Friday, May 27, 2011

Tazkirah Hari Jumaat

May 27, 2011 6 Comments
Assalamualaikum...


Hari Jumaat yang mulia ini Aleesya nak berikan tazkirah yang dipetik dari pakar motivasi Datuk Haji Fadzillah Kamsah.


Sorry tak sempat tukar baju :)





PETUA MENCUCI HATI


1. Dirikan solat dan banyak berdoa

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W









3. Solat taubat

4. Membaca Al-Quran







5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari

6. Bisikkan kepada diri sendiri perkara yang positif





Errrrr....nanti Aleesya sambung yea sebab tukang taip entri *mama Aleesya* dah nak balik.


Selamat beramal






Thursday, May 26, 2011

Notty Tau!

May 26, 2011 5 Comments
Assalamualaikum wahai blog readers ku yang di sayangi *hehe mama je pon blog reader setia :P, Aleesya besar sok bila baca jangan lupa jawab salam mama yea*




Okeh, mama hapdate cepat-cepat ni. Nak pegi pejabat pos kejap.





Grrrrr...Pantang mama pegi dapur ada je projek diye








Besh wooo maen salji

:P








Tuesday, May 24, 2011

Setahun sudah Aleesya jadi model kecit kesayangan mama

May 24, 2011 8 Comments
Selamat ber hari Selasa sume kekawan blogger...
Harini cuaca cerah, mood mama untuk menulis semula pun cerah jugekk. Haritu dah rasa nak bersara dalam dunia belog neh, sebabnya masa sangat limited edition. Huh? Apakah? *Ehe layan aje lah mama merepek ni yea ^__^*



Sempena genap setahun butik online Baju Babyku Babymu pada 15 April 2011 lalu *haritu tak sempat buat entri sebab Aleesya masuk wad*, mama nak share koleksi gambar model kecit penjana semangat mama ber biznez dan berbelog. Kalo tak kerana model kecit neh tentulah tak wujud belogshop dan belog My Cutie Pie Story ni. Takkan mama nak cite pasal keje opis mama pulak kan...



Mari kita tengok pixca lama-lama model kecit neh




Gambar pertama Aleesya jadi model belogshop mama
Tengok mama pakaikan baju pun salah, sepatutnya tak payah tight in :P








Mempromosikan busha pants
Chumill kan ada froggy kat montots
Masa ni Aleesya bam bam lagi







Menggayakan busha cotton pulak
Aleesya jadik model je
Design ni sold out
Sehelai pun Aleesya tak dapat






Burberry top pula

Adehhhh letih Aleesya taw!







Old Navy sleep set

Masa ni dengan Akma
Pakai baju sepesen
*Derang memang selalu ada baju sama...tambah-tambah time nak dekat raya, memang mama akan pilihkan 1 design sama untuk derang*







Ni pulak top & pants Guess

Masa ni Aleesya baru bole berdiri pegang sofa





Sume di atas adalah






Dan di bawah ni antara yang terbaru. Baru semalam je mama amek pixca, baju ni baru je sampai.
Phewww susah btol nak suruh model kecit dok dendiam.
Last-last

.

.

.


Bila diye duduk dalam tempat peberet diye
Mana lagi kalau tak drawer kabinet tv

Baru la dapat amek pixca







Sorry lah yayang
Sape suruh melasak sangat
Dah tak nampak sekerat







Akhirnyaaaa...
Dapat jugak gambar full
*Phewww lap peluh kat dahi, kalo upah fotografer sure fotografer fengsan*







Aleesya lapar la mama
Sebab tu takde mood nak catwalk
Kita mamam mekdi duluuu!






Inilah antara kenangan Aleesya jadik model belogshop mama. Aleesya akan sentiasa jadi model mama yang tersyomel, keletah dan menghiburkan mama sepanjang hayat mama yea yayang. Nanti bila Aleesya ada adik *ewah verangan*, Aleesya bole turunkan ilmu kat adik pulak kan? Takkan Aleesya lagik jadi model baju baby ^_^. Royalti, tiap kali ada design baru mama bagi kat Aleesya dulu eaaa...Hiks, takde la...royalti kasih sayang dan cinta dari mama dan ayah itu adalah yang terbaek kan?




