Sunday, October 14, 2018

Susu Fernleaf UHT Mmmmm 100% Sedap

October 14, 2018 3 Comments
 Koranggg...dah kenapa sana sini FB, IG, Blog asyik keluar gambar moo moo ni? 


Haa...maih sini mama nak habaq. Bukan saja-saja tau, sana sini gambar moo moo Fernleaf ni muncul. Susu ni memang dari zaman mama budak-budak lagi dah glamour vogi da vas dah. Memang dah dikenali ramai pun sebab sedap, lemak berkrim disukai ramai lagi berkhasiat. 


Susu Fernleaf


Rupa-rupanya mama baru tau yang tak semua lembu tenusu diberi makan rumput. Tapi lembu tenusu di New Zealand diberi kebebasan meragut rumput di padang rumput yang menghijau lagi subur. Lembu pun tak stress dan boleh makan rumput secara bebas di siang hari dan vitamin D memang dapat diperolehi lebih pada waktu tersebut. Makanya, lembu-lembu New Zealand ni dapat produce susu yang mengandungi tahap vitamin D yang tinggi berbanding lembu tenusu lain yang terkurung dalam kandang tu. Selain vitamin D, susu yang dihasilkan juga mengandungi lebih banyak nutrien penting lain seperti protien dan vitamin A.

Susu Fernleaf dihasilkan oleh lembu tenusu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang penggalak susu. Mana tidaknya, susu Fernleaf ini dihasilkan oleh lembu tenusu yang makan rumput berkualiti tinggi, di iklim selesa, udara dan air pun bersih. 


New Zealand Pakar Tenusu 

New Zealand telah pun menjadi peneraju dunia dalam industri tenusu sejak zaman berzaman kerana kepakaran mereka. Mereka mempunyai 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu dan mempunyai peladang tenusu yang berdedikasi. Peladang tenusu ini akan memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula dari air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sampailah produk susu Fernleaf ini diedarkan kepada pengguna.


Fernleaf UHT Mmmmm 100% sedap

Fernleaf UHT terdiri dari 3 perisa: full cream, low fat dan juga coklat. Ianya didatangkan dengan saiz 1 liter dan 200ml memudahkan kita ketika on-the-go.

Apa kata kita tanya pakar peminum susu di rumah ini yang memang tak sabar-sabar nak menikmati rasa susu UHT dari Fernleaf ini.


Aleesya: "Susu ni sedap mama, rasa macam susu coklat jenama m***. Lepas ni mama beli susu ni jelah. Aleesya sukaa"


Rizqi: "Sedapppp Mmmmm"


Aqma: "Sedap sangat, nanti beli lagi"



Nafis: "Nafis nak minum dengan straw ni, mesti besttt" 
*tak sampai 5 minit sedut susu Fernleaf dah habis*




Kesimpulannya, susu Fernleaf bukan sahaja susu UHT yang berkhasiat malah Mmmmm 100% sedapppp. Anak-anak minum susu dengan gembira tanpa di paksa-paksa lagi. Sesuai juga untuk seisi keluarga.


Monday, October 8, 2018

Customised hadiah farewell dengan A2 Online Gift Shop

October 08, 2018 18 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Mungkin hari ini Allah pinjamkan kita sahabat atau kawan yang baik, tetapi setahun kemudian dia terpaksa meninggalkan kita dengan alasan yang tersendiri. Samada bertukar tempat kerja, sambung study, mendirikan rumahtangga dan lain-lain komitmen. Tapi...untuk menghargai dan menyatakan bahawa mereka ini sangat bererti dan pernah menjadi sahabat terpenting dalam hidup kita, kita mungkin ingin menghadiahkan sesuatu buat kenangan kepada mereka. Bukan bermakna selepas ini kita tidak bertemu mereka lagi, tetapi sebagai tanda bahawa kita sayangkan persahabatan yang pernah terjalin, susah senang bekerjasama semasa berada di bawah satu bumbung.

Masa kita banyak dihabiskan di depan PC dan pergerakan agak terbatas sekiranya nak cari sendiri Customized Gift Shop di luar. Jadi harini, saya nak share satu online shop yang agak menarik juga hadiah-hadiah rekaan mereka ni. Online gift shop malaysia ni memang best, korang boleh customised sendiri hadiah yang korang nak, mengikut citarasa masing-masing.

Printcious - Your Precious Gift


Malaysia gift shop  ni ada macam-macam jenis customized gift. Confused juga nak pilih sebab dalam website Printcious ni ada macam-macam design. Ada customized T-shirt, mug, kusyen, kanvas, puzzles, jubin seramik, pad tetikus dan beg. Rekaan hadiah pun dah di asingkan mengikut kategori untuk perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Jadi korang takde la pening nak tentukan hadiah tu sesuai untuk lelaki ke perempuan. Memang semua design cantik dan unik. Kalau takde idea nak bagi hadiah untuk farewell kawan-kawan korang, klik je Printcious ni, confirmed SETTLE!

Variasi customised gifts

Cadangan Hadiah Farewell


Saya terfikir nak berikan dia mug sebagai hadiah farewell. At least, bila dia pindah office baru nanti bila minum coffee guna mug tu mesti teringat kat saya.
Design ni boleh letak nama

Kalau letak gambar macam design ni pun unik juga


Cadangan kedua customised kusyen, sesuai untuk kegunaan di office juga. Boleh buat nap sekejap waktu lunch hour tak pun sebagai support kat belakang kerusi.


Design ni simple dan sesuai letak kat office tak nampak crowded sangat



Saya memang suka sangat dengan tagline Printcious ni: "Precious Gifts From Your Heart". Macam sesuai sangat dengan hadiah-hadiah rekaan dalam website mereka.


How to Customised?


Pilih design mana yang korang nak




Pilih warna yang korang suka




Reka ucapan yang korang nak tulis kat kusyen tu




Tekan selesai. SIAP!!!




Simple je kan cara order customised gift kat sini? Penghantaran pun cepat dan korang akan dapat hadiah rekaan korang tu sama seperti dalam gambar tu. So, apa korang tunggu lagi?



Notes:
“If you are looking for best mug printing in malaysia, don’t forget to contact them.
Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, 
malaysia photo booth rental is your best entertainment.
Don’t miss to click here too Button Badges MalaysiaBulk Order Color MugBulk Order Magic MugBulk Order LanyardBulk Order Mousepad
We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here Sponsorship for Event
Printcious is also available in SingaporeAustraliaHong KongCanadaPhilippines & Taiwan

Monday, September 24, 2018

Malaysian Village Themed Petting Zoo - Farm In The City best ke tak?

September 24, 2018 8 Comments

Amaran!
 Entri ini mengandungi unsur-unsur kecomelan yang melampau.
Sila jangan senyum sorang-sorang kalau anda baca entri ni depan isteri ;)

.
.
.

Baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari sekali lagi mengadakan Family Day 2018. Kebetulan mama memang dah takde aktiviti dah time tu. Cuti 10 hari straight termasuk public holiday mau tak heaven :). Settle balik kampung, bawa mak check up kat HUKM, makanya...tinggal berbaki sehari dua boleh la bawa anak-anak ke Farm In The City.

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari

Kami sampai awal juga dalam 8.45 pagi melalui MEX highway. Berkumpul kat situ pukul 9.00 pagi. Sempat berbual, bergambar sambil tunggu Farm In The City buka pukul 9.30 pagi. Bukan senang tau nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Maklumlah masing-masing ada komitmen sendiri. Kali ni lebih kurang 30 family dari Kelab Blogger Ben Ashaari turut serta dalam Family Day KBBA9 ni. 

Muka happy dapat berkumpul ramai-ramai

Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan B. Kumpulan A bergerak masuk dulu, diberi penerangan oleh staf Farm In The City yang ceria lagi peramah.
Kumpulan A

Malaysian Village - Themed Petting Zoo

Kebiasaannya, kanak-kanak belajar dari pemerhatian mereka. Lebih mudah mereka faham sesuatu kalau dapat melihat sendiri haiwan-haiwan secara live. Farm In The City ini memang sesuai untuk mendekatkan anak-anak kita kepada haiwan dan alam semulajadi. Bukan sahaja haiwan-haiwan di sini jinak, malah kawasan persekitaran yang bertemakan kampung amat mendamaikan mata yang melihat.

Anak-anak zaman sekarang memang tak dapat merasai pengalaman mak ayah mereka sewaktu zaman kanak-kanak. Mendengar kokokan ayam di waktu pagi, bagi makan itik dan burung, menghalau kambing masuk ke reban *priceless moment*. Di Farm In The City anak-anak akan merasai pengalaman baru yang menggembirakan dengan pelbagai jenis spesis haiwan. Kebanyakan haiwan-haiwan di sini tidak dikurung jadi anak-anak dapat bermain dan memberi haiwan makan secara dekat.

Jom kita layan gambar pulak.

Harga Promosi Family Package 2 dewasa + 2 kanak-kanak

Kanak-kanak bawah 90cm percuma je masuk sini

Tempat wajib bergambar kalau datang sini

Mmbek Mmbek House ni ada macam-macam jenis kambing

Belakang entrance ni jalan menuju ke Ticket Counter

Roccoon yang comel, suka 'Give Me Five' nak minta makanan.

 
Beratur *pony ride*

Pony ride ni memang best sangat, seround je tau. Kalau nak lagi seround kena bayar RM7 lagi

Nafis berkenan sangat dengan kura-kura ni, macam nak bawa balik rumah

Savannah: Kandang ni ada rusa, kambing, kambing biri-biri dan kura-kura

Tengah snap gambar Nafis, mbekk ni muncul. 
Nak jugekk :)

Muka ada senyum :)

Goreng pon sodap ni

Longkang Fishing: Sini tempat paling budak-budak suka, boleh tangkap ikan sendiri.
Nafis muka stress tak dapat ikan, Rizqi pulak sampai seluar basah termasuk dalam longkang tu

Ikan-ikan kat sini banyak giler tunggu Aleesya bagi makan

Rizqi dengan Geng Kembar Tiga asyik sangat tengok kura-kura

Burung hantu ni duduk je bertenggek kat situ tak peduli orang pun

Errrr...memang tak la nak pegang ular tu, macamana ntah budak-budak ni berani

Alpaca *merupakan spesis unta berbulu lembut yang pertama di Malaysia*
Dia keluar sekejap je dalam beberapa minit lepas tu kena masuk kandang balik

Kalau datang sini korang jangan lupa tengok Parrot Show ni. 
Memang bijak siap boleh naikkan bendera, bersiul, terbaring heee cute betul

We will come back again Farm In The City

Ikutkan banyak lagi haiwan-haiwan kat sini yang tak sempat ambil gambar, maklumlah bawak 3 budak-budak lasak ni. Diorang happy sangat datang sini, sampai tak heran dah mak ayah diorang tertinggal kat belakang.

Personal Review

Berbaloi bawa keluarga datang ke Farm In The City ni. Selain tempat yang luas, haiwan-haiwan yang jinak, cergas dan mesra alam, suasana kampung menggamit ketenangan pengunjung. Kemudahan seperti surau, toilet, kedai cenderamata, tempat makan, sinki untuk cuci tangan di setiap stesen haiwan pun disediakan. Di setiap kandang haiwan ada diberi makanan haiwan setiap seorang. Tapi kalau nak banyak, boleh je beli di pintu masuk atau di vending machine. 

Kalau tak sempat sarapan sebelum datang, boleh je makan kat dalam Farm In The City ni. Ada makanan, minuman dan aiskrim dijual dalam ni. Selain boleh beri makan haiwan-haiwan kat sini, ada juga aktiviti macam pony ride untuk anak-anak naik. Anak-anak enjoy, mak dan ayah pun sama :). Memang BEST!


Info:

Operating Hours:
Weekdays10:00am-6:00pm
Weekend09:30am-6:00pm


Tutup setiap Selasa, kecuali Cuti Umum dan cuti sekolah

Website:
https://www.farminthecity.my

Customer Service Hotline:
+603-89412099

Address: 
Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. 43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia


Saturday, July 21, 2018

Hasilkan Jenama Produk Makanan Kesihatan Sendiri Dengan ZY Phyto

July 21, 2018 0 Comments
Salam semua...

Nak tanya ni...Korang ada terfikir tak nak hasilkan produk jenama sendiri? Kalau berminat produk apa yang korang nak keluarkan? Produk kesihatan atau kecantikan? Seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai jenama produk di pasaran sekarang, hingga kita sendiri keliru untuk memilih yang mana bersesuaian. Kita dilambakkan dengan pelbagai jenama, iklan dan testimoni produk yang hadir seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi persoalannya, bagaimana jika kita sendiri yang ingin menghasilkan produk tersebut? Adakah pengetahuan kita dalam bidang penghasilan produk kesihatan tersebut meluas?

Bukan mudah untuk menghasilkan produk jenama sendiri. Kajian terperinci, risiko, modal dan banyak perkara lagi yang harus di ambil kira sebelum kita memulakan pengeluaran produk tersebut. Tambahan pula sekiranya kita langsung tidak berpengetahuan mengenai bahan untuk produk yang ingin dihasilkan, takut-takut akan mendatangkan masalah di kemudian hari bukan sahaja kepada pengguna malahan kepada pengeluar produk itu sendiri. Jika produk tersebut adalah makanan kesihatan, kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah perlu bagi memastikan produk tersebut adalah selamat untuk digunakan dan tidak merbahayakan kesihatan pengguna. Apa akan terjadi sekiranya produk tersebut memudaratkan penggunanya? Pengeluar atau 'founder' boleh dikenakan tindakan undang-undang dan bakal mengalami kerugian yang teruk. Malahan perniagaannya juga akan 'bungkus'!

Sekiranya kita masih kurang arif dalam bab pengeluaran produk kesihatan tetapi masih ingin mencuba mengeluarkan produk kesihatan sendiri, adalah lebih baik jika kita menyerahkan urusan ini kepada pihak ketiga yang sememangnya pakar dalam bidang ini. Bagaimana caranya?

Baiklah, mari saya terangkan serba sedikit bagaimana caranya menghasilkan produk kesihatan jenama sendiri. Sebelum itu, saya perkenalkan juga syarikat yang akan memberikan perkhidmatan tersebut bagi memudahkan anda menghasilkan produk jenama anda sendiri sebagaimana yang diimpikan selama ini.


ZY Phyto Holdings Sdn Bhd

ZY Phyto Holdings Sdn Bhd yang merupakan Syarikat 100% Bumitputera yang mengeluarkan produk kecantikan dan juga kesihatan. ZY Phyto Holdings merupakan pusat sehenti yang memberikan khidmat nasihat dan servis bagi menghasilkan produk jenama sendiri yang merangkumi perkhidmatan rekabentuk (design), perkhidmatan makmal, pembungkusan produk, pendaftaran produk, pembangunan produk, percetakan, logistik dan latihan serta perundingan.

Pakej lengkap untuk merialisasikan impian korang ada di sini. Korang hanya perlukan modal dan buah fikiran tentang bagaimana produk yang korang inginkan itu. Penipuan dan penyelewengan tidak akan berlaku kerana mereka melalukan secara terus ke kilang tanpa menggunakan orang tengah. Korang sendiri boleh pilih bahan yang ingin digunakan dalam produk korang di mana harga pengilangan ditentukan mengikut pakej tertentu.

ZY Manufacturing

ZY Manufacturing merupakan anak syarikat ZY Phyto Holdings Sdn Bhd. Sekiranya korang berhasrat untuk mengeluarkan produk makanan kesihatan jenama sendiri, ZY Manufacturing merupakan pengilang yang boleh dipercayai dan kebolehan mereka ini telah tersebar di media cetak dan elektronik. ZY Phyto merupakan nama yang terkenal dipanggil King of OEM. OEM mempunyai semua yang diperlukan dalam pengeluaran produk iaitu KKM, R&D, rekabentuk dan pembungkusan.

Bagaimana Untuk Mengeluarkan Produk Makanan Kesihatan Jenama Sendiri?

ZY Phyto menyediakan dua pilihan untuk individu yang berminat untuk mengeluarkan produk makanan kesihatan mereka sendiri. Ianya terdiri dari Pakej Chomey dan raw material. Barang yang dibeli merupakan sedia ada dan boleh dicampur sehingga berjumlah RM3,000. Jenama yang diingini akan dicetak ke atas pembungkusan produk yang telah dipilih tersebut. Korang juga tak perlu risau kerana produk yang dikeluarkan dan dikilangkan oleh ZY Phyto mempunyai sijil halal dan boleh digunakan tanpa was-was.


Pakej Chomey

Pakej Chomey merupakan pakej yang diilhamkan oleh Puan Sharifah Ameelia Akma yang merupakan Pengarah Eksekutif ZY Phyto Holding Sdn Bhd pada tahun 2017. Pakej yang dihasilkan ini bertujuan untuk membantu individu yang berminat atau mengimpikan untuk menceburi bidang perniagaan sektor kecantikan dan kesihatan walaupun mempunyai kekangan modal yang minimum untuk menghasilkan produk jenama sendiri.


Pakej Chomey ini telah dikendalikan oleh anak syarikat ZY Phyto Holding; ZY Herbal Science Sdn Bhd selama 2 tahun sebelum ini dan ianya mendapat sambutan yang memberangsangkan dari para pelanggan. Pihak ZY Phyto menawarkan pakej ini serendah RM3,000 dan ternyata ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang kesihatan dan kecantikan ini. 

Antara produk yang ditawarkan oleh ZY Phyto Holding adalah produk makanan kesihatan yang terdiri daripada jus, serbuk dan teh uncang. Bahan-bahan bagi penghasilan produk ini kebanyakannya diimport dari luar negara untuk memastikan produk yang dihasilkan eksklusif, unik dan tidak mudah ditiru. Kebanyakan pelanggan memberikan maklumbalas yang positif dan berpuas hati dengan keberkesanan produk. Berikut antara produk makanan kesihatan yang disenaraikan:

1) Jus
2) Powder
3) Tablet
4) Sachet

Berikut beberapa contoh produk makanan kesihatan yang boleh dijadikan pilihan dalam Pakej Chomey ini.


Butterfly Tea



Detox Tea



Fat Burner



Chewable Tablet



Mineral Coffee


Slimming Detox


Slimming Juice


Whitening Juice


Whitening


Woman Health


Servis

ZY Phyto Holdings Sdn Bhd juga merupakan pusat sehenti untuk proses pengeluaran produk jenama sendiri bermula dari pemilihan produk sehingga proses penghantaran produk kepada pelanggan. Antara servis yang mereka tawarkan adalah:

1) Servis Pembungkusan Produk
2) Servis Design dan Printing
3) Servis untuk dapatkan Pengkelasan/ NOT KKM
4) Kelas Bimbingan Pemasaran


Impian korang untuk mengeluarkan produk jenama sendiri pasti dapat direalisasikan tak lama lagi. Dengan adanya pakej dan servis dari A to Z dari ZY Phyto Holdings Sdn Bhd ini, korang takkan keliru, terpinga-pinga dalam membuat keputusan. Segala khidmat nasihat dan saranan dari mereka amatlah berkesan dalam merealisasikan impian korang tu.

Untuk maklumat lanjut dan lebih terperinci sila rujuk link di bawah:

Website : www.zyphyto.com

Alamat :
ZY PHYTO TECH INDUSTRIES SDN BHD
NO.55A, Jalan TIAJ 2/1, Taman Industri Alam Jaya,
42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

Monday, May 28, 2018

Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan BARU!

May 28, 2018 9 Comments

Dunia sekarang semakin mencabar, kena berusaha lebih, tetapi bagi jejaka masa itu adalah emas. Mereka perlukan produk yang memudahkan dan menjimatkan masa. Lelaki memang tidak suka produk yang merumitkan, kalau boleh mereka mahukan semua formula di dalam 1 botol. Terdapat pelbagai produk pilihan di pasaran sekarang, menambah lagi kekeliruan dan kesukaran si jejaka untuk memilih. Tapi jangan risau! Dashing kini mengeluarkan produk Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan baru. Sesuai untuk lelaki yang sentiasa sibuk dan mementingkan masa tetapi tidak melupakan penjagaan harian muka dan badan. Mandian ini memang diformulasikan khas untuk membersihkan muka dan badan sekali gus! Lebih memudahkan rutin dan urusan harian si jejaka.


Para jejaka tentu mahu mengekalkan kebersihan, kerapian supaya tampil berkeyakinan dan berbau harum. Amalan penjagaan rutin kebersihan muka dan badan kini lebih mudah. Produk terbaru dari Dashing ini memang terbaik kerana ianya dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin. Selain daripada itu, Buih Mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan ini memberikan kebersihan menyeluruh serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi. Jadi jangan risau untuk mencubanya.


Lelaki zaman moden memang mementingkan penjagaan diri. Lebih-lebih lagi faktor pekerjaan juga memerlukan mereka sentiasa kelihatan bersih dan kemas. Untuk menghadapi hari yang mencabar, membersihkan muka dan badan akan dapat memberikan kesegaran serta menghalang pengeluaran minyak berlebihan di wajah. Akibat daripada pencemaran kelembapan dan habuk, pembersihan wajah dan badan dapat dilakukan untuk menyingkirkan semua kotoran yang melekat di wajah dan badan.


Dashing kini melancarkan produk yang paling sesuai untuk menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih berkesan iaitu buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini hadir dalam pek pam bersaiz 700 gram. Ianya Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari. 


DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.



COOL- Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.


ACTIVE- Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.
Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.


HATTRICK- Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber.   


ULTIMATE KICK- Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.



Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.




Suami telah mencuba Variasi Cool buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan dan menggemari bauan segar dan bersih. Kulit muka terasa lembap, lembut, bersih dan tidak mengalami sebarang iritasi terhadap wajah. Formulasi 2 dalam 1 di dalam 1 botol memudahkan dan tidak memerlukan banyak masa untuk memastikan wajah dan badan dirapi.




Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Suami menggemari variasi Ultimate Kick ini kerana bauan lemon yang menyegarkan. Suami memang menyukai bauan segar dan bersih. Pengalaman menggunakan buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan ini menjadikan suami ingin mencuba 2 lagi variasi baru iaitu variasi Active dan Hattrick.





Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan.