi hitam *jangan sampai rentung pulak, nanti rasa diye pahit. Mama cakap ni sebab mama penah buat sampai rentung hehe.
Ayah Aleesya request nak makan ni pulak balik dari keje malam tadi
Mama cargas buatkan
Kejap je *5 menit* sebab sume bahan dah ada siap
Gambar ni mama amek masa ayah tengah makan
Adoyai tengok gambar makanan ni jadi lapar la pulak
Jumaat datang lagi. Weekend merupakan hari Aleesya bermanja-manja dengan ayah dan mama nye, weekdays mana sempat sangat. Terkejar masa, bila dah siap masak, uruskan itu ini...Aleesya pulak dah titon. Kadang-kadang ayah balik je umah muka frust je sebab Aleesya dah titon. Tetiba rasa beshnyeee kalo jadi full time momma.
Semalam cargas ke Jusco cari bahan-bahan nak masak spegeti dengan meatball. Balik umah tu sempat lagi layan cite indon kat Astro Ria sebelum masak. Time tu layan juga karenah Aleesya sambil nonton. Besh jugak citer baru tu, banyak lagu-lagu *likeeyyy*.
Disebabkan mama terlebih rajin semalam makanya mama beli meatball cap Marina aje. Nak buat sendiri mau berejam pulak kan. Sambil tengok citer Nada Cinta sambil menggoreng. Brown gravy pulak mama beli kat kedai Halal food kat area Giant.
Makan 5 ketul ni pun dah kenyang
Malam tu masak spegeti, tapi disebabkan mama dah kenyang mama tak makan, ayah je makan sorang siap bertambah 2 kali. Mama letak dalam bekas simpan dalam peti sejuk, harini bawak bekal. Nyum nyum.
Ok mama nak share gambar-gambar lama masa balik N9 haritu. Sempat jugak kami sefamili berjimba-jimba sambil beraya dan pegi makan Nasi Ayam Gemas Mustafah.
Ni dalam perjalanan pegi
Kakak bermanja dengan adik
Adik dodoikan kakak titon
Akma dah lapar niiii
Nasi Ayam Gemas
Memang di tempat asal yang terbaek
Kalo makan macam ni, mak mentua lalu belakang pun tak perasan
Balik keje ni cargas nak cari meatball lah. Teringin la pulak. Kalau rajin nak buat sendiri meatball tu, kalau terlebih rajin beli ajelah meatball dalam packet tu. Menu malam ni western sket, spegeti ngan meatball. Adehhh kecur air liur, cepat la pukul 5.
Dah beberapa hari dapur mama tak berasap. Mana taknya haritu tak berapa sihat, so dapur pun bercuti sama. Malam ni pulak Aleesya tido awal, lagi menyenangkan keje mama nak memasak.
Pejam celik, pejam celik Syawal pun dah sampai ke penghujungnya. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Sebagaimana pantasnya masa meninggalkan mama. Kalaulah ada jam masa kan syiok, nak putar balik waktu tu bagi Aleesya jadi baby balik. Rindu nak polok-polok diye macam dulu. Sekarang ni dapat peluk diye kejap je terus meronta suruh lepaskan. Janganlah besar cepat sangat Aleesya, mama tak puas tengok gelagat kamu yang cheeky tu.
Dalam bergembira menyambut Syawal haritu, tetap ada dugaan yang berlaku. Baru harini mama sempat hapload gambar uncle Aleesya *Uncle Hayat* yang accident motor masa raya ke 14 tempohari.
Gambar ni beberapa hari selepas keluar dari ICU
Masa kat ICU tu memang diye tak sedarkan diri dan bernafas guna oksigen
Kecederaan kepala terhentak, tisu peha terkoyak, dada terhentak
Ni diye rupa kete yang dilanggar tu
Kete ni buat U-turn di tempat yang salah
Motor yang my BIL bawa tu dah takde rupa motor dah rasanya
Now, my BIL dah ok dan dah keluar wad
Harini dah Syawal terakhir pun. Semoga kita sentiasa mengeratkan silaturahim dan bermaafan antara satu sama lain, walaupun bukan pada bulan Syawal.