Showing posts with label ipad 2. Show all posts
Showing posts with label ipad 2. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Samsung Galaxy Tab vs Ipad2 vs BB Playbook

August 20, 2011 0 Comments
Sebelum ni kan mama pernah buat entri tentang ipad2 di sini. Tapi dalam tempoh yang agak lama mama buat research dulu. Mama search comparison antara :



Samsung Galaxy Tab vs Ipad2 refer sini.





Samsung Galaxy Tab vs Blackberry Playbook refer sini.





Mama nak gadget untuk apa?

Mama nak gadget yang AIO *all in one*, bole berbelog + fesbuk *internet connection*, SMS, MMS, videocall, calling-calling *kebetulan henpon mama rosak, orang call diye cakap sensorang*. Bukan sekadar tablet sahaja *tak larat nak usung banyak-banyak gadget* Aleesya je dah berat seguni beras *letih woo*.




Jawapan:

1. Kalo beli Ipad2: tak bole call, SMS sume, cuma bole online tenet je.


2. Kalo beli Blackberry Playbook: mama kena beli henpon Blackberry baru bole online sebab kene tethering ngan henpon. Lagi banyak kos di situ.


3. If mama beli Samsung Galaxy Tab 10.1 *new model*: besar sangat la pulak. Pastu tak bole buat call.





Dan...inilah hasilnya...




.

.

.

.

.




Samsung Galaxy Tab P1000 (Wifi + 3G)

Lain yang di skodeng, lain yang dirembat
^__^







Model ni dah setahun pun keluar baru mama dapat
Mama memang suka tunggu model tu lama sket di pasaran baru mama beli


Luv it!





Monday, March 21, 2011

Jom bertukar kepada ipad 2

March 21, 2011 18 Comments
Today mama nak bercerita pasal gadget pulak lah. Sume orang suke gadget kan? Malahan ramai yang invest ribuan hengget untuk membeli gadget yang di sukai. Kepuasan dan minat masing-masing, apa salahnya kan? Gadget yang diidamkan mama sudah pon keluar di pasaran antarabangsa pada 11 Mac lalu dan target sampai di Mesia pada bulan Ogos. Sempat lagi nak kumpul duhet beli yea. Terutama para belogger tegar yang suka berbelogging di mana-mana saje, ta payah bawak lappy dan kamera yang berat lagi.




Slim & Stylish
Picture by Google





Ipad 2 bole log in dengan pantas, sepantas 2 saat je. Jadi tak la berjanggut tunggu on. Selain tu, ipad 2 lebih nipis dari iphone 4 dan ringan...600 gram jek *Aleesya lagi berat nak dukung*. Daya tahan bateri pula selama 10 jam dan tahan selama sebulan dalam 'standby mode'. Jadi boleh la mama berbelog sampai fengsan. Sesuai jugak kat mama yang selalu berebut lappy ngan ayah yang asyik maen game je (^_^). So pasni bole makan ipad 2, tido ipad 2, mandi ipad 2...segala-galanya dengan ipad 2.





Kamera depan dan belakang
Picture by Google





Kalo ipad pertama dulu takde kamera, ipad 2 dah melengkapkannya. Ader kamera depan dan belakang, jadi bole shoot movie & snap gambar. Kalo yang berchenta jarak jauh tu, bole la bervideo calling. Then, bila hadiri course dan malas nak tulis-tulis, bole taip terus je kat ipad 2 tu je. Pastu agak2 nantok tu bole surf internet. Ipad 2 bukan sekadar ipad saja tapi juga buku untuk mendapatkan ilmu di dalamnya di mana-mana sajeeee. Bole surfing, blogging sambil duduk, baring seme sebab ringan kan :).





Harga ipad 2 wifi + 3g (16G) adalah RM2,200.00. Kalo nak specification laen bole google ye kawan-kawan. Mama share mana yang mama tau je.  Macam-macam aplikasi yang menarek tertarek disediakan untuk iPad 2. Kompas, Microsoft Word, Excel, Powerpoint, Photoshop, game, Tafsiran Al-Quran, GPS, Software Editing dan banyak lagi. Yang nyata gadget ni memang dah bole buat mama jatuh chenta kali ke-3 *of kos la kali pertama kat ayah, kedua kat Alica ^_^*





Sudah tiba masanya untuk BERTUKAR kepada komputer kompak!