Friday, November 20, 2020

Sokong Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) melalui pembelian atas talian di PG Mall Malaysia

November 20, 2020 1 Comments
Santai-santai je harini makanya sambil-sambil tu boleh tengok barang keperluan online. Semenjak Covid-19 muncul di kalangan kita, mama rasa lagi mudah dan selamat kalau membeli-belah kat atas talian je. Selain senang, mama boleh dapatkan barang yang mama nak dengan ‘search’ sahaja tak payah lagi susah-susah pergi dari satu rak ke rak yang lain di pasaraya. Penat pun tak, tenaga pun jimat…nak beli apa masukkan je dalam cart. Lepas tu buat bayaran online, settle!
 



Mama lebih suka beli barangan buatan Malaysia. Selain dapat menjana ekonomi negara, dapat juga membantu usahawan tempatan. Barangan buatan Malaysia ni banyak yang berkualiti dan harga pun berpatutan. Zaman pandemik ni ramai yang terkesan sebenarnya. Jadi cara untuk kita bantu golongan yang terkesan ni dengan cara membeli barangan buatan Malaysia dan sokong bisnes mereka. Siapa lagi nak support barangan buatan Malaysia melainkan kita sendiri rakyat Malaysia kan? From Malaysian to Malaysian orang kata hehe. 


PG Mall - Platform Membeli Belah No. 1 Malaysia

 


Mungkin sebelum ni mama pernah buat post tentang PG Mall Malaysia ni, tapi mama share lagi sekali tentang PG Mall ni. PG Mall Malaysia merupakan platform membeli belah lokal yang pertama bertapak di Malaysia. Bangga tak bangga tu, Malaysia pun dah ada platform membeli-belah sendiri. Malaysia pun mampu bersaing dengan platform membeli belah antarabangsa. Dah lama dah sebenarnya platform PG Mall ni tau, sejak tahun 2017 lagi dah bertapak di Malaysia dan tersenarai antara yang ke-3 ngetop di IPrice insight report. Korang boleh rujuk link ni https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/



 
Korang boleh membeli belah kat PG Mall Malaysia ni dengan senang hatinya sebab PG Mall terima pembayaran menggunakan semua platform e-wallet dan online seperti kad debit, kredit dan perbankan internet. Korang boleh pilih je mana satu online banking yang korang rasa mudah untuk korang buat pembayaran samada guna Maybank QRpay, GrabPay, BoostPay, CIMBclicks, Maybank2u dan lain-lain. Kalau korang dah top up c-wallet PG Mall, lagi senang untuk buat pembayaran. Terus klik bayar dan tunggu je barang korang order sampai depan pintu rumah dengan selamatnya.






Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) 


PG Mall Malaysia sedang mengadakan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) mulai bulan Julai hingga Disember 2020 ni. Jadi korang boleh grab apa korang nak sementara kempen ni sedang berlangsung. Sempat lagi ni sebab kempen berakhir Disember, jadi korang boleh plan nak beli apa yang korang nak. Jom kita support lokal bisnes dengan membeli barangan buatan Malaysia. Sekarang kalau korang nak beli, korang boleh guna Coupon Code: KBBM20 RM20 OFF, untuk perbelanjaan minima RM50 dan Coupon Code : KBBM30 RM 30 OFF, Min Spend RM100. Jadi korang jangan lepaskan peluang ni, sebab dah la dapat support kempen beli barangan buatan Malaysia, pastu dapat lagi diskaun…kan dah untung tu. 

 


Korang boleh shopping barang keperluan bayi dan kanak-kanak, groceries, barang keperluan rumah, barangan kecantikan dan kesihatan, barang kereta, barang sports, barang elektronik, fesyen dan banyak lagi. Kalau nak cerita semua memang takkan abes sebab banyak dan best-best barang dalam PG Mall Malaysia ni. Marilah kita rakyat Malaysia support barang buatan Malaysia. Siapa lagi nak support kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri kan? Jom kita sokong dengan war-warkan hashtag #BarangBaikBarangKita. Korang boleh rujuk link ni ye untuk maklumat lanjut https://pgmall.my/proudly-local-campaign.


Korang boleh pilih online shop seperti di bawah:




Koperasi Usahawan Groom Big Kedah Berhad 



Koperasi Perdasama Pulau Pinang Berhad 



Hoga 






Fresh Food Week 




Fresh Food Week bermula dari 19 Nov sehingga 25 Nov 2020 di mana korang akan dapat RM5 OFF min spend RM50. Masukkan code : GROCERWEEK dan ianya tertakluk kepada 2000 orang pertama sahaja. Ada Contactless Delivery juga ye untuk pembelian fresh food.



Aeon Members dapat diskaun 25%





Ada lagi ni berita baik untuk Aeon Members Card, korang akan dapat diskaun lagi 25%. Diskaun ni bermula dari 1 November 2020 hingga 31 Disember 2020. Jadi korang kena cepat-cepat lah membeli sementara ada diskaun ni sebab memang lagi jimattt. Sape taknak beli barang lagi murah daripada harga biasa kan? Diskaun 25% tu akan dapat bila korang beli barangan dengan pembelian minima RM30 pun tau. Kalau korang New Users PG Mall Malaysia, korang akan dapat diskaun RM20 pulak. Fuhh untung lagi hehe. Tapiii…ada tapi tau, untuk 1000 orang pembeli pada setiap bulan. Makanya kena cepatlah, kalau tak melepasss.

 
Cara nak redeem diskaun tu, korang pegi kat link https://www.aeoncredit.com.my/ atau guna Aeon Apps, then dapatkan promo code di situ. Lepas tu korang shopping lah seperti biasa di https://pgmall.my/ dan checkout macam biasa. Di akhir step korang masukkanlah promo code tu untuk korang claim diskaun tersebut. Senang je kan? Apa lagi, visit https://pgmall.my/ cepat-cepat dan checkout dengan gembiranya sebab dapat beli barang korang suka dengan diskaun 25%, berbaloi-baloi I tell u.


Huawei




Huawei pun ada promo juga dari 5th Oct - 31st December 2020 dan ekslusif untuk new shopper sahaja. Korang kena dapatkan promo code kat Huawei App dan akan dapat RM3 OFF dengan pembelian minima RM15 dan ke atas. Promo ni ada di Huawei member app.


Oppo




Promo Oppo pun ada jugak, valid dari 5th Oct - 31st December 2020. Korang kena dapatkan promo code kat OPPO App dan tertakluk untuk new shopper sahaja. New shopper akan dapat RM3 OFF dengan pembelian minima RM15. Promo ni terhad kepada 1000 yang pertama redeem sahaja ye, kalau lambat bye bye! Promo tersebut ada dalam Oppo apps juga.


Apa tunggu lagi korang, lai lai jom beli sekarang kat https://pgmall.my/home 



Hashtags:
#PGMall #Huawei #Oppo #KBBM #Aeon #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u 



About PGMall:
Website: www.pgmall.my 
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
Telegram: https://t.me/pgmallofficial001




Friday, September 4, 2020

Pengalaman Work From Home dengan anak kecil

September 04, 2020 3 Comments
Assalamualaikum semua...


Zaman pandemik yang agak mencabar ni memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Beberapa bulan lepas semasa awal-awal PKP dijalankan semua orang bersorak gembira sebab boleh bekerja dari rumah. Awalnya memang agak seronok sebab boleh meluangkan masa dengan anak-anak, tetapi bila PKP disambung sehingga sebulan maka bermulalah episod emosi para ibu-ibu di rumah. Bukan saja terpaksa bekerja dari rumah, bahkan sekaligus terpaksa menguruskan anak-anak dalam masa yang sama. 


Cabaran Work From Home adalah anak-anak kecil akan meragam inginkan perhatian, sedangkan para ibu perlu menyelesaikan tugasan on time seperti yang diminta oleh majikan. Selain tu, environment pun memainkan peranan juga. Tugas susah nak disiapkan secara teratur sebab di rumah tak ada meja untuk bekerja, internet pun slow. Jadi produktiviti kerja tu agak lambat dan kadangkala kita terpaksa stay up di malam hari untuk menyiapkan kerja-kerja office selepas anak-anak tidur.


Makanya, macamana nak buat anak-anak entertained sementara mama boleh buat keje-keje office tu? Marilah kita tengok aktiviti anak-anak semasa PKP while mama work from home.


.


.

.


 Ajak anak-anak yang besar bermain dengan baby. Bila dia leka, mama cepat-cepat siapkan apa yang patut. Selain menghiburkan, anak-anak dapat develop skills diorang jaga adik



Hayder paling suka kena agah dengan patung Minions ni, mengekek dia gelak.





 Tok-tok-tok...ada orang tak? Shaye nak tolong mama buat koje. Pleaseee buka pintu ;P




Future Engineer mama tengah kira apa tuu? Ish, ish, ish...abes calculator mama dia buat main



Walaupun agak leceh Work From Home tapi mama enjoy je dapat bekerja sambil layan anak-anak. Bila lagi kan nak jadi suri rumah sepenuh masa? Masa PKP 2 bulan tu je la boleh. Sekarang dah kena bekerja full day dan dah tak boleh Work From Home, tiba-tiba rasa rindu pulak momen-momen ni.


Apa-apa pun mama bersyukur kerana diberikan masa untuk bersama anak-anak walaupun dalam tempoh PKP yang singkat itu. Syukur, syukur, syukur Allah beri nikmat.



Thursday, September 3, 2020

Review 5 barang baby yang menarik untuk rujukan para ibu

September 03, 2020 1 Comments
Assalamualaikum,

Bersiaran lagi kita harini. Kali ni mama nak share tentang barang-barang baby pula. Kebanyakan barang yang mama senaraikan adalah digunakan oleh baby Hayder dari umur sebulan dan ke atas. Apa dia produk-produk baby tu, jom kita tengok.

.


.



.



Okay kat atas ni ada rompers baby, barut baby, diapers, baby wipes dan diapers cream. Meh mama review satu persatu ye untuk kemudahan mommy-mommy di luar sana yang tengah mencari produk baby. Review mama ni adalah dari pengalaman mama gunakan ke atas baby Hayder. Sebenarnya banyak lagi barang baby yang menarik yang Hayder gunakan, cuma takde pulak gambar dalam memory handphone mama. Makanya mama review yang mana ada gambar je ye :)

1. Rompers

Rompers ni mama beli kat Toy's R Us. Jangan tak tau korang, kat Toy's R Us tu bukan jual toys je, barang baby pun ada tapi korang kena tengok la cawangan mana. Rompers ni mama beli masa Toy's R US buat Member's Sale, so dapat beli murah juga. Harga tak ingat dah, tapi satu set ada 3 helai rompers comel. Kain best dan tebal sesuai dengan cuaca Malaysia. 


2. Barut baby

Barut baby ni mama beli di Instagram shop. Sekarang kan senang, taip je hashtag barang apa yang kita nak beli tu, maka keluarlah semua kedai-kedai online sekalian alam. Barut baby ni mama suka sangat sebab size dia lagi besar dan panjang. Kain tak panas dan banyak pilihan corak comel. Masa mama beli IG shop ni ada buat clearance sale 1 set (ada 5 helai)  RM25, jadi mama grab 2 set terus. Kalau mommy nak try untuk baby atau bakal baby, boleh search IG @bebiesf. Memang rambang mata tengok corak-corak barut kat IG shop ni. Kalau yang dapat baby girl lagi la banyak pilihan, kusss semangat nasib baik Allah bagi mama baby boy, dapat la berjimat. Berjimat la sangat :), ingat barang baby boy tak comel ke? Comel jugakk uiii hehehe.


3. Applecrumby diapers

Diapers ni memang antara yang terbest mama pernah guna untuk baby. Tak bocor, lembut, takde chlorine, pendek kata memang best lah. Yang tak best nya cuma mahal sikit harga dia. Mama beli diapers ni masa ada sale di website Applecrumby dan guna voucher lagi murah. Mama tau pasal diapers ni masa mama melawat pusat rawatan dan penjagaan ibu berpantang (confinement centre). Kat situ ada disediakan sekali diapers untuk baby, dan diorang gunakan jenama diapers ni. Jadi mama terus beli untuk stock baby Hayder. Tapi sekarang Hayder dah tak pakai dah diapers jenama ni, sebabnya mahal, tukar jenama lain pulak.


4. Baby Suzuran wet cleaning cotton

Wet cotton ni sesuai untuk cuci mulut, lidah, telinga dan muka. Korang nak bawak travel pun boleh, senang nak cuci mulut baby lepas makan. Takde sabun dan guna air suling je, jadi selamat untuk cuci lidah bayi dari kerak susu.


5. Mustela Vitamins Barrier Cream

Krim ni sesuai untuk mengelakkan diapers rashes. Memang sesuai sangat dengan kulit Hayder dan sejak beli Mustela ni mama memang tak pernah tukar diapers cream jenama lain. Sesuai digunakan dari bayi newborn lagi sebab dibuat dari bahan natural je.


Okay bersambung di next post. Nanti mama akan buat post tentang kompilasi resepi baby pulak. Tungguuu



Wednesday, September 2, 2020

Mamahood life is beautiful, maka hargailah sementara masih ada masa...

September 02, 2020 0 Comments
Tajuknya kemain panjang lagi haa...hehehe bukan senang tau mama nak ada idea tajuk panjang berjela cenggini :)


Mau nya tak besh jadi mama, pagi-pagi lagi dah dengar baby nanges, nak pegi sekolah kejut anak kena jadi tarzan dulu. Lepas tu pergi pulak dapur tung tang tung tang jadi chef nak siapkan bento bebudak sekolah termasuk panaskan baby food Hayder *Bomel mama*. Fuhh! bayangkan lagi 15 tahun, masa diorang dah besar-besar. Ada lagi ke idok momen cenggini? Jawapannya nan hado dah. Masa tu kita bangun pagi selak langsir tingkap tengok mentari pagi je la. Takde dah momen pagi-pagi jadi tarzan, takde dah mata panda sebab baby asyik bangun tengah malam, takde dah riuh rendah keluar masuk rumah sebab barang sekolah tertinggal. Percayalah...kita akan merindukan waktu itu, suatu hari nanti. Waktu tu kita dah kesunyian, termenung, menangis, menyesal pun dah tak guna sebab masa itu tidak akan berulang kembali.








Makanya...


Hargailah saat-saat kelam-kabut di pagi hari ni sementara anak-anak masih kecil lagi. Supaya bila diorang dah besar, dah tak tinggal dengan kita, duduk asrama atau dah berkahwin...tak la kita rasa menyesal kerana tak beri perhatian kerana kesibukan diri kita. Benar, kita sibuk memang untuk mencari rezeki untuk mereka, untuk kesenangan keluarga tapi jangan lupa...tanggungjawab kita yang sebenar adalah untuk menjadikan mereka khalifah. Khalifah yang terbaik di dunia dan di akhirat, amanah Allah dan kita insan terpilih. Terpilih untuk memikul tanggungjawab, mendidik, memberi perhatian dan yang paling penting kasih sayang.



Adakah nanti, bila terlalu banyak kes-kes sosial remaja, anak-anak tidak menjadi...kita ingin menyalahkan mereka? Sedangkan kita sendiri sebagai ibu bapa tidak mendidik anak-anak kita dengan betul. Sebenarnya, mengandung dan melahirkan adalah perkara yang mudah. Tetapi perkara yang susah untuk dilakukan itu adalah mendidik anak-anak. 















Apa yang kita kejarkan dengan karier kita belum tentu dapat mengembalikan momen bersama anak2 kita di waktu kecil. Mungkin...kita adalah pekerja cemerlang, terbaik, terbilang, berdisiplin di pejabat, tapi adakah kita berjaya dan cemerlang juga sebagai ibu dan bapa? Pertanyaan ini masih berlegar di fikiran mama sendiri..."mampukah aku menjadi ibu yang terbaik? Mampukah aku mendidik anak-anakku menjadi anak-anak soleh dan solehah yang bakal menjadi manusia yang berbakti kepada bangsa dan agamanya?" 









Hargailah masa dengan anak-anak sementara masih berkesempatan. Kita tak tahu sampai bila kita akan melalui saat ini, jika umur masih panjang maka beruntunglah...jika tidak?


P/S: Post ini tidaklah ditujukan kepada sesiapa melainkan sebagai peringatan *self reminder* kepada diri mama sendiri.





Wednesday, August 5, 2020

Pregnancy Journey: Tips Bersalin Tenang - Barang Keperluan Ibu Ke Hospital

August 05, 2020 2 Comments
Bakal ibu mesti nak bersalin secara tenang dan betul-betul bersedia kan? Apa yang mama kongsikan kali ini adalah atas pengalaman mama sendiri yang pernah bersalin baby pramatang iaitu 34 minggu. Masa tu, barang yang ada hanyalah beg baby sahaja, sedangkan barang-barang keperluan mama satu pun tak kemas lagi. Ye lah, sebab baru 34 minggu, ingatkan ada masa lagi. Tak boleh macam tu sebenarnya, start kandungan berusia 7 bulan dah kena sediakan beg baby, beg mama dan keperluan lain.

Masa mengandungkan Aleesya dulu...disebabkan air ketuban pecah awal, berbekalkan buku pink sahaja mama dan ayah pegi hospital. Lastly, kena tahan wad. Sape sangka rupanya baby yang ditunggu-tunggu dah nak keluar awal. Kelam kabut lah si ayah balik rumah packing barang mama. Ada yang tak cukup dia sendiri pegi tanya nurse dan beli kat pasaraya berdekatan hospital. Bila ibu-ibu dah nak bersalin, barang-barang tu semua suami yang uruskan. Jadi semasa kemas beg, eloklah bagitau pada suami kat mana kita simpan barang-barang tu supaya senang suami nak cari.

Jadi, walaupun kita rasa beg mama dan baby tu bukanlah perkara terpenting, tapi barang-barang tersebut menjadikan kita lebih tenang bila nak bersalin kalau dah disiapkan awal-awal. Ibu pun boleh fokus untuk melahirkan sahaja dan tak rasa kelam kabut sehingga waktu melahirkan tiba.

Apa yang mama bawa ke hospital?

Haritu mama dah share barang keperluan baby untuk digunakan di hospital di sini. Entri kali ni mama nak kongsikan pula barang apa yang ibu perlu bawa untuk kegunaan ibu di hospital.

1. Tuala mandi dan tuala lap muka
2. Maternity pad (Mama guna Pureen)
3. Kain batik
4. Selipar
5. Toiletries
6. Minyak angin
7. Minyak urut
8. Surah Yassin
9. Stoking
10. Baju sejuk
11. Disposable panties (Lunavie)
12. Disposable breast pad
13. Sepasang baju untuk pakai masa balik
14. Tudung lycra 2 helai
15. Flask air
16. Cawan, mangkuk, sudu, tupperware
17. Biskut, milo 3 in 1, roti
18. Buku pink dan kad pengenalan (Paling penting!)


Lain-lain kalau terlupa tulis, korang boleh tambah ikut keperluan korang ye :)



3 beg semuanya termasuk bag baby. Gambar ni masa tunggu bilik, punya la lama dari siang membawa ke malam



Dalam perjalanan nak bawa ke wad, masing-masing dah penat

Okay semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang tengah sarat dan tengah buat persediaan bersalin tu ye. Jangan risau, chill2 je. InsyaAllah selamat ibu dan anak.



P/S: Entry ni dah ditulis sebelum bersalin lagi, tapi terlupa publish. Sampai Hayder dah keluar baru teringat nak publish hehehe



Friday, July 31, 2020

PG Mall Mega Sale 8.8? Benda boleh beli yang murah, buat apa beli yang mahal?

July 31, 2020 0 Comments
Bercerita pasal membeli belah ni memang takkan habis. Tambahan pula kalau beli barang anak, memang never ending story. Mama berkecimpung dalam bidang membeli belah online ni dah lama dah, sejak tahun 2009 lagi. Masa tu suka beli barang Aleesya, dapat baby girl memang heaven la beli baju baby dan segala macam aksesori dia. Orang perempuan dengan membeli belah memang susah untuk dipisahkan. Kalau bosan atau nak release tension sebab kerja banyak, rutin harian yang meletihkan, memang shopping merupakan ubat yang paling mujarab - shopping is the best theraphy. Sekarang ni lagi senang semua kat hujung jari je, klik-klik sampai depan rumah. Kali ni mama nak share satu lagi platform membeli belah menarik untuk korang iaitu PG Mall.



PG Mall – Platform E-Commerce No. 1 Malaysia

PG Mall ni merupakan Platform Membeli Belah lokal yang pertama di Malaysia dan ianya bertapak sejak tahun 2017 lagi. Selain tu, PG Mall ni kalau korang nak tau tersenarai dalam ranking Top 3 platform membeli belah di IPrice insight report, korang boleh rujuk link https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/. Kalau korang shopping kat sini,  PG Mall terima pembayaran menggunakan semua platform e-wallet dan pembayaran online lain seperti kad kredit, debit atau perbankan internet. Jadi ikutlah mana yang korang rasa senang.






MEGA 8.8 Pre-Sale

Tak lama lagi masa sesuai tau untuk korang shopping sebab PG Mall akan mengadakan MEGA 8.8 Pre-Sale bermula dari 3rd – 7th August 2020. Dalam list mama dah macam-macam dah mama nak shopping untuk budak-budak berempat tu. Seronoknya shopping online ni bila sale sebab kita takkan dapat harga murah macam tu kalau beli kat kedai tau. Mama kalau shopping time sale, memang mama akan beli sederap banyak terus, sebab nanti dah abes promo mahal balik, rugi!




Kat PG Mall ni pun selalu ada Daily Flash Deal yang korang boleh check setiap hari apa promo yang akan diorang bagi. Daily Flash Deal tu serendah RM8 tau, mana tau korang bernasib baik dapat beli barang yang korang berkenan dengan harga rendah. Untung tuuu.


Untuk New User sahaja, korang akan dapat potongan RM5 bagi setiap pembelian RM38. Kalau korang shopping RM88 pula, akan dapat potongan RM15 – promo ni untuk semua pengguna baru atau lama tau. Nak tau lagi korang boleh refer link website: https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign



MEGA 8.8 Sale

Masa hari kejadian 8.8 pula, kalau korang shopping korang akan dapat 8% off dan diskaun sehingga RM88. Ianya tertakluk kepada pembelian minima berjumlah RM188. 




Korang akan dapat potongan RM5 bagi setiap pembelian RM38 untuk New User sahaja. Untuk pelanggan baru dan sedia ada juga akan menikmati potongan RM15 tapi korang kena shopping RM88. Refer link website: https://pgmall.my/mega-eight-eight-campaign untuk maklumat lanjut.



Maybank QRPay

Sekarang kan mana-mana je guna QR code je. Even nak masuk mall pun guna QR code jugak. Makanya, korang boleh guna Maybank QRPay semasa membuat pembayaran di PG Mall ni. Tak ke senang tu. Dah la senang, korang akan dapat saving lagi istimewa untuk pengguna Maybank QRPay ni tau.


Bagi pengguna Maybank QRPay yang shopping di PGMall atau MAE, korang akan dapat RM5 off  dari harini hingga 31st July 2020. Korang kena masukkan Promo Code: FLASH. 




Mama dah banyak membebel dah pasal Sale kat PG Mall ni. Sekarang masanya mama nak terjah website: https://pgmall.my/home. Korang bila lagi? Benda boleh beli yang murah, buat apa beli yang mahal kan?



Hashtags:

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Maybankqrpay #Mae #Mega88 #PreSales #eighteight #PresalesParty #PGMall4u #Cashback #points



About PGMall:

Friday, December 6, 2019

Pregnancy Journey : Apa yang perlu ada dalam beg hospital baby?

December 06, 2019 2 Comments
Kebanyakan tips yang mama share dalam blog ini adalah dari pengalaman mama sendiri. Makanya kalau ada yang terkurang tu maksudnya mama lupa la tu, maybe korang boleh refer kat blog2 lain  untuk info tambahan atau ikut keperluan dan kreativiti korang sendiri. 


Bila masa yang sesuai untuk kemas beg baby untuk dibawa ke hospital?

Mengikut pengalaman mama, masuk je 6 bulan mengandung elok dah la korang cuci pakaian baby siap-siap. Dalam minggu ke 28 (7 bulan) dah boleh start packing sikit-sikit, kalau ada yang tertinggal sempat lagi kalau nak beli. Dah siap beg tak payah nak risau lagi, letak je dalam kereta siap-siap.

Sediakan beg baby awal-awal bukan sebab kita terlampau excited nak menimang cahaya mata tetapi sebagai persediaan. Baby anytime kalau dia nak lahir, dia akan lahir. Due date tu hanya anggaran sahaja, tapi kalau dah 'kun fa ya kun' memang tak cukup bulan lagi pun akan keluar menjenguk dunia juga. Jadi kalau dah prepare awal-awal, kita takkan kelam kabut menghadapi sebarang kemungkinan nanti.


Apa yang perlu ada dalam beg hospital baby?

Ok jom tengok apa yang ada dalam beg hospital baby yang mama dah siapkan.




Mama asingkan baju dalam seal plastic bag supaya senang untuk husband ambil nanti. Masa dah sakit contraction mana sempat nak fikir, kat mana pampers, kat mana baju semua tu. Jadi mama buatkan 5 set baju mengikut hari, in case kalau kena tahan wad lama nanti. Sebelum ni, masa lahirkan Aleesya mama dan baby kena tahan di NICU selama seminggu lebih sebab baby premature kena ambil antibiotik, dan ada kuning juga. Rizqi dan Nafis tak kena tahan wad, bersalin pukul 1 pagi, pukul 9 pagi doktor dah bagi discharge.




Plastik Beg dengan label

Mama sediakan 5 seal plastic bag asing-asing dan mama dah labelkan siap-siap :


1) Labour Room - Plastik yang berlabel Labour Room ni untuk husband bagi kat nurse nanti. Dalam ni ada baju sahaja, pampers, mitten & booties, topi dan kain bedung. Tapi dari pengalaman mama yang lepas, nurse hanya mintak baju, pampers, topi dan bedung je. Lain-lain aksesori baby tu kita pakaikan sendiri je nanti.

Mama pilih green colour sebab senang unisex boleh pakai



2) Day 1, Day 2, Day 3 - Semua set  ni mama sediakan untuk kegunaan sepanjang baby di hospital. Kalau lagi cepat dia balik, tak la semua digunakan. Kita standby je. Dalam seal plastic bag ni mama masukkan baju, seluar, mitten & booties, barut, topi, pampers dan bedung. Kalau korang rajin korang pakaikan je la barut tu, tapi kat hospital doktor asyik nak check baby. Jadi tak payah pakaikan barut pun takpe. Mama letak je dalam set tu, ikut kerajinan nak pakaikan.



Set ni takde mitten booties sebab baju dan seluar tu dah ada sarung kaki & tangan siap2 dah



3) Going Home Outfit - Baju ni mama pilih yang comel-comel sikit untuk si baby, sebabnya nak balik rumah dah kan? Kena la pakai handsome2 atau cantik2 :). Dalam ni barang dia sama je macam item No. 2 cuma bezanya mama guna hooded swaddle. Tapayah pakai topi dah.

Kebanyakan design baju dan bedung dipilih oleh kakak dan abang dia



Cara ni lebih organized dan menyenangkan bakal mama dan papa nanti. Plastik tu korang boleh variasikan, kalau nak guna vacuum bag pun boleh, nak guna seal bag Ikea pun boleh, nak guna yang jual kat Daiso atau DIY pun boleh. Ikutlah kreativiti masing-masing. Macam mama, plastik yang mama guna tu mama beli kat IG je, sekali dengan label tu. Label boleh pilih ikut design kesukaan masing-masing. Kalau takde pelekat label tu, korang boleh tulis sendiri je guna marker pen, tak pun buat kat komputer then print dan tampal je.


Set plastik ni ada 10 pcs: size S, M dan L. Mama guna semua size plastik tu.
Label tu saja mama pilih warna pink sebab mama suka pink colour :)


Picture credited to IG @momnkidzclozet.my


Diapers yang mama gunakan untuk baby dalam plastik beg tu adalah dari Offspring (Newborn). Ni mama dapat sample kat Baby Expo. Dan selebihnya mama guna chlorine free diapers Applecrumby.


Mama beli diapers ni masa Sale 11.11, beli 6 packs dapat free 3 packs. 



Barang-barang tambahan lain yang perlu ada

Kalau kena tahan wad lama, mama bawa barang2 ni extra untuk kegunaan baby nanti. Takdela menyusahkan husband nak ulang alik balik rumah ambil nanti.


Extra barut


Extra mitten, booties dan topi


Towel dan sapu tangan baby


Bantal baby dan blanket.
Kat hospital sejuk, jadi mama bawa selimut lebih


Pencuci botol susu dan botol susu tu kalau taknak bawa pun takpe sebab tak guna pun kat hospital nanti. Mama saja bawa untuk special case :).
Minyak telon, baby wipes dengan baby oil pun mama bawa.

Baby oil tu masa Aleesya memang berguna sangat sebab Aleesya baby premature 34weeks, jadi nurse ajar mama urut badan baby untuk naikkan berat badan dia cepat. Alhamdulillah Aleesya dapat keluar wad cepat sebab berat lebih 2.1kg.



Dah siap semua susun elok2 dalam beg baby.
Senang, teratur dan kemas



Extra diapers pun bawa jugak. 
Awal2 baby banyak poo poo



Harap perkongsian ni berguna untuk ibu-ibu di luar sana. Yang kurang itu dari saya, yang baik itu datangnya dari Allah. 

Salam Jumaat