Hadiah dari hati
ayeesha anna
November 15, 2011
11 Comments
Sempena anniversary harini, mama beri pressie simple tapi sangat bermakna untuk sahabat, kekasih dan teman hidup mama. Ni hadiah dari hati mama untuk ayah tau. Cincin tu mama dah tempah lama, tapi baru 3 hari lepas siap. Sampai 3 kali kena resize okeh. Tiap kali lepas resize, mama kena pastikan ayah titon nyenyak untuk mama ngetest size cincin tu. Akhirnya,dapat juga merealisasikan impian mama nak bagi ayah cincin perak. Jangan marah tau ayah. Murah je hadiah mama ni. Yang penting ikhlas kan? Cincin ni mama tempah dengan anak kita Aleesya. Haritu pegi KLCC macam nak fengsan berdua tu sebab nak cari cincin ayah la. Last-last beli kat kedai kat kawasan umah kita je. Dekat bahagian luar tu mama buat engraving nama ayah, bahagian dalam pula mama tulis 'Ever thine, ever mine'. Simbolik sket hehe. Miniature tu pulak mama beli tadi, kebetulan ada jual kat mall dekat ngan opis mama. Ayah kan suka perfume tu *mama pun sama, suka bau ni*. Nak beli yang botol besar maklumla dah tengah bulan ni kan hehe,sape suh kawen tengah bulan kan :-P. Mama beli miniature tu dapat free vials. Oklah, harap ayah suke yea. Hadiah simple dimple dari mama. Nak ucapan jiwang-jiwang, tepat pukul 12 malam tadi kan ayah dah baca kat belog. Hopefully, our familia sentiasa berada di bawah lindungan Allah dan diberkati. Oh lupa pulak, hadiah tambahan yang tiap-tiap tahun akan ada, dah tentu-tentu puteri kita, Syahirah Aleesya. Happy anniversary sayang.
Published with Blogger-droid v2.0.1



