Wednesday, March 21, 2012

Uniknya seorang bergelar sahabat

March 21, 2012 8 Comments
Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang sahabat, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.



Photobucket

Saturday, March 17, 2012

Kata-kata hikmah

March 17, 2012 2 Comments

Jadilah seperti pohon yang berbuah lebat, walaupun dibaling dengan batu tetapi dibalas dengan buah.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 2, 2012

Buah-buahan dari syurga

March 02, 2012 14 Comments
Buah delima memang banyak khasiatnya, terutama untuk ibu mengandung. Masa mama preggykan Aleesya dulu mama cuma sempat makan 2 biji je buah delima 2 hari sebelum Aleesya dilahirkan ke dunia. Susah nak jumpa buah delima, merata ayah Aleesya dengan tok dia cari. Last-last dapat beli kat kedai jual buah-buah eksport kat pasar borong baru Selayang. Kedai tu tak jual 2-3 biji je, kena beli sekotak. Sekotak ada dalam 12 biji kalau tak silap, harga sekotak RM50 masa tu. Kalau mama-mama preggy nak anak bijak dan bibir merah macam delima makan la buah delima ni. Banyak khasiatnya, jom mama share sket :)


Khasiat Buah delima untuk kesihatan
  • Buah delima  mengandungi antioksidan Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.

  • Buah delima   dapat Melindungi jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

  • Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

  • Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser , Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.
    – Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.
    – buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

  • Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

  • Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
  • sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

  • Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

  • Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranya sangat mudah Ok lepas makan buah delima jangan buang kulitnya ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk kemudian simpan dalam bekas dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah biarkan ianya kering kemudian basuh.

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Tips memilih buah delima
  • Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela. Memang segar betul dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais.

  • Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnya  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk dan nikmati keenakannya.

Fakta mengenai Buah delima
  • Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.

  • Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.

  • Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.

  • Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

  • Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.

  • Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.

  • Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.

  • Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.


Preggy kali ni ayah Aleesya tak sempat pegi beli lagi buah delima untuk mama. Jadi mama order jus delima je dulu secara online. Minggu depan sampai la kot, baru order tadi je :)


Picture credited to FD Shop
Jus Delima



Photobucket

Tuesday, February 28, 2012

Perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya

February 28, 2012 6 Comments
Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.


Aleesya newborn



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi: "Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Thursday, February 23, 2012

Doa mengelakkan keguguran

February 23, 2012 4 Comments
SURAH AL-Hij'r (Batu Gunung) 

Barang siapa membaca tiga ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.


Terjemahannya:

Ayat 97
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.

Ayat 98
Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud.

Ayat 99
Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.


Cara-cara Bacaan
Wanita yang mengandung, amalkan ayat-ayat ini selepas setiap kali solat. Baca sekurang-kurang 3 x doa ini dan dihembuskan pada perut anda. InsyaAllah usaha anda diberkatiNya.
 
 
Photobucket

Tuesday, February 21, 2012

Rahsia pemakanan anak pintar

February 21, 2012 2 Comments
Picture credited to Google
Buah delima


1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”


Kredit: FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Bercerita tentang morning sickness

February 21, 2012 4 Comments
Bagi mama-mama sume mesti ada yang penah alami atau ada yang tak penah mengalami morning sickness. Kebanyakan kawan-kawan mama takde morning sickness langsung. Biasanya yang takde alahan langsung tu dapat baby boy. Betul ke eh kalo takde alahan dapat baby boy? Mama pun tak dapat nak pastikan coz arwah kakak mama dulu pun takde morning sickness tapi dapat dua-dua gegurl.


Memang trismeter pertama ni agak tak besh sket *bagi mama la*. Sumenya serba tak selesa. Tapi kalau nak dibandingkan masa preggy kan Aleesya dulu, lagi teruk morning sicknessnya. Memang bau makanan termasuk bau nasik baru masak tu memang tak bole langsung. Nak terkeluar *memang terkeluar pun* sume isi perut mama. Masa preggykan Aleesya lebih kurang 3 bulan lebih jugaklah mama muntah-muntah teruk. Memang melepek je kat rumah tak bole buat keje aper. Sian ayah Aleesya kena masak sendiri bila dia nak makan.


Masa minggu ke-5 mama preggy kali ni ada bleeding sekitar 4 hari camtu. Bila pegi scan doktor kata kantung baby takde pecah atau defect pape pun. Tapi memang kalau ada bleeding tu tanda-tanda keguguran. Doktor kata ada juga sesetengah ibu mengandung yang memang bleeding masa awal-awal mengandung tapi baby takde pape. Mungkin bleeding tu sebab mama lasak sangat bawa Aleesya jalan-jalan siap main basketball kat tempat game dengan Aleesya aritu. Sekarang ni mama memang dah tak dukung Aleesya lagi, ayah yang antar Aleesya pegi umah BS setiap pagi.


Masa tu down la mama sekejap. Ayah kata kalau dah tersurat redha aje la. Doktor ada bagi ubat kuatkan rahim. Mama makan dalam tempoh 5 hari. Lepas 4 hari tu dah stop bleeding. Memang mama berehat je sepanjang 4 hari tu. Pegi keje pun duduk je kat tempat sendiri dan tak lasak-lasak lagi. Lepas hari ke 5 tu dah ok. Mama start makan macam biasa je. Muntah sket2 je kalau mama makan lambat perut masuk angin. Kalau mama makan on time ok je takde alahan muntah cuma pening-pening dan cepat mengantuk je.


Dibandingkan dengan yang 1st preggy kali ni ok sket. Cuma yang buat risau bleeding aritu je. Harap-harap baby tak pape. Mama tak kesah boy ke girl asalkan dia sihat dan selamat. Semoga Allah lindungi dia selalu.





Tima kasih Aleesya sebab tolong jaga mama masa mama morning sickness
Tolong urut belakang mama bila mama muntah-muntah
Ambikkan bantal mama, picit kepala mama, suapkan mama makan
Mama sayang Aleesya sangat-sangat
Anak dara mama yang rajin
Dah ada talent nak jadi kakak
^__^



Photobucket

Friday, February 17, 2012

Love Story let's make it history

February 17, 2012 2 Comments
Ditujukan khas buat suami tersayang. Love story kita yang paling terindah, semoga menjadi sejarah buat anak-anak kita.



Picture credited to Google


Love Story (Melly Goeslow feat Irwansyah)

Bila cinta
mendatangi semua harapan
jalan terjal dan mematikan, pasti ku tempuh juga
bila cinta seribu tahun akan ku tunggu
walau tubuh tertimbun bukit, tanganku menggapaimu

Love story let's make it history
sejarah kisah cinta kita menguasai bumi
mengalahkan semua yang paling terindah

Love story let's make it history
biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
namun cinta kita tetap akan utuh
love story

Bila cinta (bila cinta) seribu tahun akan ku tunggu
walau tubuh tertimbun bukit
tanganku menggapaimu (menggapaimu)

Love story let's make it history (cinta)
sejarah kisah cinta kita menguasai bumi
mengalahkan semua yang paling terindah

Love story let's make it history
biarpun seribu bencana, meremukkan tubuh kita
namun cinta kita tetap akan utuh

Meremukkan tubuh kita namun cinta kita tetap akan utuh
love story, love story, love story



Adakah susu ibu boleh tercemar?

February 17, 2012 5 Comments
Picture credited to Google


Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima. Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.

Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama.


Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu. Ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.


Payudara adalah steril
Payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setiap kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara. So askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.

Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut.


Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju. Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.


Susu ibu pelbagai rasa
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian, kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai. Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.


Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.


Kredit: Wanita Hari Ini

Thursday, February 16, 2012

Amalan Ketika Anak Sedang Tidur

February 16, 2012 5 Comments
Picture credited to Google


Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. Seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.


Kredit: FB Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung