Saturday, February 2, 2019

Review : Kitsui Bellos Fiber dan Meal Replacement

February 02, 2019 8 Comments
Bila dah jadi mama ni, kadang-kadang kesihatan sendiri tak dijaga. Biasalah rasa sehari tu tak cukup 24 jam, kena tambah masa. Bz yakmat! Memacam kena settlekan dari celik mata sampai ke malam. Memang takkan habis. Sampai terabai kesihatan dan cara pemakanan pun tak ikut masa dah.

Tapi jangan risau, sekarang macam-macam produk ada jual. Kalau tak sempat makan buah, ada jual vitamin c. Kalau tak sempat minum susu, ada je vitamin kalsium. Pendek kata, semua dah senang. Tambah pulak semua di hujung jari. Duduk rumah pun boleh sampai depan pintu je produk apa yang berkenan di hati tu.

Kitsui Bellos Fiber

Kali ni mama cuba produk dari Kitsui iaitu Bellos Fiber. Produk Kitsui ni bukan ubat, ianya merupakan minuman campuran botani yang diperbuat dari sayur-sayuran, buah-buahan dan kolagen dari ikan. Jadi kalau ada penyakit kronik ke, Kitsui memang tak dapat membantu menyembuhkan penyakit korang tu, sebab produk ni bukanlah ubat. Maklumlah mama anak tiga kan. Mesti dah ber 'tummy', jadi nak la juga kempiskan perut tu. Tak salah nak cuba selagi tak membahayakan kesihatan.




Selain tu mama try produk Bellos Fiber ni sebab boleh bantu proses pelawasan. Jadi takde la jadi sembelit. Bila kita minum supplement kan kena minum air banyak, jadi dengan cara tu pun elok untuk kesihatan kita juga. Boleh juga membuang toksik dari badan (detox), jadi badan akan rasa ringan dan bertenaga tak lesu. Dapat menyeimbangkan fungsi badan dan untuk sistem imuniti yang kuat.




Bellos Fiber ni merupakan minuman campuran botani yang diperbuat dari nenas, epal, kiwi, markisa, lemon, pir, bayam, timun dan saderi. Nampak tak bahan-bahan yang digunakan memang sayuran dan buah. Ada juga buah tu yang memang boleh dikatakan sebulan sekali pun kita tak makan. Jadi bila dah dicampurkan dalam minuman ni, kita pun dapat khasiatnya dalam 1 sachet. Senang kan? Harga pun berpatutan sekotak RM38.80 je dijual kat Guardian dan Watsons sahaja. Pastikan korang beli di Watsons, Guardian atau Kitsui HQ untuk menjamin korang beli produk yang original bukan tiruan. Kalau korang nak beli dari Shopee atau Lazada, korang kena pastikan penjualnya adalah dari Watsons dan Guardian sahaja. Sebab kalau selain tu memang confirm produk tu fake.




Mama ni tak berapa nak rajin lah sangat. Maklumlah mak anak 3 kan, dengan keje dekat office lagi, keje blogging lagi, keje rumah lagi.  Ni nasib baik mama dah habis part time study, kalau tak lagi busy like a bee. Makanya...cara mama minum Bellos Fiber ni mama bancuh dengan air sejuk je la, senang. Caranya bancuh dengan 150ml air sejuk, suam Kalau korang rajin, korang boleh je buat smoothie ke, makan dengan yogurt ke, bancuh dengan fresh milk ke, nak buat aiskrim ke, hehhh banyak la. Korang boleh kreatifkan lagi nak bagi kelainan. Tapiii...pastikan korang dah bancuh sachet ni sampai sebati. Kalau nak tengok video review boleh tengok kat sini.


Kitsui Meal Replacement

Meal Replacement ni mama minum juga. Boleh je nak consume dua-dua ni serentak. Takde masalah sebab produk ni diperbuat dari bahan botani. Meal Replacement ni dari campuran Spirulina, Oat Fiber, Brown Rice dan Psyllium Husk. 




Supplement ni datang dalam pakej iaitu untuk kecantikan dan kesihatan. Selain sebagai pengganti makanan kalau busy sangat tak sempat makan lunch atau dinner, ianya juga dapat mengurangkan kolesterol dalam badan. Biasanya orang yang kurus lebih cenderung kepada kolesterol yang tinggi. Sebab apa? Sebab semua makanan kita makan, tak control dan makan dalam kuantiti yang banyak. Makan apa pun, banyak mana pun tetap kurus. Haa bahaya tau sebenarnya.










Selain tu Meal Replacement ni membantu membakar lemak dalam badan. Jadi lemak-lemak jahat dalam badan kita tu dapat disingkirkan.

Tapi apa-apa produk supplement yang korang consume, korang kena minum air banyak. Kesan dia akan nampak bila minum air secukupnya, makan  makanan yang seimbang, elakkan kafein sebab akan mempercepatkan penuaan dan  bersenam.

Maklumat lanjut


Website: www.kitsui.com.my

Facebook: Kitsui My

Instagram: @kitsuimy


Tuesday, January 22, 2019

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris baharu...Belaian romantis mandianmu

January 22, 2019 6 Comments
Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.



Saat mandian dengan belaian romantis


Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.




Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.



3 Variasi Gel Mandian Enchanteur Paris 


Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.


Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel:


1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)



Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.


2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)



Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.


3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)



Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.


Personal Review


Pilihan saya adalah gel mandian Mon Amie Fresh & Cool. Saya telah merasai sendiri ketenangan dan kesegaran melalui buih mandian mewah dan berbau harum. Wangian yang memberikan aromaterapi tenang, nyaman dan segar ini memberi keyakinan diri kepada saya. Saat mandian adalah masa untuk menghargai diri sendiri bagi menyejuk dan menyegarkan badan. Ianya juga didatangkan dengan wangian semburan dari wangian yang sama iaitu Mon Amie Parfum, bagi menambahkan lagi keharuman yang berpanjangan.














Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.






Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.



Friday, December 21, 2018

Rawatan muka secara laser karbon di Toscana Medi Clinic Publika

December 21, 2018 4 Comments
Toscana Medi Clinic


Harini mama nak ceritakan pengalaman kali pertama mama buat rawatan muka di aesthetic clinic iaitu Toscana Medi Clinic. Sejak remaja lagi kulit mama memang mempunyai masalah pori-pori terbuka, jerawat, tona kulit tidak sekata, whitehead dan blackhead. Kalau diceritakan satu persatu memang tak habis entry ni, jadi mama ringkaskan je. Masalah kulit mama memang boleh dikatakan never ending story. Apa yang boleh dilakukan adalah merawatnya supaya tidak menjadi semakin teruk. Bukanlah mengharapkan kulit terus jadi gebu gebas tapi at least, ada nampak perubahan.

Mama memang tak pernah terfikir pun sebelum ni untuk merawat kulit mama di aesthetic clinic sehingga suami mencadangkan mama ke sebuah aesthetic clinic. Suami siap forward nama klinik dan kos rawatan tersebut di Whatsapp. Tapi mama macam tak berminat sangat sehingga mama tahu tentang Toscana Medi Clinic. 

Sebelum melakukan rawatan di klinik ini, sudah tentu perkara pertama yang mama lakukan adalah dengan mencari info dan review mengenai rawatan muka di sini. Rata-rata review yang mama baca di google dan Facebook adalah positif. Mama terus buat appoinment dan bermulalah proses rawatan wajah. 


Pengalaman di Toscana Medi Clinic


Hari yang dijanjikan, mama waze Toscana Medi Clinic. Klinik ni terletak di Publika, Solaris Dutamas. Parking memang banyak, so jangan risau kalau korang datang sini. Sampai je di klinik, staf di situ berikan mama borang untuk diisi.

