Friday, March 17, 2023

Tarbus Buffet Dinner Di Klana Beach Resort Port Dickson

March 17, 2023 0 Comments

WARNING!

SILA JANGAN GEGET PHONE SCREEN ANDA KERANA POST INI MENGANDUNGI BANYAK GAMBAR-GAMBAR MAKANAN SEDAP YANG BAKAL BUATKAN ANDA TERUS LAPAR ;)

.


.


.


Assalamualaikum semua,


Apa khabar semua, sihat ke tu? 

Macamana persiapan korang nak sambut buka sekolah ni? Dah beli ke barang-barang anak semua? Lepas BTS, nak sambut puasa...lepas tu nak raya dah. Lajunya masa bergerak kan? 



Okay, topik sebenar adalah baru-baru ni kitorang ke Klana Beach Resort Port Dickson. Perjalanan dari rumah kami di Seremban hanya dalam setengah jam je. Tak sempat nak tido dah sampai. View kat sini memang best sangat, bilik tepi laut. Boley nampak laut bila bangun tido, nyaman dan tenang sangat.



Ramadan tinggal beberapa hari je lagi ni. Ni i nak share tempat berbuka puasa menarik, harga berpatutan + view tepi laut + canopy cantik lagi gitteww. Taknak kee fefeeling angin sepoi bahasa masa buka puasa nanti :)


Cantik canopy ni, kena pulak angin laut fuhh






Tarbus Buffet Dinner Di Klana Beach Resort Port Dickson



Kali ni di Klana Beach Resort Port Dickson menghidangkan Tarbus Buffet Dinner. Lain dari yang lain tau konsep "Tarbus Buffet Dinner" kali ni. Menu seperti Lamb Khabsa Rice, Tandoori Chicken Rice, Lamb with Briyani Rice and Chicken Mandy Rice adalah antara makanan yang akan disajikan. Korang boleh try menu arabian semasa berbuka puasa nanti.




Padanan menu yang menarik




Lamb Khabsa Rice











Pelbagai Hidangan Negeri Sembilan Di Nismilan Corner



Nismilan Corner menghidangkan menu Authentic Negeri Sembilan


"Nismilan Corner" masih kekal seperti tahun2 lepas tau. Ni antara favourite tau bagi penggemar makanan podeh nismilan, haa baru best berbuka bersama family kan. 



Telur itik Cili Api Pucuk Ubi





Puyuh Goreng Berlado





Sambal ikan bilis pucuk ubi



Menu seperti Telur Itik Cili Api bersama pucuk ubi dan terung pipit, Rendang Daging bersama Daun Maman, Puyuh goreng berlado, Sambal kering ikan bilis pucuk ubi adalah antara menu harian yg terdapat di NS corner. Adoyaii cerita pun dah terliur. Memang sedap tau, i paling suka sambal ikan bilis pucuk ubi dan rendang maman.



Keli salai air asam





Nangka muda masak lemak ikan masin




Ni sebahagian je gambar yang i letak, ada banyak lagi menu Nismilan yang menarik tertarik kau memang da boom untuk korang cuba. Confirm lepas tu korang terus boleh cakap loghat Nismilan dengan fasih la bila dah makan menu podeh ni hehehe.







Menu Masakan Panas



Goreng-goreng ni antara stall yang ramai sangat peminat


Bagi menu masakan panas, tahun ini Klana Beach Resort PD menawarkan 8 putaran menu untuk memberi lebih pilihan kepada pengunjung dan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati pilihan masakan panas yang berbeza setiap kali kehadiran mereka ke “Tarbus Buffet Dinner”. 




Ni mee kari tom yam





Sedap!





Kibas Golek Menu Signature Klana Beach Resort


Kibas golek ni diperap dengan rempah dan dipanggang


Tidak dilupakan, yang sentiasa dinantikan setiap kali Ramadan menjelma adalah signature Klana Beach Resort Port Dickson iaitu Kibas Golek dan juga Sup Kibas. Ni yang paling ditunggu2 tiap kali Ramadan, confirm beratur kat section Kibas Golek ni. 



Masa ni orang belum beratur panjang lagi




Sos ada 3 jenis - mushroom, black pepper dan sos istimewa




Selain kibas golek, sup kibas pun ada




Sup kibas


Kalau korang tak pernah try lagi kibas golek, boleh ambil kesempetan try tau. Biasanya kalau pegi Buffet Ramadan kita cari kambing golek, tapi di sini lain dari yang lain ada kibas golek. Jadi sempena Tarbus Buffet Dinner korang boleh merasai keenakan serta kelazatan daging kibas. 






