Thursday, May 17, 2018

Ramadan pertama

May 17, 2018 1 Comments
Salam Ramadan.

Kejap je dah masuk bulan Ramadan balik. Harini hari pertama Ramadan, bangun sahur terus kejutkan Aleesya. Adik-adik dia memang tak kejutkan. Takpe la, esok kalau diorang nak bangun makan sahur, boleh bagi Rizqi dan Nafis puasa suku hari tak pun separuh hari.

Menu sahur harini simple je, ikan kembung masak singgang. Mengantuk takde selera sangat nak makan. Sambil sahur, sambil update instagram dan fb. Mak-mak zaman sekarang bukan macam dulu nak. Sana sini bawak handphone. Bukan apa nakk, ada job kena selesaikan.

Sampai je kat office, Ya Allah ngantuknyaaa. Rasa macam nak tido bawah meja je. Takpe sabar-sabar, lagi beberapa jam je dah nak balik. Tetiba terfikir, macamana la Aleesya harini, mesti melepek. Sabar la nak, puasa tu melatih kita jadi orang yang sabar.

Selamat berpuasa :)

Friday, May 11, 2018

Say NO to Cyber Bullies

May 11, 2018 2 Comments
Media sosial adalah tempat kita berkongsi pendapat, gambar, aktiviti, ilmu, idea dan sebagainya. Malangnya, di zaman serba moden ini, media sosial telah disalahgunakan. Masing-masing berlumba-lumba menjadi 'keyboard warrior' hingga tanpa kita sedari, tindakan itu telah melukakan hati seseorang malah ramai orang.




Tindakan yang kita rasakan tiada kesan, sebenarnya membuatkan individu yang terbabit tertekan, hilang semangat, rasa dibenci, malu dan sedih.





Apa yang kita dapat? Adakah dengan 'cyber bully' ini, kepuasan bermedia sosial diperolehi? Pernahkah kita terfikir, jika kita sendiri di tempat mangsa yang dicemuh, dihina, difitnah, diejek, diugut dan sebagainya?





Kita tidak berhak menghukum apatah lagi mencemuh tanpa mengetahui kebenarannya. Walau ianya benar sekali pun, tidak ada moralnya bagi kita untuk mempersoalkan. Kadangkala, tak semua persoalan perlu ada jawapan. Kita hormati orang, maka sebaliknya juga yang kita dapat.

Ingat pesanan orang tua-tua: "Ingat baik orang pada kita, jangan ingat baik kita pada orang. Ingat jahat kita pada orang, jangan ingat jahat orang pada kita".




Sikap segelintir cyber bully, yang gembira melihat orang bersedih, ketawa di saat orang lain jatuh dan menangis ini tidak patut diikuti.




Golongan artis biasanya menerima tempias yang paling banyak. Terdapat golongan 'haters' yang bertindak menghentam tidak kira apa jenis gambar atau status yang dimuatnaik oleh artis tersebut. Semua yang dilakukan serba tak kena, buat baik pun salah...buat jahat apatah lagi. Tempiasnya bukan hanya artis sahaja, tapi kaum keluarga juga.



Kita...telah dewasa untuk menilai. Kita...telah matang untuk bersikap rasional.


SEBAR FAKTA, BUKAN DUSTA.
Tak pasti jangan kongsi.





Utk video penuh 'Joe Flizzow - Bersamamu feat. Ila Damiaa', sila ke http:/v/lnk.to/Bersamamu




Katakan TIDAK pada Cyber Bullies!

Thursday, May 3, 2018

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

May 03, 2018 1 Comments
Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day bersama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.





Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900. Banyak tu. 



Nak tahu apa pakej yang ditawarkan?

.

.

.




Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. 







Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

.

.

.


Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye, boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.


Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti.














Harga yang di tawarkan

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).
Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780.
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja.
Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax.


Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. 


Untuk tempahan, sila layari laman web Agrofarmstay di:



Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647
Office:
06 – 232 2761




All pictures credited to Facebook Agrofarmstay

Monday, April 2, 2018

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

April 02, 2018 1 Comments
DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.  

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.





Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.










DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.






Rangkaian produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.





Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.






Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Monday, January 22, 2018

Dashing! Wangi-wangi sampai ke Manchester United!!!

January 22, 2018 13 Comments
Ada peminat bola sepak tak kat sini? Mesti ramaiiii kan? Bola sepak ni memang sentiasa jadi sebahagian budaya Malaysia. Muda ke tua ke, kalau memang peminat fanatik bola mesti takkan ketinggalan  menonton bola sepak secara live.  Sanggup tuu tak tido sampai pagi walaupun esok kerja. Apatah lagi kalau MCFC (Manchester City Football Club) vs MU (Manchester United) mesti lagi teruja!


Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris merupakan salah satu Liga bola sepak yang paling popular dengan bilangan pengikut yang ramai. Ianya benar-benar satu mimpi yang menjadi kenyataan bagi semua peminat kalau dapat menonton perlawanan secara langsung di salah satu stadium yang terkenal.


Berita Baik!!!

DASHING, jenama dandanan lelaki yang terkenal memahami keterujaan para lelaki dalam dunia bola sepak. Dengan ini, DASHING untuk tahun yang ke-4 mengadakan peraduan Let's Go Manchester Contest! Percuma penginapan, 4 hari 3 malam return-trip ke Manchester, United Kingdom untuk 6 Pemenang bertuah. Ianya termasuk tiket VIP untuk menonton perlawanan secara langsung di antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama peraduan Let's Go Manchester Contest! Ini merupakan pengalaman yang menarik dan tidak ternilai selama 4 hari: makan, tidur bola di Manchester, UK!

NAK KE NAK???




Pemenang bukan sahaja akan menonton 2 kelab bola sepak terbesar di dunia beraksi dari tempat duduk VIP mereka di Etihad Stadium tetapi juga termasuk lawatan ke National Football Museum dan Stadium Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, pemenang juga akan berpeluang untuk berinteraksi dan mendapatkan autograf daripada beberapa lagenda MCFC. Terdapat juga Magical Mystery Tour untuk pemenang di mana mereka akan dibawa ke lokasi music band terkenal, The Beatles. Apa lagi peminat fanatik bola sepak nak semuanya ada kan?

Bagaimana nak sertai Dashing, Let's Go Manchester Contest! 



Apa yang anda perlu lakukan adalah membeli sebarang produk DASHING atau ELITE dalam satu resit (jangan campur-campur dengan barang lain tau). Kemudian, WhatsApp gambar resit yang jelas, nama seperti dalam Kad Pengenalan atau Passport, nombor Kad Pengenalan atau Passport dan outlet pembelian ke nombor +6016-9972373. Senang kan?


Cuba jangan tak cuba, mana tau anda bertuah sampai ke Manchester United!



Husband suka bau Hattrick Limited Edition ni
bau lembut dan fresh


Chaiyok!!!


Untuk maklumat lanjut  layari www.facebook.com/Dashing.MY atau www.dashing.com.my atau hubungi nombor 03-80238311.

Monday, January 1, 2018

Genggam bara api biar sampai jadi arang

January 01, 2018 2 Comments
Assalamualaikum

Di hari pertama 2018, syukur...syukur...syukur ke hadrat Ilahi. Masih diberi peluang melihat keindahan alam, kedamaian bumi Malaysia, gelak tawa anak-anak, suara ibu dan suami. Kata orang tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Tapi kalau kita usaha, takdir pun tidak mustahil boleh diubah.

Mungkin agak janggal untuk menulis setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging. Mungkin gaya bahasa dan penulisan juga berbeza dari sebelum ini. Ye, masa dan pengalaman mematangkan kita. 

Perjalanan hidup sebagai staff, mama dan part time student amat memenatkan. Kalau diblogkan mungkin boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang ingin sambung part time study sambil bekerja. InsyaAllah, entri akan datang akan menyusul.

2017 tahun yang paling struggle namun pengakhirannya menggembirakan. Tiap-tiap hari tidur pukul 3 pagi nak siapkan thesis, esok pergi kerja...siapkan kerja pula. Ada masa balik pukul 4 pagi juga siapkan kerja office. Memang letih. Anak-anak juga perlu perhatian.

Kepada bakal part time student, anda perlu bersemangat kental, sebab stress...memang sangat-sangat stress kerja sambil belajar. Kuatkan semangat. Bak kata orang tua-tua, genggam bara api biar sampai jadi arang.

Bukan study namanya kalau tiada air mata. Bukan senang...nampak je mudah. Memang banyak kali rasa nak berhenti, give up! Tapi...mungkin Allah kata, teruskan. Allah masih mengizinkan. Sesungguhnya sesuatu itu berlaku hanya dengan izin Allah. Terima kasih Allah.




Alhamdulillah
29.10.2017 UTM Konvokesyen

Saturday, December 23, 2017

Design bangunan unik dan misteri di Menara Mustapha Kamal

December 23, 2017 3 Comments
Pertama kali masuk ke dalam bangunan Menara Mustapha Kamal ni rasa macam seram2 gitu. Bila tengok ada pokok dalam parking lot tumbuh tinggi, bertingkek-tingkek terbayang cerita Jumanji.

Bila masuk lif pun sama juga, dengan pencahayaan yang agak suram, kemasan lantai bercorak batu bata memang nampak unik. Seolah-olah masuk ke dalam bangunan yang belum siap, terbengkalai dan usang. Tema yang ingin diketengahkan oleh Arkitek bangunan ini memang berjaya menggamit rasa ingin tahu kepada pengunjungnya.

Macam filem seram Korea kan?


Bila menjejakkan kaki ke dalam bangunan, nampak kehijauan pokok-pokok, amat menenangkan. Kiranya tema menghijaukan bumi 'green our earth' ada dalam ciri-ciri rekabentuk bangunan ni. Tak hairanlah kenapa Lisa Surihani dan Yusry memilih tempat ini dalam video perkahwinan mereka.


Ketenangan




Kemasan siling sengaja direka seolah-olah diplaster secara tidak sempurna


Saya sempat masuk ke dalam tandas wanita, tapi tak pula ambil gambar. Pencahayaan yang suram sekali lagi menyebabkan saya seram bercampur kagum. Rekaan sinki seolah kolam mandi kecil, mengimbas kembali nostalgia tandas di kampung. Ditambah pula apabila berpaling ke belakang...ada cermin besar, memang masa tu nak berpaling ke belakang pun fikir 2-3 kali jugak la :O 


Bahagian ni pun menarik juga. Meja dari kayu, sofa dawai dan buaian, unik! 



Berseni kan gambar ni?
Siap berlumut lagi. 


Arkitek sangat kreatif dan berani dalam menghasilkan rekaan bangunan yang hanya nampak seperti batu bata. Nampak tidak menarik pada awalnya tetapi berjaya membuat hati pengunjung ingin menerokai dan mengunjungi lagi tempat ini. Superb, mysterious and unique design! 

Wednesday, December 13, 2017

Kalau dapat ku undur masa...

December 13, 2017 3 Comments
Harini melayan karenah anak2, sambil tu tunjuk kat Aleesya blog dia ni. Mengekek gelak tengok gambar sendiri masa baby2. Siap pesan, "nanti dah besar, dah ada handphone sendiri boleh la baca blog mama".

Rasanya dekat 7 tahun dah usia blog, tapi momentum menghapdate blog merudum sejak sambung study. Time tu jugak mama preggy anak no. 3 a.k.a Nafis.

Seketul Nafis

Kalau dapat ku undur masa...memang mama akan update semua cerita anak2 mama dari baby sampai sekarang. Tapi nak buat macamana, masa tu keje banyakkk giler. Dengan part time study lagi memang boleh guna tagline 'the struggle is real' lah masa tu.

Besarkan anak memang bukan kerja mudah. Kalau full time duduk rumah mungkin agak teratur hidup tu. Tu yang salute dengan blogger Ben Ashaari yang berblog dan sambil tu asuh anak sendiri. Memang mencabar jaga anak kalau lebih dari seorang ni *sambil lap peluh kat dahi* fuhh...tabik spring.

Tapi mak selalu pesan, anak2 ni kecik2 memang menyusahkan kita. Mana tau bila besar nanti dia menyenangkan kita. InsyaAllah, doa ibu tu makbul.

Pagi yang indah belum tentu tenang

December 13, 2017 1 Comments
Morninggg...

Pagi-pagi ni masih fresh lagi elok la update blog dulu. Maklumlah, petang-petang nanti dah lemau dengan segala macam costing nak kena buat. Kadang-kadang terfikir nak berhenti kerja, mana lah tau kot-kot lagi tenang. Tapi...apakan daya.


Monday, December 11, 2017

Comeback setelah sekian lama

December 11, 2017 1 Comments
Good morninggg...

Harini tiba-tiba tergerak hati nak aktif balik dalam dunia blogging. Setelah sekian lama busy dengan part time study dan kerja yang tak pernah nak abes.

Maklumlah...dulu anak sorang, sekarang bertiga. Dulu Aleesya je, memang kisah dia since baby sampai 3 tahun di abadikan dalam blog ni. Tapi masih belum terlambat untuk adik-adik dia juga kan.