Monday, May 28, 2018

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan BARU!

May 28, 2018 9 Comments

Dunia sekarang semakin mencabar, kena berusaha lebih, tetapi bagi jejaka masa itu adalah emas. Mereka perlukan produk yang memudahkan dan menjimatkan masa. Lelaki memang tidak suka produk yang merumitkan, kalau boleh mereka mahukan semua formula di dalam 1 botol. Terdapat pelbagai produk pilihan di pasaran sekarang, menambah lagi kekeliruan dan kesukaran si jejaka untuk memilih. Tapi jangan risau! Dashing kini mengeluarkan produk Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan baru. Sesuai untuk lelaki yang sentiasa sibuk dan mementingkan masa tetapi tidak melupakan penjagaan harian muka dan badan. Mandian ini memang diformulasikan khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! Lebih memudahkan rutin dan urusan harian si jejaka.


Para jejaka tentu mahu mengekalkan kebersihan, kerapian supaya tampil berkeyakinan dan berbau harum. Amalan penjagaan rutin kebersihan muka dan badan kini lebih mudah. Produk terbaru dari Dashing ini memang terbaik kerana ianya dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Selain daripada itu, Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan ini memberikan kebersihan menyeluruh serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. Jadi jangan risau untuk mencubanya.


Lelaki zaman moden memang mementingkan penjagaan diri. Lebih-lebih lagi faktor pekerjaan juga memerlukan mereka sentiasa kelihatan bersih dan kemas. Untuk menghadapi hari yang mencabar, membersihkan muka dan badan akan dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak berlebihan di wajah. Akibat daripada pencemaran kelembapan dan habuk, pembersihan wajah dan badan dapat dilakukan untuk menyingkirkan semua kotoran yang melekat di wajah dan badan.


Dashing kini melancarkan produk yang paling sesuai untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih berkesan iaitu buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini hadir dalam pek pam bersaiz 700 gram. Ianya Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 


DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.



COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.


ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.


HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   


ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.



Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.




Suami telah mencuba Variasi Cool buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan dan menggemari bauan segar dan bersih. Kulit muka terasa lembap, lembut, bersih dan tidak mengalami sebarang iritasi terhadap wajah. Formulasi 2 dalam 1 di dalam 1 botol memudahkan dan tidak memerlukan banyak masa untuk memastikan wajah dan badan dirapi.




Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Suami menggemari variasi Ultimate Kick ini kerana bauan lemon yang menyegarkan. Suami memang menyukai bauan segar dan bersih. Pengalaman menggunakan buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan ini menjadikan suami ingin mencuba 2 lagi variasi baru iaitu variasi Active dan Hattrick.





Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.  


Thursday, May 24, 2018

ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM 14DAYS CHALLENGE

May 24, 2018 9 Comments
Salam Ramadan ke-8 semua.

Lagi 22 hari dah nak raya. Korang dah sedia ke? Bila raya bukan setakat baju, tudung kasut je nak cantik, kulit wajah pun nak kena cantik berseri juga. Baiklah, harini saya nak share pengalaman saya menggunakan produk ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM.


Royal Expert Advance Formula Brightening Cream

Kulit saya ni memang ada masalah jerawat, liang pori terbuka, tona kulit tidak sekata dan pigmentasi. Macam-macam produk saya dah cuba, tapi hasilnya tak memuaskan hati saya. Tak dinafikan bab pemilihan produk kulit ni, saya merupakan orang yang agak cerewet. Saya tak akan cuba produk yang tidak dijamin keselamatannya. Bukan sebab saya nak pilih produk yang mahal saja, tapi kesesuaian kulit, berdaftar dengan KKM dan dijamin selamat adalah faktor yang paling utama. Bahaya kalau guna produk yang tak berdaftar ni. Manalah tau kalau ada paraben, merkuri dan sebagainya. Nanti kesihatan diri yang terjejas. Nak cantik, tapi dapat sakit nak buat apa kan?

Firstly, sebelum dapatkan produk ini, saya google dulu info tentang fungsi, kesan, bahan yang digunakan dalam produk ni, review customer dan yang paling penting berdaftar ke tak dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Dah search di link ini dan terbukti berdaftar serta selamat digunakan barulah saya cuba. 


Hasil semakan di website memang mendapat kelulusan KKM

Maklumlah, korang pun tau bahaya merkuri kan? Takkanlah sebab nak kulit cantik dan putih dengan segera, korang tak kisah ada merkuri ke, paraben ke, janji cantik dan putih dengan cepat. No, No, No...Sayang diri korang dulu ok. Kerana dirimu begitu berharga cewahh. Korang tau tak kesan kalau gunakan produk bermerkuri ni? Merkuri  merupakan bahan logam berat tau. Boleh menyebabkan buah pinggang kita rosak, dan macam-macam lagi kesannya. Korang boleh google sendiri untuk info lanjut, sebab sekarang saya nak cerita pengalaman saya menggunakan produk ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM ni.

Diuji secara klinikal ke atas kulit orang Asia

Mula-mula saya tau tentang produk Royal Expert ni di FB. Lepas google dan berpuas hati, saya berminat nak mencuba. Sekarang dah senang kan, klik-klik dan sampai depan pintu. Sampai-sampai je terus unboxing dan tengok packaging dan presentation produk ni agak menarik. Krim berwarna pink dan berbau wangi *tak ada bau logam merkuri*. Korang boleh tengok video unboxing di link ini.


Okay jom kita tengok gambar hari pertama saya menggunakan produk ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM ni.


Tona kulit tidak sekata, pigmentasi, liang pori terbuka dan masalah jerawat

Agak-agak kalau ikut ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM 14DAYS CHALLENGE ni, boleh cerah ke kulit saya? Saya pun tak pasti pada mulanya, kurang yakin juga, manalah tau produk ni tak sesuai dengan kulit saya. Saya tau semua orang pun kalau cuba produk baru mesti berperasaan sedemikian kan?

Tapi...nak cuba produk apa pun kena banyak sabar. Bukannya harini tukar produk baru, hasilnya esok terus cantik jelita, kulit gebu putih berseri-seri. Tak boleh macam tu ye korang. Kena ambil masa sikit. Sebab kita sendiri sebelum ni pernah guna macam-macam jenis produk, jadi bila tukar produk baru...kesan dia tak sama.

Lagi 1 tips, kena disiplin gunakan produk ni. Kalau harini pakai, esok pakai, lusa tak pakai. Minggu depan pulak baru pakai. Memang tak menjadi la kesan dia. Kena ikut arahan kat kotak produk ni. Gunakan siang dan malam. Tak ada alasan sibuk dengan kerja sebab skip guna produk tak ikut arahan ye. Barulah boleh nampak kesannya mengikut anggaran masa tu.

Pengalaman saya guna produk ni, kulit tak rasa pedih dan mengelupas seperti produk pemutihan kulit yang pernah saya gunakan sebelum ini. Kesannya nampak agak cepat juga, dalam tempoh 7 hari, jerawat mula mengecut. Bahagian hidung yang selalu rasa berpasir terasa licin. Warna kulit beransur sedikit cerah dari kulit asal sebelum menggunakan ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM ini. Maklumlah, saya memang selalu berjemur. Kerja yang memerlukan saya ke tapak projek, ke pejabat klien dan berjemur dalam jangka masa yang lama menyebabkan kulit menjadi gelap. Saya pula memang lepas solat tak suka sapu semula krim, terus keluar tanpa perlindungan moisturiser kat muka. Kesannya memang kulit cepat gelap, nampak berusia dan cepat tumbuh jerawat.



ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM

Saya nak cerita serba sedikit tentang produk ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM ini. Produk ini diformulasikan di France dengan 28 jenis ramuan semulajadi yang di adun secara terperinci. Produk dengan kualiti antarabangsa ini mempunyai kandungan krim sebanyak 50ml dengan harga mampu milik iaitu RM135.00. Produk ini diuji secara klinikal (Patch Test) dan terbukti BEBAS-IRITASI terhadap kulit orang Asia.

Ianya bertindak 4 dalam 1 iaitu mencerahkan, meratakan tekstur kulit, keserian wajah dan kaya dengan sumber antioksidan. Berfungsi meningkatkan keanjalan kulit, mengecilkan pori-pori, menegangkan kulit, perapi dan pelembap kulit serta berkesan sebagai rawatan anti-penuaan.



Kesan pencerahan boleh dilihat seawal 7 hari atau seelok-eloknya 28 hari. Produk ini memberi rawatan kulit yang lebih mendalam dengan formula "Stem Cell". Stem Cell banyak digunakan dalam produk kecantikan sebagai anti penuaan. Ianya akan menjadikan kulit muka kelihatan lebih muda kerana mempunyai bahan-bahan aktif untuk menangani masalah penuaan. Krim ini juga merawat pigmentasi dan sesuai untuk kegunaan siang dan malam. Tidak mengandungi Paraben dan Hydroquinone.


Ramuan di dalam produk ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM:


1. ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM diadun secara semulajadi menggunakan ramuan seperti Morning Glory (Rastem) Ipomoea Hederacea Callus Culture Extact yang merupakan bahan "Stem Cell". Ramuan ini berfungsi meratakan tekstur kulit dan kaya dengan sumber antioksidan.

2. Niacinamide (Vitamin B3) yang berfungsi meratakan tona, tekstur dan meningkatkan keanjalan kulit.

3. Saliclic Acid berfungsi mengecilkan pori-pori.

4. Vitis Vinifera (Grape Seed Oil) berfungsi mengecilkan pori-pori, menegangkan kulit dan berkesan sebagai rawatan anti-penuaan.

5. Vitamin B5 (Panthenol) berfungsi sebagai perapi dan pelembap kulit.

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit. Memang krim mewah dan ajaib ye ni.


ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM 14DAYS CHALLENGE

Kita lihat kesannya selepas 14 hari melalui video di bawah ini:


Video penuh di Instagram @mamaleesyamiro

Kulit yang kusam, tidak bermaya, tona kulit tidak sekata, pigmentasi, liang pori terbuka telah beransur hilang sedikit demi sedikit pada hari ke-10. Kulit menjadi lembut, jerawat mengecut dan pigmentasi semakin pudar. Tekstur kulit juga lebih rata dan kulit menjadi lebih muda, anjal dan tegang.

Day 1 vs Day 10


Day 1 vs Day 14



Perubahan dalam tempoh 14 hari telah terbukti. Saya telah mencubanya. Korang bila lagi? Tak lama lagi dah nak raya. Saya recommend produk ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM untuk korang. Cubalah



Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk ROYAL EXPERT® ADVANCE FORMULA | BRIGHTENING CREAM , anda boleh layari website mereka di www.royalexpert.com. Anda boleh dapatkan produk tersebut drpd stokis2 mereka yg sah;

Royal Expert® Resource Centre PJ – pj.royalexpert.com
Royal Expert® Resource Centre JB – jb.royalexpert.com
             Royal Expert® Resource Centre Cheras – cheras.royalexpert.com
             Royal Expert® Resource Centre Sabah – sabah.royalexpert.com 

Thursday, May 17, 2018

Ramadan pertama

May 17, 2018 1 Comments
Salam Ramadan.

Kejap je dah masuk bulan Ramadan balik. Harini hari pertama Ramadan, bangun sahur terus kejutkan Aleesya. Adik-adik dia memang tak kejutkan. Takpe la, esok kalau diorang nak bangun makan sahur, boleh bagi Rizqi dan Nafis puasa suku hari tak pun separuh hari.

Menu sahur harini simple je, ikan kembung masak singgang. Mengantuk takde selera sangat nak makan. Sambil sahur, sambil update instagram dan fb. Mak-mak zaman sekarang bukan macam dulu nak. Sana sini bawak handphone. Bukan apa nakk, ada job kena selesaikan.

Sampai je kat office, Ya Allah ngantuknyaaa. Rasa macam nak tido bawah meja je. Takpe sabar-sabar, lagi beberapa jam je dah nak balik. Tetiba terfikir, macamana la Aleesya harini, mesti melepek. Sabar la nak, puasa tu melatih kita jadi orang yang sabar.

Selamat berpuasa :)

Friday, May 11, 2018

Say NO to Cyber Bullies

May 11, 2018 2 Comments
Media sosial adalah tempat kita berkongsi pendapat, gambar, aktiviti, ilmu, idea dan sebagainya. Malangnya, di zaman serba moden ini, media sosial telah disalahgunakan. Masing-masing berlumba-lumba menjadi 'keyboard warrior' hingga tanpa kita sedari, tindakan itu telah melukakan hati seseorang malah ramai orang.




Tindakan yang kita rasakan tiada kesan, sebenarnya membuatkan individu yang terbabit tertekan, hilang semangat, rasa dibenci, malu dan sedih.





Apa yang kita dapat? Adakah dengan 'cyber bully' ini, kepuasan bermedia sosial diperolehi? Pernahkah kita terfikir, jika kita sendiri di tempat mangsa yang dicemuh, dihina, difitnah, diejek, diugut dan sebagainya?





Kita tidak berhak menghukum apatah lagi mencemuh tanpa mengetahui kebenarannya. Walau ianya benar sekali pun, tidak ada moralnya bagi kita untuk mempersoalkan. Kadangkala, tak semua persoalan perlu ada jawapan. Kita hormati orang, maka sebaliknya juga yang kita dapat.

Ingat pesanan orang tua-tua: "Ingat baik orang pada kita, jangan ingat baik kita pada orang. Ingat jahat kita pada orang, jangan ingat jahat orang pada kita".




Sikap segelintir cyber bully, yang gembira melihat orang bersedih, ketawa di saat orang lain jatuh dan menangis ini tidak patut diikuti.




Golongan artis biasanya menerima tempias yang paling banyak. Terdapat golongan 'haters' yang bertindak menghentam tidak kira apa jenis gambar atau status yang dimuatnaik oleh artis tersebut. Semua yang dilakukan serba tak kena, buat baik pun salah...buat jahat apatah lagi. Tempiasnya bukan hanya artis sahaja, tapi kaum keluarga juga.



Kita...telah dewasa untuk menilai. Kita...telah matang untuk bersikap rasional.


SEBAR FAKTA, BUKAN DUSTA.
Tak pasti jangan kongsi.





Utk video penuh 'Joe Flizzow - Bersamamu feat. Ila Damiaa', sila ke http:/v/lnk.to/Bersamamu




Katakan TIDAK pada Cyber Bullies!

Thursday, May 3, 2018

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

May 03, 2018 1 Comments
Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka. Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day bersama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.





Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900. Banyak tu. 



Nak tahu apa pakej yang ditawarkan?

.

.

.




Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. 







Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

.

.

.


Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye, boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.


Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti.














Harga yang di tawarkan

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).
Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780.
Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja.
Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax.


Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. 


Untuk tempahan, sila layari laman web Agrofarmstay di:



Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647
Office:
06 – 232 2761




All pictures credited to Facebook Agrofarmstay

Monday, April 2, 2018

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

April 02, 2018 1 Comments
DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.

Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.  

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.





Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.










DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.






Rangkaian produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikab wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.





Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.






Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Monday, January 22, 2018

Dashing! Wangi-wangi sampai ke Manchester United!!!

January 22, 2018 13 Comments
Ada peminat bola sepak tak kat sini? Mesti ramaiiii kan? Bola sepak ni memang sentiasa jadi sebahagian budaya Malaysia. Muda ke tua ke, kalau memang peminat fanatik bola mesti takkan ketinggalan  menonton bola sepak secara live.  Sanggup tuu tak tido sampai pagi walaupun esok kerja. Apatah lagi kalau MCFC (Manchester City Football Club) vs MU (Manchester United) mesti lagi teruja!


Liga Perdana Inggeris

Liga Perdana Inggeris merupakan salah satu Liga bola sepak yang paling popular dengan bilangan pengikut yang ramai. Ianya benar-benar satu mimpi yang menjadi kenyataan bagi semua peminat kalau dapat menonton perlawanan secara langsung di salah satu stadium yang terkenal.


Berita Baik!!!

DASHING, jenama dandanan lelaki yang terkenal memahami keterujaan para lelaki dalam dunia bola sepak. Dengan ini, DASHING untuk tahun yang ke-4 mengadakan peraduan Let's Go Manchester Contest! Percuma penginapan, 4 hari 3 malam return-trip ke Manchester, United Kingdom untuk 6 Pemenang bertuah. Ianya termasuk tiket VIP untuk menonton perlawanan secara langsung di antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama peraduan Let's Go Manchester Contest! Ini merupakan pengalaman yang menarik dan tidak ternilai selama 4 hari: makan, tidur bola di Manchester, UK!

NAK KE NAK???




Pemenang bukan sahaja akan menonton 2 kelab bola sepak terbesar di dunia beraksi dari tempat duduk VIP mereka di Etihad Stadium tetapi juga termasuk lawatan ke National Football Museum dan Stadium Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, pemenang juga akan berpeluang untuk berinteraksi dan mendapatkan autograf daripada beberapa lagenda MCFC. Terdapat juga Magical Mystery Tour untuk pemenang di mana mereka akan dibawa ke lokasi music band terkenal, The Beatles. Apa lagi peminat fanatik bola sepak nak semuanya ada kan?

Bagaimana nak sertai Dashing, Let's Go Manchester Contest! 



Apa yang anda perlu lakukan adalah membeli sebarang produk DASHING atau ELITE dalam satu resit (jangan campur-campur dengan barang lain tau). Kemudian, WhatsApp gambar resit yang jelas, nama seperti dalam Kad Pengenalan atau Passport, nombor Kad Pengenalan atau Passport dan outlet pembelian ke nombor +6016-9972373. Senang kan?


Cuba jangan tak cuba, mana tau anda bertuah sampai ke Manchester United!



Husband suka bau Hattrick Limited Edition ni
bau lembut dan fresh


Chaiyok!!!


Untuk maklumat lanjut  layari www.facebook.com/Dashing.MY atau www.dashing.com.my atau hubungi nombor 03-80238311.

Monday, January 1, 2018

Genggam bara api biar sampai jadi arang

January 01, 2018 2 Comments
Assalamualaikum

Di hari pertama 2018, syukur...syukur...syukur ke hadrat Ilahi. Masih diberi peluang melihat keindahan alam, kedamaian bumi Malaysia, gelak tawa anak-anak, suara ibu dan suami. Kata orang tidak semua yang kita inginkan kita akan dapat. Tapi kalau kita usaha, takdir pun tidak mustahil boleh diubah.

Mungkin agak janggal untuk menulis setelah sekian lama meninggalkan dunia blogging. Mungkin gaya bahasa dan penulisan juga berbeza dari sebelum ini. Ye, masa dan pengalaman mematangkan kita. 

Perjalanan hidup sebagai staff, mama dan part time student amat memenatkan. Kalau diblogkan mungkin boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang ingin sambung part time study sambil bekerja. InsyaAllah, entri akan datang akan menyusul.

2017 tahun yang paling struggle namun pengakhirannya menggembirakan. Tiap-tiap hari tidur pukul 3 pagi nak siapkan thesis, esok pergi kerja...siapkan kerja pula. Ada masa balik pukul 4 pagi juga siapkan kerja office. Memang letih. Anak-anak juga perlu perhatian.

Kepada bakal part time student, anda perlu bersemangat kental, sebab stress...memang sangat-sangat stress kerja sambil belajar. Kuatkan semangat. Bak kata orang tua-tua, genggam bara api biar sampai jadi arang.

Bukan study namanya kalau tiada air mata. Bukan senang...nampak je mudah. Memang banyak kali rasa nak berhenti, give up! Tapi...mungkin Allah kata, teruskan. Allah masih mengizinkan. Sesungguhnya sesuatu itu berlaku hanya dengan izin Allah. Terima kasih Allah.




Alhamdulillah
29.10.2017 UTM Konvokesyen