Di sini mama juga nak ucapkan trillion terima kasih kepada Mazlina Mama Harith kerana telah menaja header, watermark dan signature untuk belogshop mama. Dannn...Maz juga telah mengiklankan belogshop mama secara percuma di belog peribadinya. Kalo yu olz nak sopeng tudung sesantek klik sini. Mama doakan Maz sentiasa dilimpahi rezeki yang melimpah ruah hendak-Nya. Bila kita buka rezeki orang lain, insyaAllah Allah akan mengembalikannya dengan lebih lagi.


Ameen.








Monday, May 23, 2011

StyloScarfs's 1st Giveaway : MANIS BERTUDUNG

May 23, 2011 4 Comments
Asyik Aleesya je join contest kannn...mama pun nak join jugak :D

Jom kekawan memeriahkan contest ni.



Nak join klik sini










Okeh kena la letak gambar bertudung

Gambar mama sensorang takde, mesti ada je Aleesya nak menyelit :D







Kenapa anda mahukan Tudung FAREEDA Raihanah ini?


Sebab Tudung FAREEDA Raihanah memang cantik, selesa dipakai, diperbuat dari kain berkualiti tinggi dan lembut, mempunyai rekaan yang tersendiri serta harga pun berpatutan. Mama memang feminat No. 1 koleksi Tudung FAREEDA ni, memang berbaloi-baloi memilikinya. Sesuai untuk mama-mama yang berkerjaya yang mengejar masa nak pakai tudung sambil mengejar anak tu ^__^. Kalau pakai shawl biasa tu susah sikit terutama time pagi-pagi mesti nak pegi keje cepat kan? Jadi tudung FAREEDA ni memang sesuwai sesangatlah. *Cecewah dah macam duta produk pulak, masuk contest je sebenornye hiks*


Tudung FAREEDA Raihanah ni memang limited edition designnya. Design pun memang yang ter latest lah untuk ibu-ibu, single-mingle dan untuk bagi hadiah besday ke, hari ibu ke, atau bagi kat aweks pon bole. Sure aweks yu olz sengih sampai ke telinga punyeee hehe.



Oklah setakat ni dulu. Selamat mencuba yea sume kekawan.






Wednesday, May 11, 2011

Tabung duhet pertama Aleesya

May 11, 2011 14 Comments
Hye, hye, hye!





Lamaaanyaaa tak hapdate belog nih. Bizi sket menguruskan keje-keje opis dan online shop. Dah lama tak menulis ni, blur jap...nak kena refresh banyak mende tentang si kecik tu. Banyak momen yang dah terlepas.




BTW haritu mama ada join contest anakku menangis comel anjuran mama ema. Nak tengok gambar Aleesya nangez klik sini. Tenkiu mama ema for syomelicious tabung tu. Aleesya likeyyy, hari2 Aleesya simpan duhet syeleng dalam tabung tu.




Menabung dari kecik ye yayang yea...nanti dah penuh kita simpan dalam SSPN...



Tabung pertama Aleesya
Hadiah menang contest







Eeee tangan tuuu
Rasa nak cobitttt je








Seposen selamat dah







Sempat lagi tengok iklan peberet







Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Sehari doposen ayah bagi Aleesya




Harini kita sihat, esok lusa mana kita tau kan. Sebab tu simpan duhet untuk si kecik ni sangat2 penting. Manalah tau besar sok diye dapat futher study ke, kalo takde duhet sian jugak kat diye.





Ok bebeh, selamat lunch







Sunday, May 8, 2011

Ibu kita hanya ada satu

May 08, 2011 3 Comments
Assalamualaikum...


IBU...perkataan yang sangat bermakna buat kita semua. Semua orang ada ibu. Ibu melahirkan, membesarkan dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah jemu-jemu. Sekali pun susah, tidak sekali pun mengeluh.



Mak...Selamat Hari Ibu. Jasa mak akan saya kenang hingga ke akhirnya. Kini saya juga telah bergelar ibu. Saya banyak mengerti segalanya. Dulu...masa saya kecil saya selalu merajuk dengan mak bila mak marah saya. Saya rasa macam mak tak sayangkan saya. Tapi bila saya dah ada anak sendiri, baru saya tau kenapa mak marahkan saya. Mak marah sebab mak sayangkan saya.



Dulu, bila mak balik lambat saya rasa mak tak pedulikan saya. Tapi setelah bergelar ibu baru saya faham. Saya balik lambat sebab nak cari rezeki supaya dapat belikan anak saya toys, baju syomel dan macam-macam lagi.



Dulu, saya rasa mak tak suka saya baca majalah kartun. Mak marah bila saya beli majalah Gila-Gila. Kini bila saya dah berjaya...baru saya tahu, mak buat macam tu sebab mak nak saya tumpukan pada pelajaran. Sekarang cucu mak Aleesya pun suka baca majalah Upin & Ipin. Tapi mungkin dia masih terlalu kecil untuk faham kalau saya marah dia baca majalah tu.



Mak...tanpa mak, saya takkan lahir ke dunia ini. Tanpa mak saya takkan jadi seorang manusia yang berilmu seperti sekarang ini. Ilmu itulah harta saya yang paling berharga pemberian mak dan abah. Mak, semoga mak tabah menjalani kehidupan tanpa abah di sisi. Semoga Allah sentiasa melindungi mak tanpa saya di sisi. Semoga Allah sentiasa memanjangkan umur mak dan memurahkan rezeki mak. Mak hanya ada satu saja di dunia ini. Saya amat sayangkan mak. Saya tiada hadiah yang lebih bererti selain DOA saya untuk mak.



SELAMAT HARI IBU



Friday, April 22, 2011

Aleesya sambung cuti-cuti hospital lagi...

April 22, 2011 10 Comments
Assalamualaikum...




Keletihan kuar hospital haritu tak abes lagi, Sabtu malam tu Aleesya muntah-muntah sampai pagi Isnin. Siap cirit birit dan demam sekali. Pegi follow up kat hospital kene tahan wad lagi.




Hasil test makmal ke atas poo poo Aleesya, Aleesya positif rotavirus. Rotavirus ni bukan cirit birit biasa. Boleh membawa maut kalo tak bawa hospital. Dokter kata tak sume cirit birit sama. Cirit birit biasa tu bole kita rawat sendiri dengan bagi minum susu soya pon bole baek. Kalo anak mama-mama sume mengalami muntah-muntah, demam dan kene salin pempes sampai 20 kali sehari tu elok cecepat bawak spital.




Mama neh memang risau sebab Aleesya kan baru baek demam panas, sakit mata dan tonsil aritu. Kali ni tambah lagi pakej penyakit tu lagi menambahkan kerisauan mama. Hari Isnin tu ingat mama ngan ayah nak keje terus kenselll!




Ni gambar dari henpon cap hayam mama je ni
SD kad lupa bawak pula




Dokter kata maybe Aleesya dah kutip virus dari hospital sebelom balik rumah aritu.
Sebelom balik aritu memang mama ader bawa die maen2 kat play area.
Diye berkawan2 dengan bebudak baru masuk wad tuh.




Atau pun maybe Aleesya alergik sayur bayam.
Tapi sebelum neh mama masak bayam okey je diye mamam
Pasni kene bagi diye mamam sayur hidrofonik la kot



Okeh mama-mama sume, kalo yu olz nak amek vaksin rotavirus digalakkan.
Sebab cirit birit ni memang amek masa lamaaaa nak baek.
Sekarang ni dokter bekalkan Aleesya prebiotik untuk perut diye coz diye still poo poo lagi.
Cuma poo poo biasa bukan cirit birit.
Tapi 4-5 kali sehari diye poo.






