Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Monday, November 1, 2010

Facebook

November 01, 2010 3 Comments
AMARAN: Entri ini hanyalah untuk pengetahuan kita sesama Islam. Ianya tidak bermaksud ditujukan kepada mana-mana pihak sama ada masih hidup atau pun telah meninggal dunia. Harap maklum.







Terdapat beberapa cara penggunaan facebook yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup disenaraikan enam perkara, iaitu :-


1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komen pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebagainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.


Kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.


Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan.


Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.


Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.


Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.


2)  Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi  kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri).  Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.


Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.


Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komen gambarnya, tanpa rasa bersalah.


Si  lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam.


3)  Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah terdapat di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.


Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.


4)  Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.


5)  Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.


Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya


Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a-      Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.


b-      Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.


c-      Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar...anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.


6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.


Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent‘, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.


KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.


Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga.


Sekian


Futnot: Entri ini dipetik dari belog lain...bukan tulisan asal ku hehe...jgn marah aaa ;)

Friday, October 22, 2010

Muzium Putus Cinta

October 22, 2010 0 Comments
Semalam lepas balik dari pasar malam dan selesai beli char kuew teow peberet ku dan Asben...murtabak ayam kesukaan Aleesya ku dengar 1 tajuk menarik kat radio berbahasa Melayu juge...Tajuknya...'Kalaulah ada Muzium Putus Cinta kat Malaysia ni, apa yang bakal anda letak dalam muzium tu?'.




Wahhh!!! Tajuknye memang menarek tertarek untuk ku dengar...ape lagi kuatkan radio la...Ada pemanggil tu jawab, die nak letak surat cinta ex-gf die sebab sekarang ni mana ader surat2 dah...seme pakai fb, email, belog jek. Lagi sorang yang buat aku tergelak, die kata nak letak kepala ex-bf die kat muzium tu...kihkihkih...nnt jadi Mona Fendi pulak kalo betul nak letak. Lelain tu yang sempat ku dengar ada yang nak letak hati yang terbelah dua, kain pelikat (xtau pe motif die letak kain pelikat tu).




Kalaulah betul ada...ape pulak ku nak letak ea? Haaa...scroll bawah lagi...kita cerita merepek sket pagi2 Jumaat ni yea ;)

.

.

.

Ku nak letakkan di Muzium Putus Cinta tu seperti senarai di bawah :-

1) Surat cinta (ada tu sampai 10 helai sekali die tulis - siap pakai pensel...ehehe masa ni budak sekolah)

2) Plastik gula-gula (disebabkan suke sangat kat dia *masa tu, tapi bukan sekarang*, sampaikan plastik gula-gula yang die bagi pun ku simpan hehe)

3) Sebuah nukilan ala-ala novel...tajuknye 'Aku Masih Perlukanmu' (masih simpan sampai sekarang, ku rasa kalo Asben terjumpe dan die baca...sure die gelak guling-guling dari tingkat 4 rumah ke bawah -  dalam hati cakap...jiwang karatnye wifey aku ni) ehehe memang jiwang pun, nak wat camne kan...memang suke jiwang...kuikuikui *sila muntah darah*

Itu je lah senarainye...xdela byk sgt kan? hehe...Kalo muzium tu ada...Pape pun tu seme kesah lama kan...tp kita xkan jadi lebih baik kalo xde masa lalu yang mengajar kita erti ketabahan, kesabaran dan menjadikan kita lebih matang.




Jom kekawan, ankel, anti, silent reader kita tengok gambar Aleesya pulak. Gambar2 ni memang xpenah publish @ tempek di FB lagi...banyak sangat gambarnye pilih yang terbaek saje...masih dalam simpanan tapi bukanlah gambar terbaru...




hi there
*terbeliak mata tu kalo tgk kamera







masa ni kat kampung...Aleesya dah nak demam dah masa ni
Balik KL je trus demam masuk wad...
kene amek darah sampai fobia kat orang pakai baju putih (doktor/nurse)
Mama pun nangis sama tengok Aleesya masa tu...kene masuk air...
tido pun xnak, nak tido mama peluk je









ni bukan pegi jejalan ke Korea ke ape yek...hehe lom sampai lagi tgk kat TV je salu
masa preggy suke sangat tgk drama Winter Sonata...
nak anak rupe cam Korean la tu...ala-ala U-Jin gitu...mak2 cakap leh kenan
Tapi xjadi pun mata sepet...jadi mata besau ader la...hehe...syukur...suke gaks









ni gambar pertama Aleesya boleh duduk *tapi senget sket
mama nampak je terus zassss pg amek kamera









mama...mama same x mulut Aleesya dengan bear ni?
same kan? same kan mama?





Oklah berjumpa di next entry...



Futnot: kalo anda nak baca lebih lanjut tentang Muzium  Putus Cinta tu, sila klik ini



Thursday, October 21, 2010

Berubah Hati???

October 21, 2010 0 Comments
KUANTAN 20 Okt. – Misteri kehilangan seorang bakal pengantin Rozaliya Mat Lazim, 20, yang dilaporkan hilang lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui di Bukit Bintang, Kuala Lumpur hari ini.


Rozaliya dipercayai melarikan diri secara sukarela dan telah bekerja selama dua hari di sebuah kedai serbaneka sebelum penyelianya menyedari bahawa pekerjanya itu adalah gadis yang telah dilaporkan hilang dari rumahnya di Kemaman, Terengganu.


Ditanya sama ada akan meneruskan perkahwinan anaknya dengan Mohd. Hilmi, dia berkata, keputusan itu diserahkan kepada anaknya.


“Kalau dia tidak mahu lagi mengadakan perkahwinan ini, kita akan putuskan pertunangan tersebut. Memang sebelum ini, dia ada berkata yang perangai tunangnya itu agak berubah sejak akhir-akhir ini.


“Dia juga kata sudah tawar hati terhadap tunangnya, namun kami hanya mendiamkan diri kerana sayangkan pertunangan tersebut yang sudah berusia setahun. Selepas ini, kami akan mengikut kemahuannya agar kejadian sebegini tidak berulang,” katanya.



Berita di atas adalah dirujuk dari akhbar Utusan Malaysia hari ini. Harini kita cerita sket pasal tajuk yang agak serius pula la ye...asyik cite pasal aktiviti harian je boring jugak kan? Berbalik kepada berubah hati ni, perkara ni memang boleh terjadi kepada semua golongan pun...tak kira tua, muda, bujang dan berkahwin.

Entri ini bukan ditujukan kepada sesiapa tapi sekadar memberi pendapat tentang perkara yang berlaku sekeliling kita sahaja...*psssttt...lagipun ini belog saye, ape2 pun saya boleh tulis kan?*. Sebut pasal hati, tidak dinafikan ianya sesuatu yang agak pelik, misteri...dan seangkatan dengannya...

Sebenarnya semua yang berlaku di atas bukan salah sesiapa...Bukan salah lelaki mahupun perempuan itu. Sebagai manusia biasa yang percaya kepada Qada' dan Qadar serta hukum alam...kita harus tahu bahawa TAKDIR datang dulu baru SEBAB...tidak ada seorang pun di dunia ini inginkan perpisahan, sekiranya dia bahagia.

Berbalik kepada 'berubah hati'...ye tidak dinafikan...sekali air bah sekali pasir berubah...Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, begitu juga CINTA...kalau takut putus cinta...JANGAN BERCINTA. Perkara melibatkan soal hati dan perasaan ini cukup rumit...hari ini ku cinta kamu, tapi esok dan akan datang belum tahu lagi...Hari ini aku sayang kamu, tapi jika tidak dijaga sayang pun melayang...Tepuk dada tanya selera.

Kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, yakinlah CINTA ALLAH juga yang kekal abadi...kerana satu hari nanti juga kita, suami kita, anak-anak kita, keluarga kita juga akan kembali kepada-Nya. Putus cinta tiada apa sangat bagi ku...tapi kehilangan kakak, abah, ibu mertua pada masa yang berturut-turut menjadikan hati ini tidak berfungsi seketika...mati seketika...letih seketika...Namun ku hanya perlukan MASA untuk mengubati kelukaan kerana kehilangan orang-orang tersayang itu...

.

.

.

Oklah cukuplah cite siyes-siyes...skg kita cite pasal buah hati kita pulak....layanzzzzzzz


Aleesya...Aleesya...itulah kejenya setiap kali dengar lagu OST Cinta Kirana...mesti menari2 sampai jatuh-jatuh...TV dah xboleh letak kat kabinet TV dah...die suka tengok dekat-dekat...Rosak la mata cayang oiii...
Lastly TV letak kat meja komputer, kabinet TV pulak terpaksa tutup dengan comforter...Mana taknya, ada sekali tu mata Aleesya berdarah terhiris bucu kaca kabinet tu...tak tau nak buang mana dah kabinet ni sbb maklumlah rumah kitorang kan ala-ala mini (kecik and syomell je gituu kan hehe).
Calculator x tinggal...mama dan ayah die keje pun guna calculator...anak pun feminat calculator No.1.


Okie dokie...dah banyak berceloteh...Adiossss


Futnot: kenyang sangat makan banyak pagi ni...dah lama xmakan sambal udang...itu la jadinye hikhikhiks

Thursday, October 14, 2010

Letih

October 14, 2010 0 Comments
Harini letih sesangat...mana x nye, mlm tadi Aleesya xleh tido...asyik nangis je hidung tersumbat...bagi susu xnak, masuk buai ada 10 minit nangis balik, tido bawah xnak...tido atas katil berguling2 ke tepi dinding.

Wednesday, October 13, 2010

Bila Cinta

October 13, 2010 0 Comments
Salam sume yg membaca diari ku ini...nak share lagu yang ku suke...bukan sebab ada related ke ape...cuma suka melodi dia...terutama bunyi piano

Tajuk Lirik/Lagu: Bila Cinta (Hilangnya Cintamu) OST Lagenda Budak Setan
Artis/Penyanyi: Gio

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku

(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan
Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Ku kan setia di mana tempatmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu

(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan