Monday, February 27, 2017

Belajar kecewa itu penting

February 27, 2017 0 Comments
Kita takkan pernah tahu apa yang berlaku hari esok. Kita takkan pernah mengerti kenapa hari ini kita terpaksa lalui dengan penuh ranjau onak berduri.

Kerana...Allah tau, kita mampu. Mampu melaluinya dengan cekal. Mampu berdiri semula sesudah jatuh tersungkur.

Kita...kita insan yang dipilih bukan terpilih. Untuk menjadi yang terbaik perlu ujian, untuk dapat yang terbaik perlu menempuh rintangan. Kerana...belajar kecewa itu penting.

Selamat malam


Friday, March 22, 2013

Kerisauan seorang mama...

March 22, 2013 4 Comments
Harini takde apa yang menarik sangat pun, tapi biasalah kalau dah namanyanya hari Jumaat, tentulah sukenya berganda-ganda. Esok kan coti :)


Sempat jugak sesopeng baju dengan cekedis Aleesya tadi kat Giant. Rembat jugak jeans, top dengan belt kat reject shop. Sopeng tak abes-abes. Baju Aleesya dah penuh almari, baju Rizq sampai umo setahun tak abes pakai. Now, time to sopeng baju mama pulak, dah 3tahun tak berganti hiks.


Hmmm...lama btol tak hapdate belog ni. Kerisauan dalam hati selalu ada bagi seorang bergelar ibu ni. Fikirkan anak-anak ok ke tak. Tambah-tambah baby, takut dia menangis je teringat kat mama. Rizq...Rizq...jangan nanges2 kat rumah BS ye sayang.


Rizq baru ni kena ruam teruk kat bebird dia. Sian, penuh merah-merah sume. Harap-harap la dia tak meragam, mama dah letak ubat pagi-pagi sebelum antar ke rumah BS. Sejak kes dia kena ruam teruk tu, gigih mama pakaikan dia CD dan lampin kain biasa yang tradisional tu kat rumah. Memang terus jadi rajin membasuh. Kalau tak aritu CD kakaknya tu tersimpan elok je dalam kotak walaupun dah ready dibasuh sejak Rizq dalam womb lagi. Hmmm...Rizq nak suruh mama berjimat agaknya kan, nak pakai pampers kain je.


Aleesya pulak mama hantar ke taska harini. BS dia coti sampai seminggu sebab buat kenduri kawen anak dia. Tak tau la macamana dia harini, haritu dia kata dia dah taknak duduk taska...tapi nak wat camne, takkan mama nak bawa Aleesya datang opis pulak kan. Pagi tadi sampai-sampai kat taska tu, sunyi sepi je. Ingatkan coti ke, rupa-rupanya taska tu pindah. Dia tulis alamat kat depan pagar tu. Mama berpusing-pusing juga kat sekitar kawasan tu. Dekat 20 minit baru jumpa. Aleesya mula-mula dalam kete cakap 'tak payah mak', *alasan taknak pegi*, bila nampak ada kawan baru terus je masuk.


Harap-harap minggu ni dua-dua anak mama sihat, tak demam macam haritu lagi.

Monday, January 21, 2013

Friday, January 18, 2013

Hebatnya susu ibu

January 18, 2013 2 Comments

Tahukah anda, secara ringkas method penghasilan susu dalam badan ibu adalah darah merah yang mengalir dalam pembuluh darah akan bercampur dengan zat-zat makanan daripada usus, kemudian campuran ini diproses dalam kilang kecil berupa kelenjar-kelenjar payudara ibu. Kerana itu sehingga kini TIADA kilang di dunia ini yang mempunyai teknologi memproses darah merah dan zat makanan menjadi susu putih. Dan sampai bila-bila pun tidak akan ada jenama susu formula yang akan menghampiri kehebatan susu ibu walau separuh (50%) kejayaan pun. Sumber: FB Baby Language

White Noise memudahkan baby tidur? Apakah???

January 18, 2013 5 Comments
Ok, masalah yang sama pada baby baru lahir ni adalah masalah susah tido. Letih tau nak tidokan baby ni, dekat sejam dodoikan, nyanyi, berzikir dan dengarkan ayat suci Al-Quran, lepas 20 minit dia jaga balik. Ulang lagi perkara yang sama, last-last apa jadi? Dengan mamanya pun tido jugak, makan pun tak. Esok bangun pagi-pagi kelaparan huhu.


Semalam mama google tips nak mudahkan baby tido. Mama jumpa article tentang White Noise. Apa benda alah tu ye? Mama pun baru kali pertama dengar. Meh mama share, info dapat dari sini.


Rizq suka tido mata terbukak sket
 
 
 
Baby suka White Noise?
 
Baby kan dah habiskan masa dia dalam mummy womb  selama 9 atau 10 bulan. Sebenarnya persekitaran dalam mummy womb adalah bising bagi baby. Manakala persekitaran baby apabila keluar ke dunia merupakan satu tempat yang sunyi. Sebab tu bila baby sedang tido, dia dengar je bunyi sudu jatuh, bunyi pinggan mangkuk berlaga, bunyi tapak kaki pun dia boleh terjaga. White Noise ni merupakan bunyi "rumah" kepada baby. Bila dia dengar dia rasa tenang, seolah-olah dia masih berada dalam rahim mummy lagi.
 
 
Tahap kebisingan bagi baby (kalau tak jelas sila klik gambar)
*tak sama tau tahap pendengaran newborn baby dengan orang dewasa ye*
 
 
 
Kenapa mummy perlu gunakan White Noise untuk Baby?
 
 
Pacifier pun tak berkesan untuk Rizq, 10 minit lepas tu dia buang grrrr!
 
 
 
Semua baby perlukan White Noise untuk tido sehingga umur mereka 1 year. Lepas 1 year tu kalau dia takmo tido gak, kalo mama-mama sume pasang gak White Noise maybe kurang kot kesannya. Sebab baby pun dah besar, dah dapat adaptasi persekitaran dunia dia *dah bukan dunia baru buat dia lagi*.
 
Sekarang kan dah ada Ipad, Iphone, Android, dan segala jenis I kann...jadi tapayah dah nak beli White Noise machine ni mahal-mahal. Just install je application White Noise ni kat henpon atau ipad yu olz. Pastu pasang je, sure pastu baby tido lena. Sangat berkesan tau, semalam mama dah try dengan jayanya hehe. Berkesan atau best ke tak sila cuba kat baby masing-masing k. Lain budak lain ragamnya.
 
 
1. White Noise kurangkan tekanan kepada baby
Apa yang menyebabkan baby stress? Macam-macam sebab menyebabkan baby stress. Kadang-kadang sebab baby penat sangat, dia teringatkan mummy womb yang dia dah biasa, tak biasa dengan cahaya lampu, tak kenal dengan orang yang jaga dia especially babysitter baru dan rasa excited. Tapi baby kan tak pandai cakap, mana nak tau kan. White Noise akan block segala yang menyebabkan baby stress dan menciptakan suasana selamat bagi baby.
 
 
2. White Noise membantu baby tidur
Baby akan mudah tido dan akan tido lebih lama. Takdela kejap-kejap terbangun, 20 minit je terkejut. White Noise membantu baby menyahkan bunyi-bunyi bising dari persekitaran.
 
 
3. White Noise mengurangkan tangisan baby
Kita selalu buat shushing *ssssyhh...sssyhhh....ssyhhh...* nak bagi baby diam dari tangisan kan? Itu pun salah satu komponen White Noise. Sebab tu baby bole diam bila dengar tu. Tapi bila baby nanges, kalau mama-mama shushing pun tak guna jugak sebab baby tak dengar. Tangisan dia lagi kuat dari tu. Takkan mama nak buat camtu kuat-kuat kan, letih pulak. Jadi nak senang, guna White Noise ajelah.
 
 
4. White Noise mengurangkan risiko SIDS
White Noise mengurangkan risiko SIDS *sindrom mati mengejut* sebab baby tido dengan lena dan kurang lasak waktu tido.
 
 
5. White Noise bantu mama pun tido jugak
Sebenarnya mama pun jadi insomnia jugak sejak ada baby ni. Risaukan dia, takut dia tetiba terlangkup ke, termuntah ke, tersedak susu ke. Pastu baby kalau tido pun dia tak diam. Kejap-kejap dia bergerak-gerak, buat bunyi itu ini. Mama terjaga jugak. Dengan adanya White Noise ni senang sket mama tido, sebab bunyi tu blocking bunyi-bunyian dari baby. Uissh jangan mama tido tak ingat dunia dah la.
 
 
Subhanallah, kuasa Allah juga menciptakan manusia yang mempunyai akal fikiran yang cerdik sampai dapat hasilkan White Noise ni. Yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang tak elok itu adalah dari kita sendiri. Wallahualam.
 
 
 
Footnote: Selain White Noise mama ada install application Sleep Ambiance. Bunyi-bunyi dari hujan, petir, cengkerik, bunyi sungai mengalir, bunyi keretapi, cengkerik dll. Memang rasa nak tertido jugaklah. Patut la kalau balik kampung, pukul 9 je dah tido, bunyi cengkerik tu menenangkan dan memudahkan tido. Kat bandar ni, bunyi kete aje memanjang, so macamana nak tido?
 
 
 
Photobucket

Thursday, January 17, 2013

Ragam Aleesya bila dah ada adik

January 17, 2013 1 Comments

Fuh! Dapat rehat jap Rizq dah tido. Tapi sifu dia blom tido lagi, tengah main Lego. Semenjak Aleesya ada adik ni dia jadi lebih bertanggungjawab *ecewah bahasa buku tuuu*. Tapi kalau dah namanya kiddos mestila ada perasaan jeles jugak, walaupun kat adik sendiri. Bila mama tak layan dia je mula la touching. Tetiba je mata berair. Aleesya...Aleesya...apa-apa pun mama tetap akan lebihkan kamu jugak, sebab Aleesya kan buah hati mama dan ayah yang pertama. Aleesya tetap memberi kenangan dan pengalaman jadi parents buat kali pertama. Merasakan perasaan yang paling indah, ajaib dengan ciptaan Allah sejak kamu berada dalam rahim mama lagi. Mama akui, sejak ada adik baby mama selalu marah Aleesya bila Aleesya nakal. Mama bukan marah sebab tak sayang Aleesya, tapi kalau Aleesya buat bising nanti adik baby bangun, mama tak dapat nak layan Aleesya. Quality time kita masa adik baby tido aje la. So, Aleesya jangan cembeng-cembeng lagi k, Aleesya kan kakak.

Wednesday, January 16, 2013

Jadi momma ni kena belajar multitasking

January 16, 2013 2 Comments

Sambil hapdate belog, sambil dukung Rizq. Aleesya pulak kusyuk tak toleh kiri kanan dah bila dapat tengok Tom & Jerry kartun peberet dia. Dah bape kali mama pesan kat dia, kids bole tengok TV sehari 2 jam je. But as usual, dia buat dono je. Hmmm, bebudak camtulah memang suke hiburan. Rizq pulak dari tadi taknak tido-tido. Memang susah btol dia nak tido *nak jadi burung hantu agaknya* kuikui. Mak dia pun sama la, mata dah jadi macam Zorro dah ni. Macam-macam pesen nak tidokan dia. Memang dah lenguh dah tulang belakang mama ni, kalau tak minum susu mau osteoporosis *betul ke ejaan eh?* jadinya.

Aktiviti harini

January 16, 2013 0 Comments

Tadi pegi CIDB coz mama ada meeting. Pegi sana sampai awal pulak, mama pun melepak jap kat PWTC tu sementara nak tunggu pukul 3 petang. Dulu selalu pegi CIDB masa opis derang kat Hotel Grand Seasons tu, jadi pandai la budget masa. Ni 2nd time mama pegi CIDB sejak derang pindah kat bangunan UMNO tu. Ingat kalau sampai awal sangat nak gak pegi The Mall jap tapi mengenangkan kena panjat jejantas terus kehensel. Masuk meeting ada la 1/2 jam, menunggu yang dekat sejam. Takpe-takpe, next time keluar dari opis lambat sket.

Setia Hujung Nyawa, touchingnyaaa

January 16, 2013 1 Comments

Lepas tengok Setia Hujung Nyawa je mesti termenung jap. Cedey laa. Nape la Zain buat El camtu, takde perasaan ke apa? Tssskkk, emo jap. Tadi mama pegi kedai buku kat Carrefour, dah belek-belek tapi last-last letak balik. Nanti tak besh pulak kalau dah tau ending.