Rotavirus vaccine (optional)
  • Protects against gastroenteritis (inflammatory of the linings of the stomach and intestine) that caused by rotavirus.
  • Gastroenteritis - may cause diarrhea, fever and vomiting. It is the commonest cause of severe diarrhea in infants and children below 5 years old. It easily spread through hand to mouth contact with the stools of an infected person.
  • 2 doses of oral vaccine which are given at least 4 weeks apart.
  • First dose is preferably given at 6 weeks old and second dose before 16 weeks old. Both 2 doses must be completed before 24 weeks old.
  • Your baby might have mild, temporary diarrhea or vomiting within 7 days after vaccination.





Buat seme ankle antie yang doakan Aleesya tima kaseh banyak-banyak. Atas doa seme lah Aleesya dapat kuar hospital cepat. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan mama akan jaga Aleesya baek2. Dan semoga virus2 tu tak datang kat Aleesya lagi. Start bulan depan pon Aleesya akan benti dari nursery dan duduk di rumah BS baru. Sebab Aleesya lemah antibodi jadi tak bole sangat duduk kat tempat ramai kids. Lepas Aleesya baek dari rotavirus neh mama akan pastikan diye diberikan vaksin rotavirus, flu dan batuk.




Semoga Allah melindungi Aleesya setiap masa. Ameen.





Sunday, April 17, 2011

Aleesya bercuti-cuti hospital

April 17, 2011 16 Comments
Assalamualaikum...




Lamaaaaanyeee tak berbelog. Windunye kat sume kekawan blogger, sekali mama terjah belog derang seminggu punye cite mama baca fuhhhhh! Memacam dah ketinggalan.





Seperti biasa kalo mama laaaaamaaaaaa tak hapdate tuh mesti ada sebabnye. Ekceli Aleesya bercuti-cuti dengan mama dan ayah. Dekat je. Kat Ampang Puteri Specialist Hospital. Mula-mula tu nak dijadikan cerita Aleesya kene sakit mata. Mata sebelah kiri diye. Mama pon meng EL kan diri start hari khamis 07|04|11 tuh. Tetiba ari Khamis malam tu diye start demam panas dan tonsil. Ok la, mama rasa cam biasa je sebab memang bebudak nak membesar neh selalu demam.




Hari demi hari demam diye on off, on off. Siang okay bole ber hu ha hu ha, malam panas balik. High fever bukan demam biasa je. Ayah memang sebolehnya taknak bawa hospital sebab dulu penah antar diye ke Hospital Selayang. Diye menangis 2 hari 2 malam taknak titon atas katil. Masa tu tak silap umo 5 bulan. Nom shushu pon taknak. Kene masuk air, jadi diye memang cranky abes. We olz mintak kuar wad walaupun dokter tak bagi.



Kali ni pulak sekali lagi Aleesya sakit dan demam teruk. Pagi Ahad 10|04|2011 pukul 1pagi lebih kurang, diye cranky. Panas betul. Mama ngan ayah terus zas antar Aleesya ke Ampang Puteri. Seperti biasa memang time nak cari urat susah. Menangez tak payah cakap lah camne asyik ber ayaaah, ayahhh. Last2 nurse cakap nanti esok kita try lagi. Suhu dah 39C. Memang mama ngan ayah risau abes. Macam-macam dalam fikiran we olz. Anak...sape tak sayang kan. Tambahan diye lahir dulu prematured memang senaaang sangat kene penyakit berjangkit neh. Ayah Aleesya sampai ponteng kelas hari Ahad tu sebab tak bole nak tumpu perhatian.



Kat hospital biasa lah memang mama tak bawa laptop. Memang takde internet connection ni rasa macam kehilangan sesuatu je. Tak bole y.m, tak bole ber fesbuk, tak bole jenguk butik online mama *sorry customer ye kalo tak tereply sms2 yu olz tu, tak bole berbelog dan jengah belog. Tapi itulah pengorbanan untuk yang tershayang. Masa mama taip entri ni, dua orang kekasih hati mama tengah nyenyak titon. Alhamdulillah kedua-duanya sihat. Bersyukur dengan kesihatan, rezeki yang diberikan Tuhan. Walaupun bukanlah kaya raya tapi kami sangat bahagia. Bila susah sama-sama susah dan senang bersama senang.



Sekarang biarkan gambar bercerita. Tunjuk bahan bukti sket :)



Hari pertama di hospital

10|04|11
Ampang Puteri Specialist Hospital
Pukul 2.45a.m






Suhu 39C. Merengek tak selesa.
Nom shushu sket je sebab ada tonsil kat tekak.
Sakit mata dah berjangkit ke dua-dua mata.





Keesokan harinya setelah nurse suntik I.M, Aleesya dah semakin sihat bole maen2 kat play area.

Senyumanmu kebahagiaan ayah & mama





Tangan bertampal plaster...blom jumpe urat lagi, sok nurse try lagi ye yayang
yayang jangan nangez2 tau






Kaseh ayah




Ceria





Wajah ayah tidak dapat sembunyikan kerisauan melihat si anak








Ayah temankan Aleesya titon
Malam mama temankan diye



Malam tu badan Aleesya panas balik
Suhu mencecah 43C
Merengek je, sian




Keeseokannya nurse cari urat lagi untuk drip ubat nanti
Last-last dapat jugak setelah menangez-nangez
Kat kaki

Mamam pun kurang
Berat badan pun dah turun ke 9kg jez






Hari ketiga di hospital Aleesya langsung takmo mamam dan nom shushu
Mama dah risau sangat
Masa doktor datang check pukul 4ptg tu mama cakap kat doktor


Malam tu nurse datang nak masuk air
Aleesya punye mengamuk tendang2 kaki diye
Mama ngan ayah dukung pun diye taknak
Last2 buzz nurse suruh buka. Terus senyap siap tanya nurse: "Dah?"






Panjang lagi citenye ni...tu pun mama skip manyak dah neh
Maklumlah percutian 6 hari 5 malam di spital




Sejak kat hospital Aleesya majuk ngan mama
Nak ngan ayaaaaaah je
Mana taknya tiap kali nurse nak masukkan ubat ke, nak bagi makan ubat ke, nak titis ubat ke
Mama yang pegang kaki tangan diye
So, diye ingat mama tak tolong diye
Mama buat sume tu sebab nak bagi kamu baek cepat yayang
supaya kita bole balek our mini home


Tapi okey gak, sebab mama bole rest di siang hari dan jaga Aleesya di malam hari
Siang hari ayah bawa diye jenjalan ke taman, maen kat play area, ronda2 jumpe kekawan kat spital


Time neh diye dah nantok sebab baru lepas mamam ubat batuk & selesema
Time nak titon carik mama seperti kebiasaan







Time boring di hospital Aleesya buat apa pulak?



Mamam yogurt peberet






Kemas beg

Mamaaaa...bila kita nak alek ni...Aleesya dah sehat laaa






Titon
Nurse tengok style diye titon pun gelak
Tutup tinge sebab nanti nurse masuk termometer dalam tinge
Tu sebabnyeee *bijak-bijak*





Khusyuk tengok iklan kesukaan
Duth lady
Ma ma ma ma ma ma ma






Ni kes dah boring tahap gaban
Ayah pulak tak mangun titon lagi nak ajak pegi jenjalan
Maen tong sampah tolak sana sini pun jadik







Masa keemasan dapat polok-polok
Manja ngan ayah





Oloh-oloh anak ayah nangez





Antara menu di spital
Cedappp







Hari ke empat di hospital demam panas Aleesya dah baek. Batuk dan selsema + tonsil hari ke lima baek. Hari ke enam mata dah tak bengkak lagi. Doktor bagi balek. Yahooooo!!!

Macam kuar dari jail je rasanya hehe.



Datang bawa dua beg
Balik jadi 7 bag + pampes 8








Aleesya alek dulu
Ma aceh Dokter Wong, kakak nurse shantek, auntie nurse dan
semeeeee kat Ampang Puteri Specialist Hospital

Aleesya lebiu very much muahhh muahhh
Nanti Aleesya antar kad kat hospital okay
^____^



Syukur Tuhan kerana telah memberi kesembuhan kepada puteri kami.
Tidak tergambar oleh kata-kata kesyukuran kami atas nikmat kesihatan ini.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penyembuh tiap penyakit.
Alhamdulillah...