Bahagian kaunter


Tempat menunggu


Bahagian hadapan




Ok mama cerita santai-santai je ye... taknak terlalu saintifik sangat sebabnya nanti susah nak faham hehe. Giliran mama untuk jumpa Doktor dah sampai. Staf klinik memperkenalkan doktor yang akan memberi consultation pada mama iaitu Dr. Lashela Dharmadass yang merupakan Aesthetic Practitioner dan juga Director di Toscana Medi Clinic ni. Selain Toscana Medi Clinic, Dr. Lashela juga merupakan Aesthetic Practitioner di Clinic D'Umra. Pertama kali mama bertemu dengan Dr. Lashela, mama memang kagum tengok muka dia yang licin dan tak ada sebarang cela. Memang sesuai sangat dengan profession dia sebagai pakar dalam bidang aesthetic ni. 


Dr. Lashela


Sesi Konsultasi


Dr. Lashela bertanya serba sedikit mengenai jenis dan jenama produk penjagaan muka dan makeup yang mama gunakan. Selain tu, bila kali terakhir mama buat facial. Dia tengok je memang dia dah tau jenis kulit mama adalah kulit kering tapi berminyak di bahagian T-zone. Serba sedikit penerangan mengenai struktur kulit dilukis oleh Doktor untuk mama lebih faham. BMI pun doktor ada check untuk mama dan nasihatkan mama untuk tambah berat badan. Heee ni memang masalah juga sebab tak berapa nak makan sangat kan.

Doktor menasihatkan supaya facial dilakukan setiap bulan kerana semasa kita mencuci muka, hanya permukaan luar wajah sahaja yang dibersihkan. Manakala, kekotoran di bahagian dalam kulit tidak dapat dikeluarkan melainkan dengan melakukan facial. Whitehead yang tidak dikeluarkan lama kelamaan akan menjadi blackhead dan akan menyebabkan liang pori terbuka semakin banyak. Krim SPF juga perlu digunakan sebab kita biasanya akan melakukan aktiviti di luar. Sekiranya tak pakai krim SPF ianya akan menyebabkan kulit mudah berjeragat.

Dari analisa doktor, kulit mama mempunyai masalah liang pori terbuka, warna kulit tidak sekata, pigmentasi dan bekas parut jerawat yang agak banyak. Mama juga mempunyai skin tag di bahagian bawah mata dimana ianya selalu terjadi kepada ibu selepas bersalin. Beliau menyarankan mama melakukan 2 jenis rawatan iaitu Porcelain Doll Treatment dan Black Doll Laser. Mama juga perlu melakukan rawatan skin tag *ni nanti mama cerita dalam post yang akan datang*.

Porcelain Doll Treatment

Rawatan ini berfungsi untuk meratakan tona kulit, menghasilkan kolagen, menambah keserian pada wajah dan menyingkirkan sel kulit mati. Proses rawatan adalah dengan menggunakan vakum kecil yang khas dikenali sebagai extration (microdermasion) untuk membersihkan liang pori sekaligus mengecilkan liang pori pada wajah. Selain mengecilkan liang pori, ianya dapat meningkatkan penghasilan kolagen yang mana ia berfungsi untuk menegangkan kulit muka. Kulit akan menjadi lebih cerah dan sekata sejurus selepas berakhir proses extration ini dan korang tak perlu tunggu sampai berbulan-bulan untuk melihat kesannya.


Bilik rawatan


Disebabkan mama memang tak pernah menerima rawatan di aesthetic clinic, makanya mama agak berdebar juga sebelum masuk ke bilik rawatan ni. Tapi setelah bertemu dengan teraphist perasaan tu hilang dengan sendirinya. Biasanya mama fobia nak buat facial sebab nanti akan rasa sakit. Tapi ni mama yakin kalau korang cuba pun korang mesti suka sebab tak menyakitkan langsung dan tak ada kesan merah yang teruk di muka.

Scrub disapu


Theraphist menggunakan brush khas yang lembut untuk meratakan scrub diwajah. Proses skrub ini adalah untuk menyental dan mengeluarkan sel kulit mati supaya kulit lebih lembut dan licin.


Wajah dibersihkan


Extration (Microdermasion)


Selepas vakum, proses seterusnya adalah mengeluarkan whitehead dan blackhead dengan cara menekan bahagian terlibat dengan menggunakan kapas. Theraphist melakukan secara berhati-hati dan lembut selain ada bertanya sekiranya mama terasa sakit atau tidak. 

Dah selesai Porcelain Doll Treatment, rawatan seterusnya adalah Black Doll Laser.

Black Doll Laser

Black Doll Laser ini juga dikenali sebagai Hollywood Peel atau Lunchtime Facelift. Di Amerika Syarikat ramai artis Hollywood melakukan rawatan laser karbon atau Black Doll Laser ini bagi mengecilkan liang pori dan mengurangkan parut jerawat. Biasanya artis Hollywood melakukan rawatan ini 2 jam sebelum melangkah ke red carpet, sebab ianya tidak ada kesan sampingan dan kulit cerah sekata serta merta. Rawatan ini juga terkenal di Korea kerana ianya menghaluskan kulit dan menjadikan kulit lebih berseri. 

Pengelupasan kulit secara laser karbon menghasilkan sel kulit baru yang lebih lembut, anjal, cerah, lembap dan sihat. Ianya tidak menyakitkan dan tidak mendatangkan kesan sampingan kerana dilakukan oleh pakar estetik bertauliah dan menggunakan alat laser karbon yang selamat.

Q-Switch Laser 1064nm dilakukan untuk merawat kulit mama. Ianya berfungsi untuk mencerahkan pigmen bawah kulit sekaligus mencerahkan kulit wajah, menghasilkan kolagen dan menganjalkan kulit. Selain mengecilkan pori ianya juga berfungsi untuk mengecilkan kalenjar minyak dan pori. Kulit berminyak adalah salah satu punca pori terbuka. 

Kulit wajah mempunyai 3 lapisan, jadi terdapat 3 setting digunakan semasa rawatan laser karbon ini dilakukan. 

Carbon Laser Setting:
(1) Lifting
(2) Stimulate collagen
(3) Tighten up pores

Kulit hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum melakukan laser karbon ni untuk menghilangkan kekotoran sepertimana proses Porcelain Doll Treatment tadi. Wajah hendaklah disental dengan skrub khas untuk mengeluarkan sel kulit mati.

Keseluruhan wajah mama disapu dengan krim karbon dan dibiarkan selama lebih kurang 20 minit untuk dikeringkan. Mata akan ditutup untuk mengelakkan pancaran laser terkena pada mata. Proses laser karbon dimulakan dan Dr. Lashela telah menetapkan setting tertentu kepada mesin laser tersebut. Rasa macam kena gigit semut dan kepanasan suam sahaja kerana ada kipas dihalakan ke muka mama semasa proses laser karbon dilakukan. Proses berlangsung selama beberapa minit selepas semua warna hitam karbon diserap oleh peranti laser tersebut. Heee nak lagi faham nanti tengok video kat bawah. Tapi jangan terkejut pula tengok muka mama hitam macam Dayang Senandung. Nak kulit cantik ke tak?


Krim karbon disapukan ke seluruh wajah


Proses laser karbon
Bunyi 'klik' kedengaran di sepanjang rawatan


Setelah lapisan karbon diserap oleh peranti laser, mask diletakkan di wajah untuk mengurangkan ketidakselesaan pada kulit. Rasa sejuk je muka. Mama dibiarkan merehatkan wajah selama beberapa minit sebelum theraphist datang untuk mengeluarkan mask dan seterusnya menyapu pelembap di wajah mama.

Maka, selesailah keseluruhan proses rawatan Black Doll Laser ni. Doktor bagitau mama yang kesan rawatan ni boleh bertahan selama sebulan. Setelah sebulan boleh ulang buat rawatan lagi. Rawatan ini juga sesuai untuk lelaki. Golongan lelaki sekarang pun perlu jaga penampilan juga sebab kebanyakan profession sekarang agak mementingkan personaliti.

Testimoni


Gambar selepas rawatan
No filter


Setelah kedua-dua rawatan iaitu Porcelain Doll Treatment dan Black Doll Laser Treatment ni selesai, mama rasa kulit mama licin. Rasa menggerutu tu dah takde dan warna kulit cerah sekata. Kesan parut jerawat semakin pudar dan liang pori semakin mengecil. Tak perlu tunggu berbulan-bulan untuk melihat kesan rawatan sebab dengan teknologi laser ini mama terus dapat tengok kesan sesudah rawatan. Takde kesan sampingan *no downtime* macam sakit, kulit mengelupas, muka bengkak atau kemerahan selepas rawatan dibuat. Patutlah artis Hollywood buat rawatan ni sebelum melangkah ke red carpet, sebab diorang nak nampak glowing time tu. InsyaAllah, ada rezeki nanti nak buat lagi. Secara keseluruhannya, mama bagi 4 bintang :) 


Terima kasih Dr. Lashela


Rawatan lain di Toscana Medi Clinic

Kulit kita berbeza antara satu sama lain. Jadi sekiranya korang ingin melakukan sesuatu rawatan, ianya memerlukan nasihat dari pakar estetik atau pakar kulit terlebih dahulu. Pakar Estetik Dr. Lashela boleh memberi nasihat dan cadangan apakah rawatan yang sesuai mengikut masalah kulit muka korang. Lain-lain rawatan di Toscana Medi Clinic adalah:

Aesthetic Services

  • Skin problem
  • Botox/Filler
  • Face reshaping
  • Lip enhancement
  • Firming/Lifting
  • Wrinkle care program
  • Q-Switch/Fractional Laser
  • Permanent hair reduction
  • Freckles/Pigmentation
  • Tattoo/Mole removal
  • Cellulite reduction
  • Acne scar reduction
  • Bidy sculpting
  • Weight loss

General Practice

  • Stemcell/Obesity
  • Diabetes/Pap smear
  • Genetic test/Skin disease
  • STD screening/Hypertension
  • Breast examination
  • Full medical check-up
  • Minor surgery/Emergency care

Women's Health

  • Fertility counselling
  • Menopause counselling
  • Pap smear and HPV counselling
  • Family planning & birth control education
  • Pelvic & sexually transmitted infection management
  • Management of menstrual disorders
  • Urine incontinence management


Info

Facebook: www.facebook.com/toscanamediclinic

Instagram: www.instagram.com/toscana_mediclinic

Website: www.toscanamed.com

Telefon: 03-6143 8866

Alamat: 
Lot 01 & 02, Level G4, Block D5,
Solaris Dutamas, No. 1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur

Waze: Toscana Medi Clinic



Tuesday, December 11, 2018

Breakfast sefamily sambil join Contest di Don's Warong

December 11, 2018 8 Comments
Tempohari kami berkesempatan ke Don's Warong. Kami plan nak breakfast jauh sikit dari rumah sebab tu keluar awal pagi. Mama cadangkan kitorang pergi ke Don's Warong. Selalu sangat nampak restoran ni lalu kat wall FB mama, nampak macam sedap...apa salahnya cuba kali ni.

Sampai kat Don's Warong, memang cantek sangatlah dapat parking betul-betul kat tepi restoran tu. Tak payah nak parking kat basement dan menapak bersama askar-askar yang ada. Kurang sikit la mama diorang ni jadi singa, kalau tak hero-hero ni sempat la berkung fu sesama sendiri sementara nak sampai kedai makan *heee mak-mak je faham*.


Kitorang pilih meja kat luar sebab boleh cuci mata tengok orang lalu lalang sambil menikmati view pagi yang fresh ni.


Lokasi Don's Warong

Terletak di Plaza Damas Sri Hartamas, korang boleh waze Don's Warong confirm akan sampai depan pintu restoran :). Suasana kat sini tenang je sebab di kelilingi kawasan perumahan dan juga berdekatan dengan Istana Negara. Kami sampai je terus dilayan dengan mesra dan ramah oleh staf di situ. Bahagian dalam restoran bersih, kemas dan teratur.

Kaunter minuman dan cashier

Bahagian dapur

Staf sedang menyediakan hidangan untuk customer

Tenang

Apa yang menarik di Don's Warong?

Mama memang penggemar makanan Johor terutamanya laksa Johor, otak-otak dan mee rebus tulang. Tapi kali ni mama nak try menu lain pula yang  ada di Don's Warong ni. Okay jom kita tengok menu yang kami order.

Nasi lemak soft shell crab

Nasi lemak sambal sotong

Ubi rebus special

Lempeng kelapa

Lempeng pisang

Kacang pool

Nasi lemak bungkus

Bon appetit

Macam sedap

Minuman

Personal Review

Nasi lemak soft shell crab mama suka sebab rasa manis-manis ketam digabungkan dengan rasa lemak nasi lemak tu yang buat menu ni jadi sedap. Ketam lembut tu digoreng rangup berempah, ala-ala ayam goreng berempah menjadikan menu ni special.


Ayah pulak suka lempeng pisang dan lempeng kelapa. Bila makan memang terasa lembut dan lagi sedap bila dicicah dengan sambal. Teringat dulu masa zaman kanak-kanak, lempeng ni makanan pagi yang paling selalu mak buat. Sekarang je susah nak jumpa melainkan buat sendiri kat rumah. Hehe kalau rajin.

Ubi rebus satu lagi menu yang memang susah nau nak jumpa kat KL ni. Ubi rebus yang dimakan dengan ikan masin lagi tambah kick rasa dia. Memang bila makan ubi rebus kat sini mengimbau kenangan lampau masa duduk kampung. Best sangat dah kalau dapat makan ubi rebus terutama bila musim hujan. Minum pula air kopi panas, fuhh!

Lain-lain menu macam nasi lemak sotong dan kacang pool pun sedap. Makanan Johor memang biasanya dapat memikat hati mama. Tak payah nak pegi jauh-jauh sampai ke Johor dah, berejam drive baru dapat makan kacang pool dan lain-lain menu Johor, kat Don's Warong dah ada. Harga pun berpatutan dan puas hati.

Sempat bergambar sefamily

Don's Warong School Holiday Contest

Kebetulan masa kami datang, Don's Warong ada buat Contest sempena cuti sekolah. Aleesya biasanya memang berminat dengan contest-contest ni. Adik-adik dia tolong tengok je sambil main game kat handphone. Anak-anak zaman milenium memang begitu la.


Coloring Contest ni bermula dari 24th Nov - 31st Dec 2018. Ada 3 kategori kanak-kanak dan remaja yang boleh join contest ni. Kategori umur 2-5 tahun, 6-12 tahun dan 13-17 tahun. Pemenang akan dipilih oleh Crew Don's Warong selepas 31st December 2018 nanti dan akan diumumkan dalam social media page Don's Warong. Tapi ada terma dan syarat tau kalau nak menang, kena snap gambar dengan coloring sheet yang dah siap tu dan tag @donswarong di Facebook atau Instagram disertakan sekali #donswarong #dwschoolholidaycontest. 

Tiga pemenang bertuah iaitu seorang dari setiap kategori akan memenangi RM100 Voucher. Best jugak kan? Sambil makan-makan dapat menang contest, rezeki mana tau kan.

 Si adik yang setia temankan kakak mewarna

 Bila nak boleh makan ni?


 Hampir siap

 Satu kegigihan Aleesya

 Mama nak jugekk

Silau pulak haih gambar ni

Okaylah mama, makan pun dah kenyang. Contest pun dah masuk. Jom kita balik!

Info 



Alamat: B-0-4 Plaza Damas, 60 Jalan Sri Hartamas, Kuala Lumpur