Monday, January 20, 2025

Survey Pakej Haji Swasta & Premium Dari MKM

January 20, 2025 0 Comments

Baru-baru ni i saja-saja la survey pakej haji di website. Manalah tau kan ada rezeki nanti boleh ke sana dan bawa family sekali (baca sambil tadah tangan, moga Allah makbulkan doa ni amin yra). Banyak jugak website yang i search tapi berkenan pakej haji dari website MKM. Pakej Haji Swasta di MKM ni agak menarik sebab pakej-pakej Haji yang ditawarkan merupakan Pakej Haji Premium. Kena cari betul-betul pakej haji ni sebab memudahkan kita bila di sana nanti, maklumlah baru pertama kali ke sana, banyak lagi yang kita tak mahir dengan kawasan sana.

Lagi satu kita kena cari Pakej haji yang benar-benar bertauliah dan telus sebab banyak dah kita tengok kan yang kena scam masa nak pergi haji. Kesian sangat, duit habis tapi impian nak jejak tanah suci Mekkah tak kesampaian.




Pakej Haji 2025

Banyak jugak pilihan Pakej Haji yang menarik, antara yang I tengok Pakej Haji 2025 adalah:

  • Pakej Salam
  • Pakej Salam Plus
  • Pakej Menara Jam
  • Pakej Safa
  • Pakej Firdaus




    Pakej Salam.

Tempoh perjalanan dalam lebih kurang +- 40 hari.

Anggaran kos bermula RM54,900.00 sehingga RM66,000.00






Pakej Salam Plus bermula RM58,000.00

Perbezaannya, jarak ke Dataran Mina +/- 670m je.

Dekat sangat, memudahkan nak pergi balik melakukan ibadah.






Pakej Menara Jam.

Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m sahaja.

Pakej bermula RM75,900.00 hingga RM93,900 mengikut jenis bilik.






Pakej Safa

Tempoh perjalanan dalam +/- 20 hari.

Kos bermula dari RM115,000.00 hingga RM135,000.00






Pakej Firdaus

Tempoh perjalanan dalam +/- 18 hari.

Kos dari RM275,000.00 merangkumi hotel, penerbangan Business Class (tertakluk kepada kelulusan TH), Airport khas, Premium Lounge, Bas VIP dan Khemas VIP Mina.





Mutawif

MKM menyediakan barisan Mutawif yang bertauliah dan berpengalaman juga. Jadi akan memudahkan lagi kita menunaikan ibadat haji terutamanya bagi yang pertama kali menunaikan ibadah haji. Korang boleh refer https://haji.mkm.my/mutawif/ untuk tengok barisan Mutawif di MKM.




Pakej Haji Premium

Pakej Haji di MKM merupakan Pakej Haji Premium. Jadi kalau memang sesuai dengan budget boleh la book awal-awal pakej haji diorang sebab pakej yang disediakan premium dan dah ramai yang bagi testimoni bagus. Ianya juga tersenarai dalam https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/perkhidmatan/perkhidmatan-pengelola-jemaah-haji-pjh-0




Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi:

MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN BHD

Telefon: 03-7831 6740 / 03-7831 3740 / 019-700 0079

Emel: haji@mkm.my

Laman web: http://www.mkm.my/



Sunday, March 10, 2024

Nasi Padang dan Selero Negeri Sembilan di Klana Beach Resort Mewarnai Ramadan

March 10, 2024 2 Comments
Salam semua,


Sihat ke tu korang? Tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan dah. Pejam celik sekejap je kan?







Haritu kami berkesempatan ke Previu Bufet Ramadan di Klana Beach Resort. Kali ni Klana Beach Resort Port Dickson kembali lagi bersama Bufet Ramadan 2024 bertemakan Nasi Padang & Selero Negeri Sembilan. Di ketuai oleh Chef Sidi & team.



Nasi Padang

















Pelbagai Menu berinspirasikan Nasi Padang yang semestinya membuka selera di bulan Ramadan nanti. Setiap tahun Klana Beach Resort akan menyediakan menu berbeza yang pasti menepati citarasa di bulan Ramadan. 



Selero Negeri Sembilan












Selero Negeri Sembilan seperti Rendang Pucuk Maman, Keli Masak Lomak Ciliapi, Asam Podeh dan Gulai Urat Keting, Sambal Kering Pucuk Ubi Ikan Bilis, Daging Dendeng Batakok, Gulai Nangko Telor Sotong, Gulai Perut Padang dan bermacam lagi menu yang membangkit selera.



Kibas Golek dan Sup Kibas






Sajian istimewa dilengkapi dengan Kibas Golek dan Sup Kibas, yang sentiasa menjadi buruan dan mendapat permintaan yang tinggi dari para tetamu yang hadir di Bufet Ramadan Klana Beach Resort. 



Minuman








Hilangkan dahaga dengan pilihan aneka minuman termasuk Air Jus Kurma, Air Soya, Air Tebu dan Air Markisa. 



Lima putaran Menu


Menu-menu sajian tahun ini dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H. 

RAMADAN - 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28
NASI PUTIH
AYAM PENCEN MASAK GULAI, DAGING DENDENG BATAKOK 
IKAN PATIN ASAM PODEH, TELOR DADAR 
PUCUK UBI MASAK LEMAK PUTIH

RAMADAN – 4 / 9 / 14 / 19 / 24
NASI PUTIH
KALIO AYAM KAMPONG, PARU BERLADO 
GULAI IKAN TONGKOL, SAMBAL TAUHU PETAI 
KOBIS TUMIS IKAN BILIS 

RAMADAN – 5 / 10 / 15 / 20 / 25
NASI PUTIH
MASAK LOMAK AYAM PADANG, GULAI DAGING
SAMBAL IKAN GORENG, TEMPE KICAP
GULAI NANGKA TELOR SOTONG

RAMADAN – 6 / 11 / 16 / 21 / 26
NASI PUTIH
AYAM MASAK LOMAK CILI PADI, RENDANG DAGING
GULAI URAT KETING KIKIL, TELOR GULAI PADANG
TERUNG CABAI RAWIT

RAMADAN – 7 / 12 / 17 / 22 / 27
NASI PUTIH
AYAM LADO HIJAU, GULAI PEROT PADANG
TENGGIRI MASAK LEMAK KENCUR, CABAI JERING IKAN BILIS
GULAI PUTIH PADANG




GERAI-GERAI DI BUFET RAMADAN KLANA PD “NASI PADANG 2024”


Okay jom kita tengok gerai apa yang ada di Bufet Ramadan nanti.







ULAM-ULAMAN
Ulam-Ulaman, Kacang Botol, Daun Selom, Kacang Panjang,
Terung Pipit, Timun, Tomato, Terung,
Sambal Gesek, Pecal, Sambal Belacan, Cencaluk, Budu,
Ikan Masin, Jeruk, Keropok








GERAI 1
MURTABAK
(Ayam & Daging)









GERAI 2
KIBAS GOLEK
Air Asam, Cili Kicap, Mint Sauce, Black Pepper Sauce, Rosemary Sauce








GERAI 3
SUP KIBAS





GERAI 4
GORENG-GORENG
(Mee / Mee-hoon / Kueteow)





GERAI 5
TIGA JENIS CUCUR






GERAI 6
ANEKA AIS KRIM







GERAI 7
SATAY PADANG






GERAI 8
SOTO MAKASSAR










GERAI 9
APAM BALIK KRISPI



Kids Corner





KIDS CORNER
NAPOLITANA PASTA @ 
BOLOGNESE MEATBALL PASTA @ 
CARBONARA CHICKEN MEATBALL PASTA @ 
CHINESE FRIED RICE WITH CHICKEN NUGGET 




Manisan





















MANISAN
2 JENIS KUEH MELAYU, 2 JENIS AGAR-AGAR, 2 JENIS PUDING, 2 JENIS KEK
2 JENIS KURMA, 2 JENIS KISMIS
BUAH-BUAHAN
ANEKA JENIS BUBUR, BUBUR LAMBOK




Solat Terawih Berjemaah


Selain daripada berbuka puasa, Klana Beach Resort turut mengadakan Solat Terawih berjemaah yang dipimpin oleh Iman jemputan sekitar Port Dickson bagi tujuan ibadah pengunjung.






Dengan harga RM69.00 untuk dewasa dan RM30.00 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kelainan upaya. Jangan lepaskan peluang merebut tawaran potongan harga istimewa (early-bird) serendah RM60.00 sahaja untuk dewasa sebelum 1 Ramadan ni.



Menjamu Selera Sambil Beramal

Disamping menjamu selera di Bufet Ramadan, korang secara langsung telah menyumbang RM1 bagi setiap pembelian voucer dimana ianya akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham akhirat korang.




Pakej Penginapan dan Bufet Ramadan


Staycation di Klana beach resort pd dengan family haritu memang best.  Merehatkan minda tengok view laut dari bilik. Facilities semua tiptop. Paling best, kat sini disediakan kelengkapan solat seperti telekung, kain pelikat dan sejadah. Bersih dan wangi lagi 👍🫰


Kalau nak menginap bulan Ramadan nanti, ada PAKEJ RAMADAN tau. Pakej termasuk: 

✔️ Bilik penginapan 2 hari 1 malam
✔️ Bufet Ramadan
✔️ Sarapan pagi atau set sahur 
(Menu sahur sama dengan menu sarapan)



























Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Klana Beach Resort Port Dickson di talian 06-6487888 / sales@klanabeachresortpd.com.my