Menu Kanak-kanak Untuk Pembuka Selera Si Cilik 



Suka la tu ada Kids Corner


Bagi kanak-kanak, Klana Beach Resort PD turut menyediakan satu stall yang menyediakan rotation menu yang berbeza antaranya spaghetti meatball, spaghetti chicken carbonara, spaghetti aglio olio dan spaghetti seafood chowder. Tak lupa juga, stall ice cream homemade ye yang disediakan oleh chef mereka.



Spaghetti je, kuah dia lupa pulak nak ambik gambar :)
 




Selera makan, tak tengok kiri kanan dah tu




Eskem favourite kanak-kanak pun ada




Layankan adik dia makan eskem






Menu Pencuci Mulut, Kurma Dan Minuman


Ni korang boley tengok gambar-gambar bawah ni ye, macam-macam ada.


Minuman pun sedap-sedap, banyak pilihan. 
Ni separuh je, ada lagi laici kang dan lain-lain




Ni pulak aneka cucur, kurma, kismis dan manisan





Pencuci mulut berwarna warni


Korang boley tengok banyak lagi gambar dan menu menarik di link ini dan video  di link ini.






Menu Lain-Lain


Di bahagian cafe hotel pula ada dihidangkan pelbagai jenis menu juga. Antara yang menarik adalah rendang ayam, daging masak hitam, gulai lemak ikan masin dengan nanas, ulam-ulaman dan sambal belacan, kerabu dan sayur-sayuran pun ada.







Mom & Aleesya






Suka tengok deko, menarik nampak klasik sangat







Sayuran dan ulam





Kerabu mangga
 




Daging masak hitam
 




Rendang ayam
 




Gulai lemak ikan masin dengan nenas





Sambal belacan pembuka selera







Harga Buffet Ramadan 2023 


Harga Buffet Ramadan RM68.00 dewasa manakala Kanak-kanak dan warga emas pada harga RM30.00. Promosi Early Bird dengan diskaun sebanyak RM58.00 dewasa dan masih di buka sehingga sebelum bermulanya Ramadan.





Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Jualan dan Pemasaran di talian 016-6619030 / sales@klanabeachresortpd.com.my.


Ingat Kibas, Ingat @klanabeachresortpd



Jumpa lagi di next post...byeee




#klanabeachresortpd #tarbusbuffetdinner #buffetramadan #kibasgolek #seleranismilan #ramadan #ramadantiba #iftar #menuberbuka #balaiceraptelukkemang #food #kbba9


Wednesday, February 15, 2023

Diet Program KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP)

February 15, 2023 0 Comments

 


Pernah tak korang exercise dan korang perasan berat badan korang tidak turun? Tahukah korang 70% dari cara pengambilan makan akan effect berat badan kita, dan 30% ialah aktiviti senaman dan lain-lain. Haa.. Ni dia Diet Program KITSUI KMRP.








KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ® KMRP adalah program diet yang sangat rendah kalori. Dapat Mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari. Secara tak langsung ia membantu dalam pengurusan berat badan dan sebagai pengganti Makanan yang seimbang. Jom sertai Program KMRP ni!







Nama Produk : KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) 

Pembungkusan : 30 gram x 15 sachet

Harga : RM39.90


Kenapa Diet Program KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) dalam menurunkan berat badan sangat berkesan? Mari kita lihat ...





 Apakah KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) ?




- KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ® KMRP adalah program diet yang sangat rendah kalori. Dapat Mengurangkan pengambilan tenaga sehingga 800 kalori sehari bermakna badan anda akan menarik tenaga daripada simpanan lemaknya sendiri. Mudah disediakan, KMRP dirumus secara saintifik untuk memenuhi keperluan pemakanan orang ramai pada program diet kalori yang sangat rendah.





 Apa itu KMRP  ?

- KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) telah terbukti sangat berkesan dalam pengurusan masalah obesiti.




Apa kebaikan KMRP  ?


- Pengurusan berat badan


- Penggantian Makanan yang seimbang

 

 

 

Apakah Ciri-ciri kebaikan KMRP ?


☘️ Berkualiti tinggi dan kaya dengan nutrisi


☘️ Rendah Kalori Hanya 124 kalori setiap sachet.


☘️ Mengandungi Vitamin & Mineral Penting - Produk KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) mengandungi 18 vitamins dan minerals penting - termasuk vitamin A, B12, B1, B2, B6, D, D3, E, C, magnesium, Zink, kalsium, Biotin - untuk membantu menjaga kesihatan sepanjang melakukan penurunan berat badan anda.


☘️ Sumber Serat yang Baik-

Produk KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) adalah sumber serat yang baik, yang boleh membantu memastikan anda merasa kenyang, sambil menyokong penurunan berat badan anda.

 

☘️ Rasa Enak

Dirumus dengan chocolate milk powder dan  cip biskut yang lazat dan sebagainya.

 

 

Bahan-bahan Premium

🌻 Bijirin Oat

🌻 Oat protein

🌻 Konjac

🌻 L-Carnitine

🌻 Biji Chia

 

KITSUI MEAL REPLACEMENT Plus (KMRP) - Bertindak sebagai penggantian makanan untuk sarapan, makan tengah hari, atau makan malam.

 

Jom , mulakan perjalanan anda menuju masa depan yang lebih sihat dengan Diet Program KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ® KMRP.





DIET PROGRAM KITSUI KMRP®


Anda boleh mulakan kitsui diet program KMRP dengan hanya rm39.90 sahaja.

 

 





 

DIET PROGRAM KMRP LEVEL 1 - Untuk menurunkan berat badan yang normal (Kurangkan 1 hingga 3 kg sebulan), 1 paket sehari (1 penggantian makanan)








DIET PROGRAM KMRP LEVEL 2 - Untuk menurunkan berat Badan yang sederhana (Kurangkan 3 hingga 4 kg sebulan), 2 paket sehari (2 penggantian makanan)






DIET PROGRAM KMRP LEVEL 3 - Untuk menurunkan berat badan intensif (Kurangkan 5 kg & ke atas sebulan), 3 paket sehari + 1 hidangan yang mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan (3 penggantian makanan)




CARA PENGGUNAAN:



1) Tambah satu paket KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS ®️ KMRP  30 Grams ke 200-250mL air sejuk atau air suam





2) Kacau atau goncang untuk melarutkan.

3) Jangan gunakan air mendidih. Boleh guna air sejuk atau air biasa. 






4) Semua produk yang disediakan hendaklah di minum dengan segera Dan Produk harus di simpan tempat dingin dan kering. 





 Kenapa Pilih KMRP  ?


Sebab ia ada kaya dengan 18 vitamins dan minerals penting - termasuk vitamin A, B12, B1, B2, B6, D, D3, E, C, magnesium, Zink, kalsium, Biotin - untuk membantu menjaga kesihatan sepanjang melakukan penurunan berat badan anda. 










(KMRP) adalah sumber serat yang baik, yang boleh membantu memastikan anda merasa kenyang, sambil menyokong penurunan berat badan anda.









KMRP mengandung bahan premium seperti Bijirin Oat,Oat protein, Konjac, L-Carnitine & Biji Chia. Ia juga dirumus dengan chocolate milk powder dan  cip biskut yang lazat. 

Untuk kesan terbaik, boleh dijadikan meal replacement untuk breakfast, lunch dan dinner.






Dan of course, perkara yang paling best ialah quick & easy! Sangat convenient walau sesibuk mana pun, saya takkan terlepas mendapatkan makanan yang berkhasiat dari setiap sachet KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS.




Lastly nak share sikit tips:

Anda juga boleh menambahkan oatmeal, kacang, buah-buahan, susu badam dan susu soya dan lain-lain  ke dalam KMRP tetapi pastikan ia mengandungi kalori Yang rendah. Anda juga boleh minum air selepas minum KMRP.


KMRP Tidak sesuai untuk ibu mengandung tetapi sesuai untuk ibu menyusu dan remaja berumur 18 tahun ke atas.





Soalan Lazim


1. Bolehkah saya minum KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP)dengan air?  

Anda boleh menambah air sejuk untuk rasa yang lebih baik atau air suhu bilik.

 

2. Bolehkah saya menambah oatmeal, kacang, buah-buahan, susu badam dan susu soya ?

Boleh , Anda boleh menambahkan oatmeal dan lain ke dalam KMRP tetapi pastikan ia mengandungi kalori Yang rendah.

 

3. Bolehkah ibu mengandung mengambil KITSUI MEAL REPLACEMENT PLUS (KMRP) ?

Tidak sesuai untuk ibu mengandung tetapi sesuai untuk ibu menyusu dan berumur 18 tahun ke atas.





Maklumat Lanjut





KMRP diiktiraf oleh GMP, Asia Halal Brand dan Asia Pacific Super Health Brand.

 








Boleh di beli dari Guardian, Watson dan online platform seperti Lazada dan Shopee.



Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty

Website : https://kitsui.com.my/





Monday, February 13, 2023

Pusat Pakaian Hari-Hari : Gedung Favourite Untuk Shopping Kelengkapan Sekolah Anak

February 13, 2023 0 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang...sihat ke tu semuanya? 


Baiklah, marilah kita menghapdate kisah membeli belah kelengkapan anak-anak nak masuk sekolah tak lama lagi ni. Ingat lagi dulu, masa zaman rancak berblog. Semua barang baby yang dibeli walaupun barang tu simple pun nak update dalam blog. Kenangan kan. Memang tak sia-sia pun tulis dalam blog sebab sekarang Aleesya dah besar, dia dah khatam dah baca blog ni yang 80% adalah kisah dia masa baby. Anak sulung katanya, semua excited lah nak cerita tentang milestone dia :)



Shopping Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari-Hari!


Ceritanya cari baju sekolah sampai 2 kali kitorang datang Hari-Hari. Kali pertama datang tak bawa anak-anak bujang sebab kebetulan balik dari event terus singgah. Cari baju sekolah Aleesya je dulu. Pastu ada la dia survey barang-barang lain yang perlu.


Lately ni kebizian yang teramat kan, sampai tak sempat nak fikir mana satu kerja yang nak buat dulu. Tapi untuk anak-anak tetap luangkan masa belikan keperluan sekolah diorang. Nanti lambat leceh, tambahan pula dah dekat nak masuk bulan Puasa nanti, letih pulak shopping baju sekolah. Makanya, kami buat persiapan awal, senang kan.


Jom tengok gambar sambil bercerita okeh!




Nafis paling cerewet bab pakaian. Nak yang kemas je, lepas tu yang senang iron. Sejak diorang dah besar ni, mama dah tak iron baju sekolah diorang dah. Sebab tu la Nafis nak baju yang senang iron, sebab dia malas nak berpanas lama-lama hehe. Jadi seperti tahun-tahun lepas, mama pilih baju sekolah brand Jony & Jeny. Jenis kain ni senang iron dan warnanya biru nila tak nampak kusam bila dah pakai lama. 









Seluar sekolah pula mama pilih brand No Problem, sebab anak-anak agak lasak. Jadi seluar brand No Problem lebih sesuai kerana kainnya yang lebih tebal dan tahan lasak berbanding Jony & Jeny. Tapi kalau anak korang tak gemar seluar yang berkain tebal, korang boleh pilih brand Jony & Jeny. Bagus kan Pusat Pakaian Hari-Hari ni, bukan saja direka mengikut keselesaan anak-anak tetapi juga watak anak tersebut.








Pakaian untuk pelajar asrama, pengawas, blazer pengawas pengawas PSS dan lain-lain banyak pilihan dan saiz yang sesuai dengan anak-anak. Kalau beli pakaian seragam sekolah anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari ni korang tak payah nak risau kalau saiz takde ke stock takde ke, sebab ada 98 cawangan Hari-Hari di seluruh Malaysia.





Rizqy cuba baju melayu untuk sekolah agama complete dengan samping dan songkok. Set baju melayu dan samping dari brand Jony & Jeny. Kain licin selesa dan tak panas.





Kalau beli barang sekolah anak-anak jarang tak penuh sebakul, ni tak masuk lagi baju Aleesya. Baju sekolah dia next time pula beli sebab melayankan anak bujang berdua ni punya karenah yang macam-macam taste.








Ni pula bahagian beg sekolah. Memang banyak pilihan dan berkualiti untuk anak-anak ke sekolah kebangsaan atau sekolah agama. Saiz pun agak besar sesuai untuk anak darjah 3 dan darjah 5 sebab buku diorang agak banyak juga. Kalau beli beg kecil nanti tak muat.







Dah test baju dan beg, masing-masing happy dan tak sabar dah la nak ke sekolah nanti ni. Opss...kasut tak cuba lagi rupanya :)






Nafis cuba saiz dan pilih design kasut sekolah yang simple dan senang kering. Kalau kasut terlalu banyak span nanti lambat kering pula bila musim hujan.




Banyak pilihan kasut sekolah yang sesuai dengan harga. Harga kasut sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari memang mampu milik dan tidaklah membebankan kalau family mempunyai anak yang ramai.





Stoking pelengkap kasut sekolah pun ada. Senang kan shopping kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni. Semua di bawah satu bumbung, senang tak payah pergi banyak-banyak kedai. 








Stationeries dan botol air pun ada dijual di sini. Jadi mama papa tapayah pening-pening nak keluar cari kat kedai stationery lagi. Pilih je kat sini terus.





Promosi Kembali Ke Sekolah Di Hari-Hari






Dah settle terus bayar dan happy la anak-anak dapat shopping baju sekolah dengan mom. Senyum je la diorang. Korang kena cepat-cepat pegi sebab tak lama lagi dah nak puasa dan raya juga kan? Senang sikit, at least persiapan sekolah anak-anak dah settle, lepas ni kita boleh fikir nak cari baju raya pula :)


Promosi kembali ke sekolah kembali lagi tau!


Marilah Pergi Hari-Hari!

98 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_ 
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari